Sunday, January 17, 2010

Adun mendekati masyarakat india "YB Dato Hasan Mohamed Ali"


Gombak - Menjadi wakil rakyat adalah satu tanggungjawab yang besar kepada masyarakat. Sebagai Adun, untuk mendekati rakyat adalah satu tanggungjawab yang harus dilakukan. Tugas yang harus mereka laksanakan dengan turun padang mengambil berat terhadap masyarakat sekeliling, mengatasi masalah yang dihadapi penduduk dan memberi bantuan kepada masyarakat yang memerlukan bantuan. Pelaksanaan tugas tersebut bukanlah harus dilakukan hanya apabila tiba bahang-bahang pilihan raya tetapi harus dilaksanakan apabila diri telah dilantik oleh rakyat dalam pilihan raya yang telah dilalui.


Oleh itu sebagai pimpinan yang beribawa yang telah diberikan amanah dan mandat sepenuhnya oleh rakyat YB DHMA sedaya upaya menyusunkan berbagai program untuk bersama rakyat. Segala perancangan gerak kerja yang telah tersusun rapi bersama kakitangan PKM Dun Gombak Setia dan semua jentera ahli PAS Kaw. Gombak akan dilakasanakan mengikut jadual yang telah direncanakan. Dengan cara sedemikian hubungan 2 hala antara pimpinan dan rakyat akan terjalin.

Makan pagi bersama masyarakat india yang telah diadakan baru-baru ini di Pasar Moden Sri Gombak telah mendapat sambutan yang baik oleh penduduk sekitar gombak. Beliau merasa gembira apabila dapat bertemu dengan rakyat secara bersantai lebih-lebih lagi apabila beliau dapat mendengar masalah rakyat ketika makan bersama rakyat.


Beliau telah dikelilingi oleh berbagai peringkat umur untuk mendengar berbagai cadangan dan idea orang muda untuk dilaksanakan bersama, agar rakyat di Kaw. Gombak terutamanya merasa berpuas hati keatas khidmat yang diberikan oleh beliau kepada rakyat. Segala cadangan rakyat telah diambil perhatian oleh YB DHMA bersama kakitangan PKM Dun Gombak Setia serta ahli majlis MPS.

YB DHMA merasa berpuas hati dengan program yang telah berjaya dilaksanakan dan harapan beliau program tersebut harus diadakan setiap bulan bagi mengenal pasti segala masalah penduduk dan memberi peluang kepada rakyat dengan menerima segala cadangan yang bernas agar dapat dilaksanakan untuk kebaikan bersama.

Pertemuan bersama masyarakat india baru-baru ini telah memberi gambaran positif bahawa PRU ke-13, parti PR akan memperolehi kemenangan yang besar dengan membuat persiapan gerak kerja yang dilakukan oleh semua jentera PR. YB DHMA berkata beliau yakin rakyat sudah bersedia untuk memilih parti yang terbaik dalam menghadapi PRU akan datang.


Didalam pertemuan makan bersama masyarakat india YB DHMA telah menerangkan kepada masyarakat india mengenai kelebihan yang telah diberikan oleh kerajaan negeri kepada rakyat di Negeri Selangor. Pemberian tersebut bukan hanya diberi kepada bangsa melayu sahaja tetapi diberi kepada semua bangsa & agama walaupun berbeza pemahaman politik & parti.



Beliau menyeru masyarakat india & cina agar menyertai kelab penyokong PAS yang boleh didaftarkan di PKM DUN Gombak Setia & PKM Sri Gombak. Bagi yang masih tidak mendaftar diri untuk mengundi pada PR 13 boleh berdaftar di PKM yang terhampir dengan segera. Beliau telah menerangkan kepada masyarakat india yang telah hadir ke program tersebut bahawa “apabila menjadi ahli Kelab Penyokong PAS tidak bermakna mereka akan memasuki ISLAM. Tetapi YB DHMA telah menerangkan bahawa jika menyertai kelab penyokong PAS mereka bangsa (India, Cina) akan memberi sokongan kepada Parti PAS & PKR dengan segala cadangan dan kerjasama agar pelaksanaan gerakkerja dalam parti mendapat sambutan yang baik kepada semua masyarakat. Tidak sedikitpun mereka di paksa untuk memeluk ISLAM jika menyertai PAS. Beliau amat berharap agar dengan adanya program ini, masyarakat india & cina mendapat kefahaman yang lebih jelas mengenai Kelab Penyokong PAS dan dapat menerima parti PR sebaiknya.

YB DHMA berkata lagi sebagai Pemimpin harus memikirkan bagaimana untuk memberi berbanding untuk mendapat. Apabila kita berfikir bagaimana untuk memberi, fokus kita ialah peranan bukan ganjaran. Malangnya, ramai yang berfikir secara songsang. Apa yang difokuskan bukan peranan tetapi ganjaran. Jika kita hnaya berfikir tentang ganjaran, maka ini akan menyebabkan kita mengabaikan peranan sebagai pimpinan/Adun. Sebaliknya, apabila seorang pemimpin fokusnya pada peranan maka ganjaran akan datang dengan sendirinya. ALLAH tidak mensia-siakan hambanya yang benar-benar Ikhlas dalam bekerja dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai pimpinan. Jika hakikat ini masih diragui, apakah layak kita menjadi pemimpin?

Penulis ingin sekali menyeru kepada semua rakyat untuk berfikir sejenak, masih ada waktu untuk bertindak parti manakah yang terbaik dan memilih pimpinan yang beriman, beribawa untuk menerajui negara dan mempunyai akhlak mulia.

Bagaimanakah barisan kepimpinan kita yang menerajui M’sia pada masa kini?? Sudahkah dilantik orang yang baik-baik yang tidak mengamalkan rasuah, tidak mengutamakan kroni, hanya mementingkan diri mereka sendiri daripada rakyat yang kini dihimpit dengan berbagai tekanan ekonomi?? Itupun sudah terlalu sukar. Dan sudahkah orang yang baik itu telah melaksanakan kebaikannya kepada masyarakat?? Hal yang kedua ini jauh lebih sukar. Semoga kebijaksanaan yang ALLAH berikan kepada kita semua mampu mengubah segalanya.. waallahhualam..

KOLEKSI FOTO





Editor : Khaulah Azwar


Meringankan Beban Rakyat " YBDHA"


Gombak- Meringankan bebanan rakyat adalah salah satu tanggungjawab Adun. Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan skim bantuan pelajar Miskin Negeri Selangor bagi 56 Dun – Dun di Negeri Selangor.


Dibawah Skim Bantuan Pelajar Miskin ini, setiap pelajar miskin yang telah dikenal pasti melalui Pejabat ADUN telah menerima bantuan yuran peperiksaan sebanyak RM90 bagi pelajar yang menduduki peperiksaan UPSR dan RM120 bagi pelajar yang menduduki PMR bagi tahun 2009.


Seramai 100 pelajar telah menerima sumbangan tersebut yang telah disampaikan oleh YB Dato’ Hasan B. Mohamed Ali di PKM Dun Gombak Setia pada pagi ini. Turut hadir didalam majlis sumbangan Bantuan Pelajar Miskin adalah Tim. Pengarah PKM Dun Gombak Setia Tn Hj Ezani Mansor, Ahli Majlis MPS, Seluruh Ketua Kg. dan Nazir Masjid Ar-Rahimah.


YB Dato’ telah memaklumkan kepada rakyat yang hadir terdapat berbagai keistimewaan yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri dibawah Pakatan Rakyat untuk meringankan bebanan rakyat antaranya membantu ibu tunggal, warga emas, kemasukan bantuan pelajar IPT dengan memperolehi sebanyak RM1000, TAWAS dan lain-lain lagi seperti yang telah dijanjikan oleh Kerajaan Negeri didalam Manifesto P.Raya lalu kepada rakyat. Sehubungan dengan itu Yb Dato’ telah memaklumkan kepada rakyat sebelum sesi persekolahan dibuka Kerajaan Negeri juga telah memberi sumbangan Beg, Kasut sekolah kepada rakyat yang pendapatan tidak melebihi RM1500 kebawah dan pada hari ini semua rakyat miskin yang telah disenaraikan oleh Pejabat Adun diraikan lagi dengan menerima bantuan kewangan.


Beliau amat berharap para pelajar & keluarga yang telah menerima subangan skim ini agar dapat menggunakan wang tersebut dengan sebaiknya dan tidak disalah guna. Semoga bantuan diberikan dapat membantu ibubapa membayar yuran sekolah dan melengakapkan peralatan sekolah anak-anak.

Friday, January 15, 2010

Yang sakit diziarahi - Khatifah Zamani Ahli Majlis, MPS


Gombak - Didalam kesibukan menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Majlis, MPS Pn. Khatifah Zamani Binti Sulong masih mempunyai waktu utuk menziarahi Pn. Rohayati Hashim yang merupakan muslimat veteran PAS di Kaw. Gombak. Walaupun beliau telah berusia tetapi masih aktif dalam gerakan jemaah PAS. Beliau seisi keluarga telah mengalami musibah kemalangan di Temerloh Pahang baru-Baru ini.


Lawatan Ziarah oleh Ahli Majlis, MPS yang diiringi oleh Pn. Dr. Azimah bersama AJK Dewan Muslimat PAS Kaw. Gombak terhadap Pn. Rohayati Hashim sekeluarga di HUKM, Cheras. Beliau mengalami kecederaan patah kaki yang serius. Manakala suami beliau telah pulang kerahmatuallah ditempat kejadian dan anak sulong beliau mengalami cedera parah.



Kunjungan daripada sahabat-sahabat yang terdiri daripada muslimat PAS Kaw. Gombak tidak putus arus apabila menerima berita kemalangan yang berlaku keatas diri beliau sekeluarga. Ketibaan sahabat-sahabat seperjuangan yang menziarahi beliau tetap disambut dengan senyuman meskipun jelas kelihatan beliau begitu lemah. Setiap orang yang menziarahi beliau pasti amat terharu apabila mendengar segala kata-kata beliau dimana dalam keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan beliau masih lagi memikirkan kekuasaan & kebesaran ALLAH swt mengenai ilmu perubatan yang kini semakin canggih lebih-lebih lagi apabila kulit kaki beliau hanya akan ditampal sahaja kalau hendak dibandingkan zaman dulu. Beliau berkata lagi bahawa terlalu bersyukur masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan ini. Begitulah semangat yang ada dalam diri beliau walaupun seisi keluarga ditimpa musibah namun beliau mempunyai semangat kental dan masih lagi boleh berfikir secara positif.



Pn. Khatifah berkata setelah melihat diri Pn Rohayati yang terlantar dalam Hospital beliau begitu kagum dengan semangat dan kekuatan jiwa yang ada pada diri sahabatnya. Sebagai sahabat seperjuangan beliau merasa berat mata memandang menyaksikan musibah yang menimpa Pn Rohayati sekeluarga. Kalau iman tidak kuat pasti ada yang tidak redha dengan apa yang berlaku lebih-lebih lagi apabila dalam masa yang sama kita kehilangan suami. Hanya doa kami panjatkan agar beliau dikurniakan kekuatan iman dan sabar dalam hadapi ujian ini. Sesungguhnya setiap apa yang berlaku ada hikmahnya tersendiri.

Thursday, January 14, 2010

Tugas AHLI MAJLIS, MPS BUKAN SEMUDAH ITU, TETAPI MEMBAHAGIAKAN JIKA DAPAT MENGEMBIRAKAN ORANG LAIN





Gombak - Tugas sebagai seorang Ahli Majlis/Pengerusi JKP Zon 11 bukanlah semudah itu untuk dilaksanakan dengan begitu mudah lebih-lebih lagi apabila berdepan dengan berbagai penduduk yang berbilang bangsa, agama & kefahaman politik yang amat berbeza.

Ramai orang yang beranggapan apabila dilantik sebagai Ahli Majlis, MPS ia akan berhadapan dengan masalah aduan penduduk yang berkaitan dengan sampah, permohonan gerai, masalah alam sekitar dan-lain yang berhubungkait dengan kerja-kerja MPS tetapi bagi saya apabila berada di dalam Ahli Majlis, MPS tangungjawab yang diberikanlah adalah berat kerana harus berdepan dengan berbagai ragam masyarakat. Kadangkala ada segelintir masyarakat yang tidak faham jika tidak mendapat bantuan mengikut garis panduan daripada pihak MPS maka mereka akan memberi berbagai ugutan kepada pihak Ahli Majlis yang diberi mandat menjalankan tanggungjawab di zon masing-masing. Walaubagaimanapun pihak kami yang diberikan amanah oleh pimpinan kerajaan Negeri dan pihak MPS akan cuba menjalankan tanggungjawab dan amanah ini dengan sebaiknya untuk membantu rakyat seadilnya.

Ketika ditemubual beliau menyatakan selama ini, beliau tidak pernah bekerja selepas tamat pengajian tetapi setelah berumur 40an dan mempunyai 6 orang cahaya mata saya diberi mandat oleh pimpinan untuk menerima tugasan & tanggungjawab di dalam Ahli Majlis, MPS, walaupun pada mulanya saya rasa berat untuk memikul tanggungjawab ini lebih-lebih lagi tiada pengalaman bekerja tetapi apabila difikirkan untuk kebaikan dan amal jariah saya kepada masyarakat maka saya menerimanya. Dalam satu hadis ada menyatakan "Dalam kebimbangan dan ketakutan untuk menerima amanah ini, kita juga diberi amaran oleh Rasulullah saw antara lain Baginda mengingatkan sesiapa yang ummah/orang ramai mengharapkan kepadanya untuk menjaga maslahah mereka, lalu dia melarikan diri (enggan menerima) maka aku tak ingin berjumpa dengannya nanti di padang mahsyar. ( Nauzubillah) ".

Oleh itu pertimbangan yang wajar ialah berada di antara takut dan harap. Takut Rasulullah murka, dan harap Allah bantu dengan amanah ini.

Ingin sekali saya berkongsi sedikit peringatan daripada puncuk pimpinan kami dalam PAS iaitu Dato' Tn Ibrahaim Tn Man sering mengingatkan kepada kami dengan peristiwa

Sewaktu Nabi mengiklankan satu jawatan untuk diisi oleh para sahabat, lalu datanglah Abu Zar al-Ghifari memohon jawatan tersebut, melihat yang memohon itu Abu Zar, lalu nabi menyatakan:

"Wahai Abu Zar, sesungguhnya engkau lemah, sedangkan jawatan ini satu amanah, kelak nanti di hari akhirat engkau akan akan dukacita dan menyesal ; melainkan engkau ambil dengan selayaknya dan engkau tunai pula amanahnya".

Hadis ini seharusnya menjadi dasar pegangan setiap kita agar tidak terlalu ghairah untuk mendapatkan jawatan, kerana beratnya bebanan yang terpaksa ditanggung nanti.

Muawiyah bin Abu Sufyan disaat kematiannya menungkapkan kata-kata masyhur
‘Alangkah sedikitnya bekalan, alangkah jauhnya perjalanan dan alangkah beratnya bebanan’.

Rasulullah juga pernah memberi amaran antara lain mafhumnya:

‘Jangan kamu mendesak untuk mendapatkan jawatan, kerana sesiapa yang mendapatkannya sedang orang ramai tidak meredhainya, maka Allah tidak akan membantunya’.

Alhamdulillah, semangat keimanan tersebut telah tersemat kukuh dalam jamaah kita, sehingga setiap kita merasa berat untuk menerima jawatan tersebut. Tetapi kita juga sedar dengan apa yang diucapkan oleh Presiden, menerima jawatan dalam jamaah adalah perlumbaan untuk membuat kebaikan dan memperjuangkan Islam.

Kita rasa seronok bilamana kita boleh menyumbangkan sesuatu kepada jamaah, walaupun kita tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti. Betapa ramainya golongan yang ikhlas dalam perjuangan ini sanggup korbankan harta, masa dan tenaga untuk kemenangan Islam, walau mereka tidak memegang apa-apa jawatan dan jauh dari dipilih sebagai calon dalam pilihanraya.

Jamaah kita didokongi oleh ahli yang ikhlas, kepimpinan yang wibawa dan kemantapan jamaah yang hebat. Kita sedar musuh amat cemburu dengan muafakat jamaah yang kita ada. Mereka cuba memecahkan perpaduan kita, mereka cuba laga-lagakan antara kita, kerana itu kita harus sedar agar tidak jadi jurucakap bagi pihak musuh.

Oleh itu menjadi tanggungjawab perwakilan yang menerima amanah ahli bawahan meneliti dengan keilmuan, menolak sentimen dan emosi, meletakkan kepentingan jamaah di hadapan agar membuat pilihan yang sebaik-baiknya bagi menerajui kepimpinan jamaah kita.

Namun kemungkinan pilihan kita bertepatan dengan pilihan ramai, lalu yang kita cadang menerima amanah; atau mungkin juga berlaku sebaliknya. Kita harus sedar, setelah diputus oleh jamaah maka kita mesti wala’ kepada kepimpinan yang dipilih. Perlantikan sebagai pimpinan menuntut kita taat dan wala’ kepadanya ‘ walaupun dari hamba berkulit hitam, berbangsa Habashi sekalipun’. Ini lebih penting dari pemilihan, kerana soal pemilihan boleh selesai dalam sehari, tetapi soal wala’ akan berpanjangan sehingga akhirnya.

Kepada yang terpilih menerajui kepimpinan ingatlah akan doa saidina Umar Al-Khattab:

“Ya Allah, engkau telah bebankan aku dengan bebanan yang berat di dunia, maka janganlah engkau bebankan pula aku dengan bebanan yang berat diakhirat”.

Ingatlah kita sebenarnya belum diuji oleh Allah dengan kemenangan besar yang menanti kita- Semoga Allah tidak menguji kita sebagaimana Allah menguji umat sebelum kita".

Beliau berkata lagi apabila berhadapan dengan penduduk beliau merasakan sebagai satu khidmat yang perlu diberikan dengan baik terutamanya apabila penduduk yang mengadu masalah rumahtangga. Apabila mereka minta pandangan dan nasihat. Disini saya dapat berkongsi pendapat dan membantu menenangkan keadaan mereka dengan sebaiknya. Dengan melalui pengalaman mereka maka saya jadikan panduan hidup yang banyak mehnahnya. Beliau merasakan terlalu gembira apabila dapat mengembirakan hati orang apabila dapat memberi khidmat, mungkin tidak wang ringgit tetapi khidmat yang saya berikan pada mereka dan segala sokongan untuk mendapat kelulusan daripada saya dalam sebarang permohonan untuk kebaikan mereka. Jika kita bantu menyelesaikan masalah orang lain insya-ALLAH urusan kita jg dimudahkan. Hidup untuk memberi. Tidak susah untuk mengembirakan hati orang lain mungkin hanya dengan kata-kata, senyuman ataupun dengan doa. Berilah kegembiraan kepada orang lain, kegembiraan itu akan datang kepada kita semula.

Walaubagaimanapun apabila berada di dalam Ahli Majlis, bagi Pn Khatifah Zamani Sulong beliau tidak meletakkan dirinya didalam mana-mana parti kerana prinsip beliau yang hanya meletakkan diri sebagai pekerja yang telah diberi amanah & mandat oleh pimpinan dan kerajaan Negeri Selangor. Didalam melaksanakan tanggungjawab ini saya harus melakukan dengan adil kepada semua orang tidak kira bangsa, agama & kefahaman politik yang berbeza.

Amanah yang diberika pada saya oleh pimpinan insya-ALLAH saya akan laksanakan sebaiknya dengan kerjasama semua pihak. Mendekati & menangani masalah masyarakat adalah satu tanggngungjawab saya disini tetapi kadangkala sering juga diuji dengan ragam masyarakat yang kadangkala hanya mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan hak orang lain. Oleh itu sebagai orang yang bertanggungjawab dalam Ahli Majlis Zon 11 saya harus memainkan peranan sebaiknya tidak membuat sebarang keputusan mendadak setiap apa yang berlaku. Alhamdulilah urusan saya di sini dimudahkan lebih-lebih lagi mempunyai P.A (Khaulah Azwar) yang banyak membantu gerakkerja saya dan beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam pentadbiran. Kecekapan beliau dalam menjalankan tugas amat saya kagumi dan dihargai. Semoga beliau dan AJK JKP Zon 11 juga diberi kekuatan dalam memikul tanggungjawab ini bersama saya dengan sebaiknya untuk membantu rakyat. Tanpa kerjasama semua pihak mungkin saya tidak dapat memainkan peranan sebaiknya.


Temubual yang dilakukan apabila beliau dapat membantu seorang penduduk warga india yang ingin mendapat sokongan daripada beliau untuk mendapatkan Gerai bagi meneruskan kehidupan mereka yang sempit. Pendapatan suami yang rendah dan mempunyai anak 6 masih brsekolah. Beliau menyatakan Mrs Radha merupakan Guru Yoga yang membuat kelas di Dewan Masyarakat Flat Samudera. Tetapi kelas tersebut kini semakin berkurangan dan tidak mendapat sambutan lagi. Mrs Radha merasa tertekan dengan keadaan lebih-lebih lagi pendapatan keluarga terlalu rendah dan tidak mampu membantu suaminya lagi. Oleh itu Mrs Radha amat berharap agar Pn. Khatifah dapat membantu beliau untuk mendapatkan gerai perniagaan agar mereka dapat meneruskan kehidupan demi anak-anak mereka yang masih bersekolah.

Pertemuan bersama Mrs Radha dan anaknya di pej Ahli Majlis Di Tmn Selasih Fasa 2 pada ptg semalam begitu tersentuh hati oleh Pn Khatifah bersama P.A beliau Khaulah Azwar apabila mendengar masalah yang dihadapi oleh Mrs Radha. Bagi pihak Pn Khatifah beliau akan cuba membantu sedaya upaya untuk meringankan bebanan dan tekanan yang dihadapi oleh beliau sekeluarga.

Jelas kelihatan kegembiraan diwajah Mrs Radha apabila beliau telah mendapat bantuan sokongan permohonan gerai daripada Pn Khatifah dan beliau amat menghargai setiap apa yang dilakukan oleh Pn Khatifah terhadapnya.

Beliau menyatakan lagi inilah baru pertama kali saya berurusan dengan seorang Ahli Majlis MPS yang begitu perihatin, tutur bicara yang lembut dan memberi ketenangan dan semangat pada saya. Saya amat berharap beliau dapat meneruskan khidmat di dalam Ahli Majlis ini selama-lamanya kerana saya yakin bukan saya sahaja yang rasa gembira apabila bertemu dengan beliau malahan sudah pasti ramai penduduk di sekitar Zon 11 yang telah berurusan dengan beliau merasa gembira dengan perwatakan, pertolongan yang diberikan. Saya lihat Pn Khatifah adalah orang yang benar-benar bertanggungjawab & amanah didalam tugasannya lebih-lebih lagi apabila pertemuan saya dengan beliau sudah 3x kami ingin bertemu tetapi tidak dapat kerana jadual beliau begitu padat dan apabila tergendala beliau terus hubungi saya dan mohon maaf kerana tidak dapat bertemu. Apabila ini berlaku hati saya berkata-kata saya tidak pernah berjumpa dengan orang yang sedemikian. Tetapi kini saya telah bertemu dengan orang yang benar-benar jujur dengan masyarakat dalam taanggungjawab yang diberikan. Dan saya lihat beliau dan P.A nya begitu mesra dan kecekapan mereka dalam menjalankan tugas amat saya kagumi.


Dengan hati yang ikhlas saya ingin merakamkan Tahniah kepada beliau sendiri atas sikap yang ada dalam diri beliau dan kepada pihak pimpinan Kerajaan Negeri Selangor dan MPS saya amat berharap beliau dapat meneruskan khidmat ini sehingga akhir dalam Ahli Majlis agar rakyat merasa bahawa kita mempunyai calon-calon pimpinan yang beribawa untuk menerajui negara ini dengan sebaiknya.

Siri Peringatan buat diri yang lupa..JANGAN TOLAK SETELAH DIAMANAHKAN JANGAN REBUT SAMPAI BERKEMPEN

Bahang2 PR kampus, pemilihan pimpinan di masjid/surau kini semakin terasa. Begitulah juga tidak lama lagi kita akan berhadapan dengan PRU ke-13. Apakah persiapan kita untuk menghadapi PRU ke 13 dalam menentang musuh2 ISLAM terutamanya pihak BN/UMNO??

Bangunlah wahai ansaruallah shbt2 yg telah diberikan amanah dalam pimpinan saf2 Ulama' Dewan pemuda, Dwn Muslimat, Nisa', kelab penyokong PAS, PKR jentera2 yg telah diberikan amanah begitulah juga shbt2 yang berada didlm Ahli Majlis..ayunkan langkah kalian dgn perhebatkan segala perancangan gerakkkerja.. Ingatlah jika seminit kita lalai.. musuh ISLAM akan memasuki penjuru2 begitu mudah sekali.. . Semoga pemilihan pimpinan terbaru adalah tulus & BERSIH.. dan menjalankan amanah dgn sebaiknya..Sebelum tiba masa pemilihan ini marilah kita sama2 mengikuti penulisan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai panduan kita..insya-ALLAH..

Berikut tulisan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
(Pesuruhjaya PAS Pahang)

Sewaktu Nabi mengiklankan satu jawatan untuk diisi oleh para sahabat, lalu datanglah Abu Zar al-Ghifari memohon jawatan tersebut, melihat yang memohon itu Abu Zar, lalu nabi menyatakan:

"Wahai Abu Zar, sesungguhnya engkau lemah, sedangkan jawatan ini satu amanah, kelak nanti di hari akhirat engkau akan akan dukacita dan menyesal ; melainkan engkau ambil dengan selayaknya dan engkau tunai pula amanahnya".

Hadis ini seharusnya menjadi dasar pegangan setiap kita agar tidak terlalu ghairah untuk mendapatkan jawatan, kerana beratnya bebanan yang terpaksa ditanggung nanti.

Muawiyah bin Abu Sufyan disaat kematiannya menungkapkan kata-kata masyhur
‘Alangkah sedikitnya bekalan, alangkah jauhnya perjalanan dan alangkah beratnya bebanan’.

Rasulullah juga pernah memberi amaran antara lain mafhumnya:

‘Jangan kamu mendesak untuk mendapatkan jawatan, kerana sesiapa yang mendapatkannya sedang orang ramai tidak meredhainya, maka Allah
tidak akan membantunya’.

AlHamdulillah, semangat keimanan tersebut telah tersemat kukuh dalam jamaah kita, sehingga setiap kita merasa berat untuk menerima jawatan tersebut. Tetapi kita juga sedar dengan apa yang diucapkan oleh Presiden, menerima jawatan dalam jamaah adalah perlumbaan untuk membuat kebaikan dan memperjuangkan Islam.

Kita rasa seronok bilamana kita boleh menyumbangkan sesuatu kepada jamaah, walaupun kita tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti. Betapa ramainya golongan yang ikhlas dalam perjuangan ini sanggup korbankan harta, masa dan tenaga untuk kemenangan Islam, walau mereka tidak memegang apa-apa jawatan dan jauh dari dipilih sebagai calon dalam pilihanraya.

Jamaah kita didokongi oleh ahli yang ikhlas, kepimpinan yang wibawa dan kemantapan jamaah yang hebat. Kita sedar musuh amat cemburu dengan muafakat jamaah yang kita ada. Mereka cuba memecahkan perpaduan kita, mereka cuba laga-lagakan antara kita, kerana itu kita harus sedar agar tidak jadi jurucakap bagi pihak musuh.

Dalam kebimbangan dan ketakutan untuk menerima amanah ini, kita juga diberi amaran oleh Rasulullah antara lain Baginda mengingatkan sesiapa yang ummah/orang ramai mengharapkan kepadanya untuk menjaga maslahah mereka, lalu dia melarikan diri (enggan menerima) maka aku tak ingin berjumpa dengannya nanti di padang mahsyar. ( Nauzubillah) .

Oleh itu pertimbangan yang wajar ialah berada di antara takut dan harap. Takut Rasulullah murka, dan harap Allah bantu dengan amanah ini.

Oleh itu menjadi tanggungjawab perwakilan yang menerima amanah ahli bawahan meneliti dengan keilmuan, menolak sentimen dan emosi, meletakkan kepentingan jamaah di hadapan agar membuat pilihan yang sebaik-baiknya bagi menerajui kepimpinan jamaah kita.

Namun kemungkinan pilihan kita bertepatan dengan pilihan ramai, lalu yang kita cadang menerima amanah; atau mungkin juga berlaku sebaliknya. Kita harus sedar, setelah diputus oleh jamaah maka kita mesti wala’ kepada kepimpinan yang dipilih. Perlantikan sebagai pimpinan menuntut kita taat dan wala’ kepadanya ‘ walaupun dari hamba berkulit hitam, berbangsa Habashi sekalipun’. Ini lebih penting dari pemilihan, kerana soal pemilihan boleh selesai dalam sehari, tetapi soal wala’ akan berpanjangan sehingga muktamar akan datang.

Kepada yang terpilih menerajui kepimpinan kawasan, dewan dan akan terpilih dalam muktamar pusat, ingatlah akan doa saidina Umar Al-Khattab:

“Ya Allah, engkau telah bebankan aku dengan bebanan yang berat di dunia, maka janganlah engkau bebankan pula aku dengan bebanan yang berat diakhirat”.


Ingatlah kita sebenarnya belum diuji oleh Allah dengan kemenangan besar yang menanti kita- Semoga Allah tidak menguji kita sebagaimana Allah menguji umat sebelum kita, Wassalam.

Mau'izah untuk ana dan para sahabat;

Tuan Ibrahim Tuan Man,
Temerloh


__._,_.___

Wednesday, January 13, 2010

Strategi 2010 untuk hadapi PRU ke 13-pemantauan YB Dato'hasan terhadap tugasan kakitangan, Ahli Majlis, Ketua Kg, Nazir Masjid



Gombak – Sebagai pimpinan yang diberi amanah didalam Exco Kerajaan Negeri / Adun Gombak Setia, YB Dato’ telah mengemaskini segala perancangan gerakkerja yang lebih efektif agar beliau lebih mudah dapat meluangkan masa bersama Kakitangan PKM Dun Gombak Setia, Ahli Majlis-Ahli Majlis, MPS di Zon Gombak , Nazir Masjid, Ketua-Ketua Kg. dengan memantau segala tugasan, tanggungjawab dan amanah yang diberikan.


Prinsip beliau yang amat berpegang teguh dengan pengurusan masa adalah amat dijagai agar apa yang dirancang tidak tersasar . Oleh itu beliau telah menetapkan semua kakitangan PKM Dun GS, Ahli Majlis di Zon Gombak, pentadbiran masjid/surau, Ketua-Ketua Kg dibawah pentadbiran beliau WAJIB diadakan pertemuan 1 minggu sekali setiap hari selasa secara rasmi untuk memastikan agar segala pemasalahan yang berlaku dapat dikenal pasti dan dapat diatasi sebaiknya. Selain daripada itu agar hubungan 2 hala antara Majikan, dan sebagai wakil rakyat di gombak terjalin lebih rapat lagi dengan membuat pertemuan atau proram bersama rakyat. Bagi beliau kesibukan di dalam Exco Kerajaan Negeri Selangor tidak menghalang beliau untuk bersama kakitangan atau bersama rakyat di Gombak Setia.


Beliau tetap akan meluangkan masa bersama rakyat setiap hujung minggu di Pusat Khidmat Masyarakat Dun Gombak Setia dan jika tiada urusan yang lebih penting beliau akan turun padang untuk bertemu penduduk sekitar gombak.

Bagi beliau 2010 adalah merupakan tahun memartabatkan parti PAS agar terus mendapat sokongan berbagai bangsa dan agama yang penting tunduk dan perjuangan parti. Untuk mencapai kearah itu haruslah kita mengemaskini semua gerakkerja dan bekerja lebih kuat lagi untuk memastikan PR memperolehi kemenangan yang besar pada PRU ke 13 akan datang. Beliau berkata lagi, setelah usaha dengan bersungguh-sungguh kita berserah kepada ALLAH swt samaada menang/kalah itu bukan alasannya tetapi menjalankan tangungjawab kita sebaiknya setelah diberi amanah oleh pimpinan dan rakyat pada kita.


Kata-kata beliau telah memberi suntikan semangat kepada semua yang hadir dalam mesyuarat baru-baru ini di pej PKM agar mereka tidak terleka kerana masa beredar begitu pantas dan secara tidak sedar kita akan berhadapan dengan tahun baru dan penentu masa depan negara samada PR terus kekal/sebaliknya. Oleh yang demikian beliau amat berharap agar semua ahli pas, kelab penyokong PAS dapat menjalankan tugasan dan tanggungjawab sebaiknya insya-ALLAH beliau akan sentiasa memberi komitment yang tinggi bagi membantu segala gerakkerja.


Editor : Khaulah Azwar


Sunday, January 10, 2010

Majlis Dailog Kemudahan Awam Kg Sg Pusu-Penduduk Kesal dgn Pimpinan UMNO


Gombak – Segala kerisauan Penduduk Kg. Sg Pusu mengenai masalah pengangkutan awam terutamanya bagi kemudahan anak-anak ke sekolah kini sudah terjawab apabila pihak PKM Dun Gombak Setia telah mengambil inisatif untuk mengadakan Majlis Dailog antara penduduk bersama YB Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali bagi mendengar masalah penduduk dan akan mencari jalan penyelesaian yang terbaik antara penduduk dengan agensi-agensi yang terlibat.


Turut menghadirkan diri dalam Majlis Dailog bersama YB Dato’ Hasan B. Mohamed Ali adalah En. Radhi Yusof Pengarah PKM Dun Gombak Setia, Pengarah Perancangan Bandar & Desa (En. Jaafar), Syarikat Bas Rapid, Pej Tanah, Pej. Daerah, MPS & JKR yang telah diadakan pagi semalam di Dewan Masyarakat Kg. Sg Pusu. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato’ Hasan B. Mohamed Ali.


YB Dato’ menyatakan bahawa perlu adanya Majlis Dailog antara penduduk kerana dengan adanya perjumpaan sedemikian beliau dan kakitangan PKM dapat mendengar dan membantu masalah yang mereka hadapi. Segala permintaan penduduk dan kertas kerja yang diusulkan oleh penduduk kepada YB Dato’ akan diteliti terlebih dahulu dan sekiranya bersesuaian beliau akan membawa usul tersebut kepada Mesyuarat Exco Negeri Selangor untuk dibincang bersama MB Selangor sebelum dilaksanakan.


Selain daripada itu, YB Dato’ menyatakan bahawa dengan adanya Dailog ini penduduk akan mendengar sendiri daripada agensi yang terbabit daripada pertemuan Dua mata dan dari hati ke hati dengan mendengar taklimat yang akan disampaikan oleh Yb Dato’ Hasan, Pengarah Perancangan Bandar & Desa (En. Jaafar) perwakilan daripada Pej Tanah, Bas Rapid, MPS bagi mengatasi masalah yang telah timbul dan beberapa faktor lain di kawasan tersebut.


Tujuan utama mengadakan majlis tersebut adalah untuk menyelesaikan segala pemasalahan yang dihadapi oleh penduduk Kg. Sg Pusu yang amat mengharapkan setelah PR memerintah akan memberi sinar baru kepada penduduk sekurang-kurangnya menyediakan kemudahan Awam untuk anak-anak ke sekolah kerana bagi penduduk Kg. Sg Pusu mereka merasakan Penantian bagaikan satu penyeksaan setelah sekian lama permohonan pengangkutan dibuat tidak diambil perhatian semenjak pemerintahan UMNO walaupun beberapa kali membuat permohonan tersebut.


Penduduk menyatakan bahawa masalah kemudahan awam tidak sepatutnya berlaku pada zaman yang serba moden lebih-lebih lagi setelah Negara yang semakin berkemajuan.

Draf perancangan terakhir yanng telah dibuat pada 2008 oleh Tn Hj. Mohd Naim daripada pej. Tanah terutamanya adalah :-

1) Pembangunan dan infrastruktur Kg Sg. Pusu yang melibatkan lot-lot kecil yang dibangunkan tanpa menyeluruh & efektif;

2) Bentuk muka bumi kawasan ketinggian yang berbukit bukau dengan ketingian 100-300m hampir 60% terletak kelas 3 & 4;

3) Pembangunan kediaman yang menjangkau sempadan lot;

4) Pembangunan sedia ada melibatkan lot-lot kecil & kawasan berbukit;

5) Penyediaan kemudahan awam – kawasan laluan adalah sempit & tidak mempunyai kawasan yang strategik;

6) Sistem pengangkutan masih terlalu rendah;

7) Sistem perparitan, pembangunan adalah tidak teratur menyebabkan mudah berlaku tanah runtuh, banjir dan berlaku pencemaran air & udara;

8) Tidak ada pemantauan pembuangan sampah dilakukan.

Untuk atasi masalah tersebut pihak beliau telah merancang beberapa perkara iaitu :-

1) Menaik tarafkan kawasan Kg Sg. Pusu akan diadakan Pintu Gerbang di laluan Kubur;

2) Komersial Ke 2 (Bazaar) akan diberi keutamaan kepada penduduk tempatan;

3) Mendirikan Sek. Ren. Keb.

4) Membuat Laluan Alternatif sekiranya berlaku banjir dan lain-lain;

5) Resort

6) Kediaman berkembar

7) Kediaman teres (mengikut kesesuaian)

8) Kediaman rumah bandar dan lain-lain.

Bagi masalah kemudahan Awam pula telah di bentangkan oleh En Faizal daripada Rapid KL. Beliau telah menerangkan masalah yang berlaku selama ini adalah :-

i) Laluan Bas Masuk ke Kg. Sg Pusu yang sempit adalah merbahaya kerana Bas Rapid adalah panjang bimbang akan berlaku kemalangan kepada penduduk dan pengguna jalan .

Majlis tersebut telah dilengkapkan dengan sesi Dailog antara penduduk agar kedua belah pihak merasa berpuas hati dengan mendegar masalah dan mengatasi masalah tersebut dengan efektif. Antaranya adalah : -


1) En Abd Latif Rashid : Semasa thn 60an daripada 10 buah bas yang masuk tetapi kini hanya 2 bas sahaja.Permit bas telah diberhentikan iaitu laluan KL – Kg Sg. Pusu.

: Adakah Ketua Kg. sudah membuat surat rayuan semula untuk permohonan Bas?? Tidak sepatutnya Ketua Kg meletakkan bebanan kepada YB Dato’ Hasan semuanya sekiranya tidak diambil tindakan terlebih dahulu.

Jawapan : En. Faizal (Rapid KL)

: Permit intrakota adalah sampai di UIA sahaja.

: Bas Pendek masih tiada lagi cuma yang ada Putra Line Mini Bas.Walaubagaimanapun pihak beliau telah memberi cadangan kepada syarikat agar adakan Bas pendek bagi membantu kawasan-kawasan yang bermasalah seperti ini.

: Beliau meminta Ketua Kg. agar buatkan surat permohonan dan sokongan daripada pihak MPS, Adun dan lain-lain agar dengan ada sokongan daripada pihak berkenaan permohonan tersebut akan lebih kukuh lagi.

:Ketua Kg. : Beliau menyatakan sudah membuat surat permohonan kepada MTD & Ahli Parlimen untuk menyambungkan permohonan kemudahan pengangkutan awam.


2) En. Noor : Jalan pecah dan berlekok-lekok tidak dibuat pemantauan, bimbang memberi kesan buruk kepada pengguna jalan raya. Mohon YB Dato’ dapat memberi sedikit sumbangan bagi membantu membaiki jalan tersebut.

: Beliau memohon agar YB Dato’ adakan padang permainan di kawasan Kg Sg Pusu. Terdapat 2 tapak kosong boleh dibangunkan sebagai Tapak Futsall dan Badminton tetapi untuk membangunkan kawasan tersebut tiada peruntukan. Beliau minta jasa baik YB Dato’ dapat memberi sedikit sumbangan agar anak-anak muda dapat melakukan aktiviti berfaedah waktu lapang daripada terlibat aktiviti sosial yang tidak mendatangkan faedah.

Jawapan YB Dato’ : Beliau akan melihat kawasan bermasalah dengan membuat pemantauan bersama MPS, JPS, Pej. Daerah, JKR. Beliau telah memberi cadangan sekiranya jika diizinkan oleh ALLAH swt beliau ingin sekali menjadikan Kg. Sg Pusu dengan Adat, Warisan Desa ISLAM Kg. Sg. Pusu bersesuaian dengan konsep ISLAM seperti UIA.

: Beliau akan membantu dengan mengusulkan semua cadangan penduduk kepada MB Selangor terlebih dahulu untuk menaiktaraf kawasan Kg Sg Pusu mengikut kesesuaian.

3) En. Daud : Memohon agar penyediaan pengangkutan awam terutamanya pelajar sekolah perlu dibuat 4 sesi kerana pengangkutan Bas tiada disini untuk pelajar keluar daripada Kg. Sg. Pusu ke UIA adalah jauh dan kesian kepada pelajar dan keselamatan pelajar juga harus diberi.

Jawapan YB Dato’: Insya-ALLAH seperti yang telah En. Faizal nyatakan tadi beliau akan membawa usul ini kepada syarikat bas untuk dibincangkan kembali dan akan diusahakan dengan menyediakan bas pendek bagi kawasan yang bermasalah. Bagi kemudahan Bas lain akan diusahakan kemudian yang penting untuk pelajar harus diberi keutamaan terlebih dahulu.


Majlis tersebut telah tamat jam 1:00tghari dengan makan bersama rakyat dan sesi temubual bersama YB Dato’ oleh wartawan. Semoga dengan adanya sesi Dailog ini penduduk Kg. Sg Pusu merasa berpuas hati dengan khidmat yang diberikan oleh pihak YB Dato’ Hasan B. Mohamed Ali bersama Kakitangan PKM DUN Gombak Setia dan semua agensi yang terlibat. Semoga perancangan dan pertemuan ini diberkati ALLAH dan pelaksanaan seterusnya semoga akan dipermudahkan.


Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI