PERKHIDMATAN PENJAGAAN WARGA EMAS LELAKI DAN WANITA (TRANSIT)
Menyedari hakikat bahawa masyarakat yang bekerjaya mengalami masalah pengurusan, penjagaan kesihatan dan penempatan untuk Ayah Ibu ketika waktu bekerja, maka SEMPENA Maal Hijrah Umi Sue mengambil langkah proaktif dengan mewujudkan Pusat Penjagaan Transit Warga Emas Umi Sue bagi membantu masyarakat sekeliling yang perlu perkhidmatan transit penjagaan warga emas untuk menjaga ayah dan ibu mereka.
Fenomena ini semakin meningkat seiring perkembangan dan kepesatan pembangunan telah memperlihatkan bahawa pendekatan ini perlu di beri perhatian serius dengan mengambil kira pelbagai aspek emosi, sosial , ekonomi rangkaian perhubungan dan sokongan keluarga.
Masyarakat perlu memainkan peranan mereka bagi membantu golongan ini dalam bentuk dana dan khidmat sosial.
Pusat Penjagaan Transit Warga Emas Umi Sue memberi perkhidmatan penjagaan kepada warga emas lelaki dan wanita sebagaimana seharusnya mereka perlu dihargai dan disayangi sehingga ke akhir hayatnya.
Pendaftaran terbuka untuk beragama islam sahaja berumur 50 tahun keatas sementara menanti anak-anak pulang dari kerja untuk mengmbil ayah dan ibu mereka pulang bersama.
Waktu operasi : Isnin - Jumaat : 7 pagi- 6.00 petang.
: Sabtu : 7 Pagi - 4 petang
: Ahad dan cuti Umum : Cuti
Sepanjang warga emas berada di Pusat Transit ini, mereka akan di beri perlindungan rapi, makan minum, penjagaan kesihatan, dan kelas pengajian agama (kuliah agama, fardhu ain, feqah, dan kelas mengaji iqra atau al quran,pengajian kitab). Mereka akan di bimbing oleh ustaz, ustazah yang bertauliah.
Ini adalah tujuan untuk memantapkan santapan rohani dan jasmani mereka. Dengan menuntut ilmu agama hati mereka Akan lebih tenang untuk meneruskan kehidupan seharian.
Kami menumpukan penjagaan jangka panjang secara bulanan dan jangka pendek mingguan berdasarkan kekosongan tempat dari masa ke semasa.
Waris yang berminat untuk mendaftar ibu ayah mereka sila buat pendaftaran Bagi mengekalkan kualiti kehidupan dan keselesaan. Tempat di pusat ini agak terhad. Sila daftar segera. Insyaallah kami akan menghubungi anda secepat nya.
20 terawal Di kecualikan yuran pendaftaran. Warga emas juga Akan dapat pemeriksaan kesihatan PERCUMA😊👍🏼. Sah sehingga 6/10/2017.
Tujuan Pusat Transit ini di tubuhkan adalah kerana :-
1. Menjaga kebajikan dan keselamatan Warga emas
2. Membantu masyarakat yang bekerjaya dapat beri fokus pada kerjaya sepenuhnya tanpa risau memikirkan kehidupan, keselamatan ayah ibu apabila di tinggalkan di rumah seorang diri;
3. Meringankan beban waris untuk urusan menghantar ayah ibu ke klinik atau hospital ketika ada temujanji dengan Doktor tanpa waris mengambil cuti lagi. Semua di uruskan oleh pihak Pusat Penjagaan Transit Warga Emas Umi Sue sekira ada pertemuan dengan Doktor;
4. Dengan ada nya Pusat Transit ini dapat mengurangkan perselisihan faham dengan adik beradik untuk mengambil alih tugas hantar ayah ibu ke hospital atau giliran menjaga atau menjalankan tugas kepada ayah ibu.
5. Warga Emas tidak rasa terpinggir, atau rasa terbuang oleh anak-anak lagi kerana mereka merasakan diri mereka dihargai oleh anak-anak dengan memberi perlindungan keselamatan ketika anak-anak bekerja Dan mengambil kembali selepas habis waktu bekerja;
6. Warga Emas yang berada di Pusat Transit ini waktu mereka di isi dengan aktiviti dan kelas pengajian agama yang berfaedah seperti riadah, Hari keluarga,sukan, Kelas pengajian, majlis bacaan yassin hajat, solat hajat atau qiammulail untuk bekalan akhirat bagi menuju ke syurga tanpa membuang masa lagi;
7. Pusat Penjagaan Transit Warga Emas Umi Sue Dapat memberi kejasama dengan pihak berwajib menjalankan tugas untuk membantu memberi perlindungan dan membela nasib warga emas yang terbiar oleh waris dari hidup merempat di luar sana;
8. Pusat Penjagaan Transit Warga Emas Umi Sue Dapat memberi kejasama dengan pihak berwajib menjalankan tugas untuk membantu memberi perlindungan dan membela nasib warga emas yang terbiar oleh waris dari hidup merempat di luar sana;
Kerjasama anda semua membuat sebaran untuk kebaikan ummah amat saya hargai. sila share dan like.
MOGA LANGKAH BIJAK ANDA MEMBERI PERLINDUNGAN DAN MENJAGA AYAH IBU WAKTU BEKERJA DI KIRA SEBAGAI AMAL SOLIH ANDA PADA MEREKA.
Berminat sila hubungi 017-3483840 /011-56552412
No comments:
Post a Comment