Usaha kecil menyayangi agama
tanpa berharap balasan dunia
rezeki kurniaan Ilahi
ada di mana-mana
sabarlah dan solatlah...
kami ramai kawan
kami punyai rakan
kami miliki sahabat
kami ada anak dan isteri
mereka memahami dan difahami
janji setia, baiah masih diingati..
kalian mahu memungkirinya?
kalian mahu melangarinya?
Tuhan,
andai kami syahid di sini
syahidlah kami seperti Hamzah, Jaafar dan Hanzalah
Rabbi,
andai kami masih di sini
kentalkan jiwa kami
kukuhkan iman kami
tawadhukkan peribadi kami
seperti air mata Abu Bakar
seperti rintihan Umar
seperti kecekalan Uthman
seperti pengorbanan Ali
Kami murabitun..
kami tidak memiliki
tetapi kami dimiliki
Engkau yang memiliki
dan kami hanya diberi milik
Andai panjang usia kami,
istiqamahlah,
Andai singkat masa kami,
Thabatlah...
dunia nan fana sementara cuma
yang kekal akhirat sana...
No comments:
Post a Comment