Wednesday, December 2, 2009
Cop Ketua Umno Bahagian untuk dapatkan projek
Jambori Nisa i am a super muslim - sebarkan

Musim cuti sekolah sudah tiba, apakah perancangan ahli keluarga untuk pengisian anak-anak selain balik kg? Jika tiada program yang terbaik kami daripada wakil Nisa’ Gomba Setia mengalu-alukan ibubapa/penjaga menghantar anak-anak ke program kami Jambori Nisa’. Jangan ketinggalan banyak pengisian untuk diberikan pada anak-anak dengan scan hati topup iman.
Semoga program ini sedikit sebanyak dapat membantu mendidik anak-anak remaja dalam berakhlak dengan ibubapa, guru, dan masyarakat.
Jambori Nisa' Selangor
Tema:
I am a Super Muslim!
Tempat:
Pusat Latihan Belia, Bukit Lagong, Selayang Selangor
Waktu:
Bermula dari jam 6.00 petang, 25 Disember, sehingga jam 3.00 petang, 27 Disember 2009
Hari:
Jumaat, Sabtu dan Ahad
Penyertaan:
Dua kategori penyertaan
1) 13-15 Tahun
2) 16-18 Tahun
Antara aktiviti-aktiviti menarik:
1) Sesi Simpulan Kasih
2) Qiyamullail
3) Scan Hati dan Top-up Iman
4) Jejak Kawan
5) Build-up Team
6) I Love Islam
7) Muslimah Power!
8) Explorasi Minda
9) Activate AMAL dan Reload Taqwa
10) Ku Bius Cinta
11) Cinta vs Cita
12) Iman Inside
Dan banyak lagi ... InsyaALLAH.
Program ini terbuka kepada adik-adik yang pernah mengikuti program bersama nisa gombak sebelum ini.
Sebarang maklumat langjut, boleh hubungi nombor telefon bimbit di bawah:
Suriani; 0123508962
Aznida; 0174652416
Tengku nurul; 0196453612
‘Demi masa sesungguhnya manusia sentiasa dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan beramal soleh yang sentiasa berpesan-pesan kearah kebaikan dan kebenaran”{ Surah : Al-Asry}
Semoga kita tidak termasuk dalam orang yang sentiasa dalam kerugian.
Tuesday, December 1, 2009
Kami Murabbitun

Usaha kecil menyayangi agama
tanpa berharap balasan dunia
rezeki kurniaan Ilahi
ada di mana-mana
sabarlah dan solatlah...
kami ramai kawan
kami punyai rakan
kami miliki sahabat
kami ada anak dan isteri
mereka memahami dan difahami
janji setia, baiah masih diingati..
kalian mahu memungkirinya?
kalian mahu melangarinya?
Tuhan,
andai kami syahid di sini
syahidlah kami seperti Hamzah, Jaafar dan Hanzalah
Rabbi,
andai kami masih di sini
kentalkan jiwa kami
kukuhkan iman kami
tawadhukkan peribadi kami
seperti air mata Abu Bakar
seperti rintihan Umar
seperti kecekalan Uthman
seperti pengorbanan Ali
Kami murabitun..
kami tidak memiliki
tetapi kami dimiliki
Engkau yang memiliki
dan kami hanya diberi milik
Andai panjang usia kami,
istiqamahlah,
Andai singkat masa kami,
Thabatlah...
dunia nan fana sementara cuma
yang kekal akhirat sana...
Najib & UMNO tidak perlu takut dengan doa Nik Aziz jika mereka dipihak yang benar dengan tidak menzalimi rakyat
MB N.9 Hilang kata2 Kes Penyuludupan Duit ke Luar Negara..Ini le Keje BN. Menyusahkan rakyat
Nik Aziz Sudah lali dengan desakan supaya meletakkan jawatan oleh UMNO
KOTA BHARU, 1 Dis: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu sudah lali dengan desakan supaya beliau meletakkan jawatan.
Tindakan sama sebelum ini katanya pernah beberpa kali dibuat pemimpin Umno negeri itu malah berpendapat tidak perlu melayan perkara tersebut.
"Kalau sebelum ini Tan Sri Annuar Musa yang membuat desakan seperti itu dan sekarang pemimpin Umno lain pula.
"Kalau hendak diikut dengan desakan mereka tidak boleh buat kerjalah kita. Saya sudah lali dengan desakan seperti itu," katanya ketika mengulas demonstrasi pagi tadi.
Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata, tiada sebab kenapa beliau harus tunduk kepada desakan tersebut kerana ianya datang dari Umno dan bukannya dari PAS sendiri.
"Saya ini pemimpin PAS dan bagaimana pula mereka (Umno) desak saya letak jawatan. Lainlah kalau PAS desak saya barulah saya boleh berhenti. Ini pemimpin parti lain yang tidak ada kena mengena," katanya lagi.
Malah kata beliau perhimpunan mendesaknya meletak jawatan diadakan bertujuan menutup banyak kepincangan lain yang berlaku termasuk pergolakan Umno di Terengganu, dua kerajaan di Perak dan perpecahan MCA serta PPP.
"Bagi melarikan perhatian rakyat terhadap isu tersebut maka dibuat perhimpunan di sini dengan harapan rakyat tidak ingat lagi terhadap isu yang lebih besar berlaku," ujarnya..
Memorandum itu diserahkan Setiausaha Politiknya Haji Anual Bakri Harun selepas menerima daripada Timbalan Ketua Umno Pasir Mas, Che Johan Che Pa.
Lebih 50 penyokong Umno berhimpun di hadapan pintu masuk ke Kota Darulnaim bagi mendesak Tuan Guru Nik Abdul Aziz meletak jawatan.
Desakan itu dibuat ekoran kenyataan Menteri Besar yang mahu mendoakan supaya Datuk Seri najib dibuka pintu hati dan mengembalikan royalti kepada rakyat Kelantan, namun sekiranya masih enggan dipohon dikenakan bala kepadanya.Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga meminta penyokong PAS membaikot akhbar yang sengaja yang mengapi-apikan isu di Kelantan bagi menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat.
"Baik tak usah baca suratkhabar terbabit yang sengaja menjadi kesalahan PAS dan kerajaan negeri," ujarnya.
Demontrasi yang didalangi Umno bermula jam 10.25 berlarutan sehingga 11.35 pagi. Pada awalnya mereka enggan bersurai biar pun diminta berkali-kali oleh pihak polis. Namun hujan lebat yang turun kemudian menyebabkan mereka beredar.
Perhimpunan terbabit difahamkan diketuai Che Johan dan kemudian menyerah memorandum kepada Setiausaha Politik Menteri Besar.
Selepas menyerah memorandum itu yang dinamakan atas Jemaah Rakyat Prihatin Kelantan JRPK, mereka diminta bersurai oleh polis dan hanya seorang wakil sahaja dibenarkan berucap.Namun mereka tetap berdegil biar pun pegawai polis mengarahkan mereka supaya bersurai dengan alasan ingin mendapat jawapan dari Menteri Besar.
Ekoran itu kira-kira jam 10.40 pagi Ketua Polis Kelantan, SAC 1, Datuk Abdul Rahim Hanafi hadir dan meminta mereka supaya bersurai kerana perhimpunan tersebut tiada permit.
Lebih 30 anggota polis dilihat mengawal keadaan.
"Polis terpaksa meminta mereka supaya bersurai segera dalam tempoh setengah jam memandangkan perhimpunan mereka tidak mempunyai permit.
"Walaupun penganjur memohon permit malam tadi namun kami tidak dapat meluluskan perhimpunan ini.
“Mana ada jabatan yang memohon malam tadi, pagi ini boleh luluskan. Sekurang-kurangnya kena tiga hari. Kena ikut prosedur," katanya kepada pemberita selepas itu.
Sunday, November 29, 2009
Takutlah Doa Mangsa Kezaliman
Salam.. hati ana sejak akhir2 ini begitu sakit, geram dengan mainan media akhbar, TV yg hanya berpihak pada BN. Bilakah akan tertegaknya keadilan ini, politik di m'sia yang tidak pernah berlaku keadilan hanya bercakap sebelah pihak. Ptg tadi saat ana sibuk siapkan beberapa posting utk diposting ke akhbar dengar pula TV3 mengatakan isu Tok Guru Nik Aziz Nik Mat mengenai doa beliau utk PM.
Bagi ana juga mmg patut didoakan utk orang2 yg membuat kezaliman kepada rakyat. Hak Rakyat perlu diberi seadilnya. Tetapi rakyat diluar kini menjadi confiused dengan mainan media UMNO. Lebih2 lagi apabila mendengar wanita UMNO berucap siapakah yang harus kita taat, Tok Guru Nik Aziz/ ALLAH swt.. ei.. mmg bengong btl manusia sorang ni, lepas tu dengar pula si MB perak berucap..btl2.. hati banyak2 beristigfar.
Kenapa mereka mengeluarkan hujah tanpa memikir sebaiknya dan refer AL-Quran, adakah dibenarkan/tidak apabila kita mendoakan seseorang bila dizalimi?? Nah sekarng ana linkkan hujah daripada blog episod seorang pejuang untuk kita semua fikir sebaiknya.ALLAh swt bagi kita otak yang waras untuk berfikir sebaiknya mana yg baik & buruk, so. anugerah yg ALLAH berikan gunakan sebaiknya dengan menggunakan mata hati dalam menilai pimpinan masa kini. Apabila dah baca, marilah kita sentiasa bermunajat kepada ALLAH swt agar negara kita selamat daripada berbagai kezaliman yg dibuat oleh pihak BN Laknatuallah.AMIIN ya rab.
1. Ameen Ya Rabbal A'lamin . Saya dan seluruh pemuda Islam insyaallah mengaminkan doa Tok Guru sebagai seorang ulama' dan pemimpin yang dizalimi tanpa sebarang belas simpati .