KUANTAN, 18 Jan [3.00 pm] - Aura Datuk Seri Anwar Ibrahimternyata masih berbisa biarpun berbagai tohmahan dan fitnah jahat terus dilemparkan kepadanya selama ini. Rakyat ternyata masih percaya dan menganggap Anwar sebagai pejuang rakyat yang akan membela nasib serta masa depan mereka.
Melihat kepada kehadiran orang ramai dalam program lawatan kerja seharinya ke Kuantan semalam, jelas sekali Anwar masih diterima. Hampir 10,000 rakyat membanjiri ceramah umum Anwar diDataran Rakyat, Pejabat Perhubungan PKR Pahang dekat sini. Kebanyakkan daripada mereka datang sengan rela hati, tanpa sebarang upah yang diberikan.
Ia jauh berbeza sama sekali dengan kehadiran pemimpin UMNO selama ini, mereka dipaksa hadir, diberi upah dan elaun kedatangan. Dalam ceramah Anwar malam tadi, beliau lebih banyak mendedahkan tentang kepura-puraan kerajaan UMNO BN dalam menangani sesuatu isu. Anwar berkata isu panas "khalimah Allah" yang dipermainkan sekarang ini jelas sekali menjerat diri mereka akhirnya. Malah kata Anwar, beliau sudah bertemu dengan beberapa tokoh ulamak terkenal semasa kunjungannya ke Beirut, Lubnan baru-baru ini. Malah, ramai dikalangan mereka terkejut dengan isu itu yang dijadikan modal politik parti tertentu di Malaysia sekarang ini. Malah, ulamak tersohor dunia sendiri pun menganggap isu yang dimainkan itu tidak relevan sebenarnya.
Menurutnya, penggunaan kalimah Allah sudah diguna beribu tahun lalu oleh penganut Kristian di Mesir malah tiada sebarang masalah timbul berhubung perkara tersebut. “Saya merujuk kenyataan Sheikh Yusuf Al-Qaradawi mengenai perkara tersebut dan beliau sendiri menyatakan bahawa kalimah Allah tidak salah digunakan oleh orang bukan Islam.
Saya menganggap ia adalah isu yang sengaja direka oleh UMNO untuk menghangatkan suasana politik negara," katanya.Larangan Nama Allah Hanyalah Politik UMNO Orang ramai sudah mulai membanjiri sekitar kawasan ceramah sejak petang lagu, terutamanya mereka yang datang dari jauh. Anwar tiba sekitar jam 9.30 malam, selepas menghadiri dua lagi program berasingan iaituMajlis Jamuan Makan Malam PKR Pahang di Restoran Tanjung danTazkirah Maghrib dan Solat Hajat di Masjid Al-Khairiah, Batu 6, Jalan Gambang dekat sini.
Dalam ceramahnya malam tadi Anwar juga berkali-kali mengingatkan rakyat supaya meneruskan perjuangan bagi kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang. Katanya, UMNO BN kini sudah semakin terdesak dan sanggup menggadaikan agama untuk kepentingan politik semata-mata. Tindakan melarang orang Kristian menggunakan khalimah Allah hanya untuk Semenanjung Malaysia sahaja, sebaliknya ia boleh untuk Sabah dan Sarawak. Kononnya, khalimah Allah telah lama digunakan oleh orang Kristian di sana yang majoritinya lebih ramai dari Semenanjung. Walhal, tindakan itu dilakukan kerana mereka takut kehilangan undi dalam pilihanraya negeri Sarawak yang dijangka akan diumumkan pada bila-bila masa sahaja sekarang ini.
"Inilah bukti yang pemimpin UMNO BN hipokrit dan sengaja ingin menipu rakyat. Mereka memperkatakan tentang Islam tetapi jenayah yang berlaku di Malaysia sejak sekian lama mereka yang lakukan. Siapa yang terlibat dengan kes bunuh Altantunya, Noritta, curi enjin jet, ambil komisyen kapal selam dan jet, isu PKFZ dan banyak lagi. Bukankah semua itu dilakukan oleh orang Islam UMNO. Apakah mereka layak untuk berbicara soal mempertahankan Islam sedangkan mereka sendiri terpalit dengan berbagai penyelewengan, rasuah, korupsi serta lain-lain perbuatan yang jelas bertentangan dengan Islam itu sendiri" kata Anwar sambil mendapat tepukan gemuruh hadirin.
No comments:
Post a Comment