Wednesday, January 20, 2010

Zon Bersih - Semua Aspek " Khatifah Zamani "






Gombak - Masalah gejala sosial semakin hari semakin meningkat dikalangan golongan remaja tidak kira bangsa dan agama. Oleh itu pengerusi JKP Zon 11 telah mengambil inisatif untuk membendong masalah tersebut dibawah Biro Keselamatan.

Ustazah Khatifah Zamani Ahli Majlis, MPS/Pengerusi JKP Zon 11 berkata masalah tersebut telah sekian lama menular dan sukar untuk diatasi, kerana tiada pemantauan yang kerap dilakukan lebih - lebih lagi aktiviti tersebut dilakukan sebelah malam. Jesteru itu setelah beliau diberi mandat sebagai Ahli Majlis MPS , Zon 11 ,b eliau bersama semua AJK JKP berhasrat ingin menjalankan tanggungjawab ini dengan sebaiknya terhadap masyarakat sekeliling dengan meminta kerjasama semua pihak berkuasa iaitu JAIS, Polis, Nazir Masjid , Pengerusi Surau dan Rukun Tetangga setiap kawasan agar bersatu hati untuk membenteras masalah gejala sosial. Beliau dan semua AJK JKP amat berharap gejala sosial ini dapat diatasi secepat mungkin dan harus dipandang serius daripada terus - menerus menular dalam masyarakat masa kini. Dibimbangi jika pihak berkuasa tidak mengambil langkah secepat mungkin penyakit ini akan terus merebak dan imej M'sia akan terletak dalam senarai gejala sosial yang paling tertinggi berbeza di negara luar.



Beliau yang ditemuramah dalam mesyuarat JKP Zon 11 bersama Pengerusi Masjid & Surau baru -baru ini telah menyatakan bahawa Tahun 2010 adalah merupakan "Tahun Zon Bersih bagi Zon 11". Beliau tidak mahu masyarakat menganggap MPS dan Ahli Majlis hanya dikaitkan dengan masalah sampah dan longkang sahaja . Tanggungjawab sebagai Ahli Majlis bukan semudah itu untuk dilaksanakan jika tidak memberi komitmen yang tinggi terhadap permasalahan masyarakat. Sebaliknya beliau merasakan tanggungjawab sebagai Ahli Majlis merangkumi berbagai aspek yang harus dilaksanakan. Beliau berpegang kepada prinsip "Jika kita membantu orang, nescaya ALLAH membantu urusan kita juga,dan saya rasa gembira bila melihat masyarakat gembira apabila masalah yang dihadapi dapat diatasi dengan sebaiknya".

Oleh itu beliau berazam ingin meletakkan Zon 11 sebagai Zon Bersih. Bersih yang dimaksudkan disini ialah dari semua aspek iaitu sampah, masalah sosial, masalah rasuah yang berleluasa, bersih daripada maksiat serta bersih Jasmani dan rohaninya.

Selain daripada itu beliau amat berharap agar semua pihak dapat melaksanakan Amal Maaruf Nahi Mungkar dan tidak meletakkan bebanan kepada pihak Nazir Masjid, Jawatan Kuasa Surau ataupun JAIS sahaja. Ianya merupakan tanggunngjawab bersama masyarakat setempat apatah lagi institusi kekeluargaan yang perlu diperbaiki.


Untuk memastikan pelaksanaan tersebut berjalan dengan lancar maka JKP Zon 11 telah bercadang akan menubuhkan 1 organisasi Keselamatan Berkelompok di Zon 11 yang melibatkan kawasan Tmn Samudera, Apartmen Casmaria, Apartmen Fiona, Tmn Selasih Fasa 2, dan Flat Samudera. Tujuan penubuhan oraganisasi tersebut adalah untuk mengatasi masalah sosial dari terus menular.

Ustazah Khatifah berkata lagi, kita sering kali mendengar masalah penduduk, terutamanya pecah rumah, pecah kenderaan, membuat maksiat samada di kawasan terbuka / tersembunyi, inilah yang menyebabkan pihak JKP Zon 11 ingin menyatukan tenaga bersama semua pihak berkuasa untuk menjalankan tanggungjawab kepada masyarakat. Operasi ini harus dilakasanakan secepat mungkin dan pihak berkenaan akan membuat pemantauan disebelah malam mengikut jadual yang akan dirangka tidak lama lagi. Semoga dengan penubuhan Biro Keselamatan di bawah organisasi JKP Zon11 sedikit sebanyak akan mengurangkan masalah yang timbul di kawasan yang terbabit.


Beliau melahirkan perasaan gembira dan berpuas hati dengan kehadiran semua pihak ke mesyuarat malam tersebut dan memberi kerjasama, semangat yang tinggi dan sanggup meluangkan masa demi kesejahteraan masyarakat setempat. Beliau amat berharap agar matlamat untuk mewujudkan Zon Bersih akan tercapai.

Beliau telah memaklumkan kepada semua ahli mesyuarat yang hadir, jika pelaksanaan Keselamatan ini berjaya dilaksanakan dengan kerjasama semua pihak insya-ALLAH anak -anak remaja termasuklah anak kita sendiri akan menjadi anak bangsa yang berguna di dalam masyarakat dan sebagai pewaris menerajui negara dimasa akan datang.

Tuesday, January 19, 2010

Mereka yang tidak diberi cahaya oleh Allah


Allah berfirman yang bermaksud, "atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap gelita di lautan yang dalam, yang diluputi ombak bertindih ombak, di sebelah atasnya pula awan tebal; (demikian keadaanya) gelap gelita berlapis-lapis - apabila orang itu mengelurkan tangannya tidak dapat ia melihatnya sama sekali.

"Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah - menurut undang-undang peraturan-Nya - mendapat cahaya (hidayah petunjuk) maka tidaklah ia akan memperolehi sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar)." (Surah al-Nur:40)

Oleh kerana itulah Allah menyatakan dalam ayat ini yang bermaksud, sesiapa yang Allah kehendaki akan disesatkannya dan sesiapa yang ia kehendaki akan dijadikannya berada di atas jalan yang betul." (Surah al-An'am:30)

Sesiapa pun tidak boleh memberi hidayah kepada seseorang melainkan Allah sahaja. Sebab itulah kita disuruh sentiasa meminta petunjuk daripada Allah SWT.

Islam telah mengajar umatnya supaya melakukan perkara ini dalam solat mereka di mana di dalam Suratul Fatihah (yang menjadi rukun dan wajib dibaca di dalam solat), setiap orang islam membaca ayat yang bermaksud, "Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.) (Surah al-Fatihah:6)

Orang Islam yang mengerjakan sembahyang pasti membaca surah ini sekali gus bererti mereka sentiasa memohon petunjuk daripada Allah SWT.

Seterusnya Allah berfirman yang bermaksud, "katakanlah (hai Muhammad):"khabarkanlah kepada aku, jika datang kepada kamu azab Allah, atau datang kepada kamu hari kiamat, adakah kamu akan menyeru selain Allah (untuk menolong kamu) jika betul kamu adalah orang-orang yang benar?" (Surah al-An'am :40)

Dalam ayat ini Allah menjelaskan bagaimana segala ketentuan Allah tidak boleh sesiapa pun mengubahnya. Allah akan buat apa yang Dia kehendaki dan setiap urusannya apabila Dia berkata jadilah maka jadilah perkara itu dengan kehendak-Nya jua tanpa ada sesiapa pun boleh menghalangnya walau sedikit pun.

Begitulah dalam urusan menurunkan azab dan berlakunya hari kiamat. Ayat ini Allah memerintahkan nabi Muhammad supaya bertanyakan orang-orang kafir itu tentang siapakah yang sebenarnya berkuasa untuk menghalang semua itu berlaku ke atas mereka, adakah berhala-berhala yang disembah selain Allah atau orang-orang yang berkuasa di muka bumi boleh menghalang semua itu berlaku. Adakah mereka sanggup menyeru tuhan atau sembahan atau orang yang berkuasa selain Allah untuk menghalang dari semua itu berlaku?

Soalan yang diperintahkan ini sebenarnya adalah soalan menghina atau menempelak perbuatan orang kafir yang sengaja tidak mahu kembali kepada ajaran Allah sekali gus menyembah dan mengabdikan diri hanya kepada Allah yang Maha Berkuasa atas segala-galanya.

Mereka sebenarnya mengetahui apa yang disembah itu atau manusia yang dipatuhi perintahnya selain Allah itu tidak berkuasa menghalang semuanya berlaku di hadapan mata mereka.

Allah berfirman yang bermaksud, "Bahkan Dialah (Allah) yang kamu serukan lalu ia hapuskan bahaya yang kamu pohonkan kepadanya (supaya dihapuskan), jika ia dikehendaki dan kamu lupakan apa yang kamu sekutukan (dengan Allah, dalam masa kamu ditimpa bahaya itu)." (surah al-An'am :41)

Yakni apabila mereka ditimpa musibah mereka tidak ingat lagi kepada berhala atau sesuatu yang mereka sembah dan patuh selain Allah, melainkan mereka akan minta pertolongan dari Allah, berhadap hati mereka kepada Allah, mengharapkan Allah membebaskan mereka dari bencana itu tidak lagi berharap kepada sembahan-sembahan mereka selama ini.

Saat itu mereka lupa kepada berhala dan tuhan-tuhan selain Allah. Penganut komunis pun ingat kepada Tuhan ketika mereka ditimpa azab atau nazak hampir mati sebagaimana berlaku kepada Lenin pemimpin besar komunis Rusia.

Apabila komunis hampir kalah pemimpin tersebut pernah meminta imam-imam masjid di Rusia sembahyang hajat memohon Allah memberi kemenangan kepada komunis. Inilah ragam mausia apabila kesempitan dan terdesak dihimpit musibah dan bencana dunia, mereka akan ingat kepada Allah.

Sebagai contoh apabila manusia ditimpa bencana dilambung ombak besar meggunung di lautan terbentang luas tidak bertepi, mereka merasakan mereka akan mati dengan bencana itu, di saat ini mereka lupa segala-gala yang lain melainkan Tuhan Yang Berkuasa Mentadbir Alam ini.

Tetapi selepas hilangnya musibah mereka kembali semula mengkufuri Allah SWT. Allah berfirman yang bermaksud, "Dan apabila kamu terkena bahaya di laut, (pada saat itu) hilang lenyaplah (dari ingatan kamu) makhluk yang kamu seru selain Allah, maka apabila ia menyelamatkan kamu ke darat, kamu berpaling tadah (tidak mengingatinya); dan memanglah manusia itu sentiasa kufur (akan nikmat Allah)." (Surah al-Isra':67)

Catatan : President PAS

Adun – Ziarah Jenazah Warga Emas di Bt 9



Gombak- Lawatan Kematian YB Dato’ kepada seorang warga Emas berusia 64thn di Bt 9. Beliau adalah Pn. Noriyah Mohd Tahir yang mengalami sakit tua telah pulang kerahmatuallah pada 17/01/2010.


YB Dato’ telah menyerahkan sumbangan khairat kematian kepada suami beliau sebanyak Rm1000. Baki RM1500 akan disampaikan dalam satu majlis khas dalam tempoh 60 hari berikutnya oleh Pej. Daerah.


Tujuan manfaat ini diberikan adalah membantu keluarga ahli yang meninggal dunia dalam urusan-urusan yang berkaitan seperti menyelesaikan bayaran keseluruhan/sebahagian kos pengebumian, menyelesaikan hutang dan sebagainya.

Jelas kelihatan suasana yang menyedihkan kepada penghuni rumah tersebut apabila kehilangan orang yang dikasihi. Semoga kedatangan YB DHMA bersama kakitangan PKM Dun Gombak Setia dapat memberi sedikit kekuatan dan menenangkan keadaan.


KOLEKSI FOTO


Editor : Khaulah Azwar

Takziah daripada ADUN Gombak Setia – Bertemu dengan keluarga Allahyarham Mohd Zihni Zulkifli


Gombak- Lawatan YB DHMA bersama kakitangan PKM dan nazir masjid Ar-Rahimah di Kg Bolton baru-baru ini yang melibatkan kematian seorang penduduk iaitu En Mohd Zihni B. Zulkifli, 22thn yang telah pulang kerahmatuallah pada 16/01/2010.

Kehadiran YB Dato’ telah disambut oleh kerluarga arwah dan penduduk sekitarnya. Keluarga arwah telah menerangkan kejadian kemalangan tersebut sehingga meragut nyawa anak mereka.

Kenderaan yang dinaiki oleh beliau telah terbabas dan beliau telah meninggal ditempat kejadian. Ucapan takziah daripada YB Dato’ bersama kakitangan PKM dan Nazir Masjid Ar-Rahimah terhadap keluarga beliau. Semoga rohnya ditempatkan didalam golongan para solihin. Al-Fateha.

KOLEKSI FOTO

Editor : Khaulah Azwar

Kesakitan Rakyat turut dirasai - YB DHMA


Gombak – Tidak pernah mengenal erti penat. Beginilah rutin kehidupan YB DHMA setiap hujung minggu. Menziarahi penduduk sekitar gombak tiada hentinya selagi menerima berbagai jemputan dan perkhabaran daripada penduduk yang ditimpa musibah dan kematian.

Selepas mengadakan 2 program besar bersama rakyat untuk meraikan pelajar miskin dan masyarakat india, beliau terus menjalankan tanggungjawabnya untuk melawat penduduk daripada satu tempat ke tempat yang lain.


YB DHMA telah menziarahi sebuah keluarga di Lorong Anggerik 1, Tmn Bolton yang melibatkan 2 orang adik beradik diuji dengan penyakit kanser. Beliau adalah En Zahri B. Abdul dan Kakak beliau iaitu Pn Azizah Bt. Abdul yang menderita sakit kanser Rahim.

Apabila melihat keadaan mereka sebagai saudara semuslim YB DHMA turut merasai penderitaan dan kesakitan yang mereka tanggung selama ini. Untuk meringankan bebanan mereka YB DHMA telah memberi sumbangan kepada mereka bagi membantu kos perubatan. Semoga mereka sabar dan redha dalam hadapi ujian kesakitan yang diberi oleh ALLAH swt untuk menguji kesabaran & keimanan kita.

Perkhabaran terkini pihak PKM Dun GS telah menerima berita bahawa En Zahri Abdul telah pulang ke rahmatullah semalam 17/01/2010 akibat daripada derita sakit yang dirasai. Semoga Roh Allahyarham ditempatkan didalam golongan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.Al-Fateha.

KOLEKSI FOTO :

Editor: Khaulah Azwar

Jentera Pilihanraya PAS diminta bantu SPR Daftar 4.39 juta pengundi

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengesa Jentera Pilihanraya PAS disemua peringkat Parlimen dan DUN untuk membantu Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) bagi mendaftarkan 4.39 juta pengundi yang belum mendaftar sebagai pemilih. Jumlah yang dilaporkan oleh SPR semalam adalah baki 28 peratus dari jumlah pemilih yang layak tetapi masih belum dapat mendaftar. Ini bermakna hampir satu pertiga pengundi dinegara ini belum mendaftar.

Rekod Pilihanraya Umum Mac 2008 menunjukan 72 peratus iaitu 7,878, 875 pemilih keluar mengundi dari 10,922,139 pemilih berdaftar diseluruh negara. Secara kasarnya jika dicampur jumlah yang tidak mengundi dan belum mendaftar, maka jumlah keseluruhan mereka adalah 7.49 juta atau lebih dari separuh pemilih yang layak mengundi tidak menyertai Pilihanraya 2008.
Oleh itu PAS menawarkan satu kerjasama serius digerakan antara SPR dan diperingkat akar umbi PAS bagi memberikan kefahaman kepada rakyat tentang pentingnya mereka melibatkan diri serta besarnya nilai undi mereka dalam menentukan hala tuju negara. Demi memastikan negara ini dapat dipimpin oleh Kerajaan yang lebih baik dimasa hadapan, program-program kempen pendaftaran pengundi baru perlu digerakkan dan disusun secara berjadual.
PAS melihat inilah peluang untuk memberikan sumbangan kepada demokrasi dan memimpin rakyat untuk memahami hak mereka sebagai pengundi. Jentera PAS perlu serius untuk mengambil peluang dalam menyampaikan dakwah dan juga hasrat perjuangan sebagai mengalakkan rakyat keluar mengundi kelak.
PAS juga berharap agar pengundi dalam Pilihanraya akan datang dapat membuat penilaian dan keputusan yang berani demi mengubah landskap pemerintahan negara yang sudah 12 penggal ditadbir oleh Kerajaan yang korup dan zalim.
Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

UNDI ANDA AMAT BERHARGA..BERTINDAKLAH SEGERA..

Monday, January 18, 2010

Eksklusif: Aura Anwar Ibrahim Masih Berbisa, Hampir 10,000 Ribu Rakyat Pahang Hadir Bagi Mendengar Ceramah Umumnya Malam Tadi !!

KUANTAN, 18 Jan [3.00 pm] - Aura Datuk Seri Anwar Ibrahimternyata masih berbisa biarpun berbagai tohmahan dan fitnah jahat terus dilemparkan kepadanya selama ini. Rakyat ternyata masih percaya dan menganggap Anwar sebagai pejuang rakyat yang akan membela nasib serta masa depan mereka.

Melihat kepada kehadiran orang ramai dalam program lawatan kerja seharinya ke Kuantan semalam, jelas sekali Anwar masih diterima. Hampir 10,000 rakyat membanjiri ceramah umum Anwar diDataran Rakyat, Pejabat Perhubungan PKR Pahang dekat sini. Kebanyakkan daripada mereka datang sengan rela hati, tanpa sebarang upah yang diberikan.

Ia jauh berbeza sama sekali dengan kehadiran pemimpin UMNO selama ini, mereka dipaksa hadir, diberi upah dan elaun kedatangan. Dalam ceramah Anwar malam tadi, beliau lebih banyak mendedahkan tentang kepura-puraan kerajaan UMNO BN dalam menangani sesuatu isu. Anwar berkata isu panas "khalimah Allah" yang dipermainkan sekarang ini jelas sekali menjerat diri mereka akhirnya. Malah kata Anwar, beliau sudah bertemu dengan beberapa tokoh ulamak terkenal semasa kunjungannya ke Beirut, Lubnan baru-baru ini. Malah, ramai dikalangan mereka terkejut dengan isu itu yang dijadikan modal politik parti tertentu di Malaysia sekarang ini. Malah, ulamak tersohor dunia sendiri pun menganggap isu yang dimainkan itu tidak relevan sebenarnya.

Menurutnya, penggunaan kalimah Allah sudah diguna beribu tahun lalu oleh penganut Kristian di Mesir malah tiada sebarang masalah timbul berhubung perkara tersebut. “Saya merujuk kenyataan Sheikh Yusuf Al-Qaradawi mengenai perkara tersebut dan beliau sendiri menyatakan bahawa kalimah Allah tidak salah digunakan oleh orang bukan Islam.

Saya menganggap ia adalah isu yang sengaja direka oleh UMNO untuk menghangatkan suasana politik negara," katanya.Larangan Nama Allah Hanyalah Politik UMNO Orang ramai sudah mulai membanjiri sekitar kawasan ceramah sejak petang lagu, terutamanya mereka yang datang dari jauh. Anwar tiba sekitar jam 9.30 malam, selepas menghadiri dua lagi program berasingan iaituMajlis Jamuan Makan Malam PKR Pahang di Restoran Tanjung danTazkirah Maghrib dan Solat Hajat di Masjid Al-Khairiah, Batu 6, Jalan Gambang dekat sini.

Dalam ceramahnya malam tadi Anwar juga berkali-kali mengingatkan rakyat supaya meneruskan perjuangan bagi kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang. Katanya, UMNO BN kini sudah semakin terdesak dan sanggup menggadaikan agama untuk kepentingan politik semata-mata. Tindakan melarang orang Kristian menggunakan khalimah Allah hanya untuk Semenanjung Malaysia sahaja, sebaliknya ia boleh untuk Sabah dan Sarawak. Kononnya, khalimah Allah telah lama digunakan oleh orang Kristian di sana yang majoritinya lebih ramai dari Semenanjung. Walhal, tindakan itu dilakukan kerana mereka takut kehilangan undi dalam pilihanraya negeri Sarawak yang dijangka akan diumumkan pada bila-bila masa sahaja sekarang ini.

"Inilah bukti yang pemimpin UMNO BN hipokrit dan sengaja ingin menipu rakyat. Mereka memperkatakan tentang Islam tetapi jenayah yang berlaku di Malaysia sejak sekian lama mereka yang lakukan. Siapa yang terlibat dengan kes bunuh Altantunya, Noritta, curi enjin jet, ambil komisyen kapal selam dan jet, isu PKFZ dan banyak lagi. Bukankah semua itu dilakukan oleh orang Islam UMNO. Apakah mereka layak untuk berbicara soal mempertahankan Islam sedangkan mereka sendiri terpalit dengan berbagai penyelewengan, rasuah, korupsi serta lain-lain perbuatan yang jelas bertentangan dengan Islam itu sendiri" kata Anwar sambil mendapat tepukan gemuruh hadirin.

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI