Tuesday, March 15, 2016

Rawatan 3S Atasi Sakit Kritikal Kanser, Stroke, Anin Ahmar, Jantung, Saraf dll


salam sahabat2 segeralah bertindak dengan membuat pendaftaran rawatan 3S (Sihir, Saka, Santau) bagi membatalkan sihir yang terkena pd tn / pn.
Percayakah tn / pn punca dapat sakit kritikal (Kanser, Stroke, Anin Ahmar, Saraf, Sendi, Jantung, Fibroid dan lain-lain ia berpunca sakit 3S?)? Untuk dapatkan rawatan ini sila hubungi:Pusat Rawatan Alternatif Umi Sue .  Di sertakan surah2 pilihan bagi mengatasi sakit tn/pn

Call 011-27824633 /03-61772506

Tarikh : 27/3 &  24/4 (Ahad)

Masa : 10 pagi-10mlm

Tempat : No 55 Jln 7, Tmn Selayang , Bt Caves, Selangor

 

AL-QURAN SEBAGAI PENAWAR- Di dalam Surah Al-Israa’ Ayat 82 Allah (SWT) berfirman “Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepadanya.” Di dalam Surah Fussilat ayat 44 Allah (SWT) berfirman “Katakan, Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang yang beriman”. Ini jelas terbukti bahawa semua penyakit yang datang dari Allah, penawarnya ada di dalam Al-Quran, terpulanglah kepada individu untuk mencari dan mengamal ayat-ayat tersebut dan yakin sepenuhnya akan mukjizat Al-Quran.
 
CONTOH SURAH DAN AYAT PENAWAR- Semua penyakit yang Allah jadikan di dunia ini ada penawar nya didalam Al-Quran, contohnya.

- Surah Qaaf ayat 16 hingga 45, Surah Ah-Qaaf ayat 21 hingga 28 dan Surah Sod ayat 34 hingga 61 selalunya untuk penyakit yang ada kaitan dengan tulang (seperti sakit rheumatism, arthritis, sakit sendi, tulang patah atau fractured, slip disc, sakit tulang belakang)

- Surah Al-Buruuj ayat 1 higga 22 selalunya di baca untuk penawar sakit-sakit yang berkaitan dengan perut (seperti gastric, stomach ulcer) atau penyakit yang berkaitan dengan usus besar atau usus kechil.

- Surah Al-Israa' ayat 40 hingga 55 untuk pesakit yang mengalami sakit jantung, saluran darah tersumbat (blockage) dan jantung berlubang.

- Ayat-ayat dalam Surah Al-Anfaal untuk sakit jangkitan kuman/virus atau "infections". Ayat ayat dari Surah Al-Anfaal ini berfungsi sama seperti ubat-ubat antibiotiks.

- Ayat-ayat dalam Surah An-Nahli untuk memberi kekuatan atau tenaga kepada pesakit. Kekuatan dari segi fizikal dan kekuatan dari segi dalaman atau rohani. Ayat-ayat ini berfungsi untuk meningkatkan kekuatan fizikal atau immuniti (sistem daya pertahanan sesaorang). Peningkatan kekuatan rohaniah dari segi semangat dan keazaman pesakit.

- Ayat-ayat dari Surah Al-Anbiyaa', Surah Al-Qasas, Surah Al-Ma'idah, Surah An-Naml khusus untuk penyakit kencing manis (diabetes), darah tinggi (hyper-tension), sakit angin ahmar (stroke) dan lain-lain lagi.

- Ayat-ayat dari Surah Yusuf dan Surah An-Nahli untuk penyakit lemah tenaga batin untuk kaum lelaki.

- Ayat-ayat dalam Surah Maryam, Ambiyaa' dan Imran untuk sakit fibroid, ovarian cysts dan lain-lain sakit perempuan.

- Ayat-ayat dari Surah Fatah, Yunus, Hud, Az-Zumar, Ma'idah, Al-A'raff, Ash-Syura, Al-Qasas dan lain-lain surah untuk berbagai jenis penyakit kanser, sakit buah pinggang (kidney failure), hepatitis dan lain lain penyakit.

- Ayat-ayat dari Surah Al-Baqarah, Fussilat, Ash-Syu'aara, Al-Furqaan, Ar-Ra'd, Toha, Al-Mu'minum, Muhammad, dan lain-lain surah untuk penyakit gangguan sihir, santau, rasuk jin atau iblis, ilmu pangasih, ilmu pelalau, ilmu pemisah dan lain-lain penyakit gangguan atau "spiritual illness".

Selain dari penyakit yang disebut di atas, saya dapati penyakit seperti SLE, sejenis penyakit buah pinggang (nephronic syndrome, penyakit kulit (psiorasis), sakit sawan (epilepsi) dan sakit tekanan jiwa (depression) boleh diubati melalui ayat-ayat Al-Quran.

Di kalangan anak-anak, penyakit yang selalu saya mengubati termasuklah anak-anak yang mengalami penyakit down-syndrome, penyakit "learning disability", penyakit "dyslexic" dan penyakit kronik yang lain.

CARA PERUBATAN- Perubatan Shifa ini tidak menggunakan hikmat makhluk halus (samada jin Islam, khadam, syaitan atau iblis) dan tidak juga menggunakan sebarang perantaraan.

Ianya berdasarkan kepada 3 amalan utama iaitu:

1. Amalan Bacaan Al-Quran,
2. Berdoa memohon kepada Allah (SWT)
3. Memperbanyakkan Zikir (Laila hail’lallah)
 
Selain dari 3 amalan ini, perubatan ini menggunakan air mineral dan madu asli. Madu asli adalah digunakan untuk mengubati penyakit yang ada kaitan dengan paru-paru (seperti sakit lelah), perut (sakit ulcer, gastric, dll), usus, sakit sendi, lemah tenaga batin dan pasangan yang sukar mendapat anak. Setiap pesakit dinasihatkan berwuduk sebelum perubatan dan kaum muslimat dikehendaki menutup aurat dengan memakai pakaian solat (telekong) semasa perubatan.

Kadang-kadang saya perlu menyentuh pesakit ketika berubat dan tempat yang selalu disentuh adalah di tulang belakang (spinal cord) atau di kepala pesakit. Sebab itu kaum muslimat di mestikan memakai pakaian solat ketika berubat. Untuk kaum muslimat selalu sentuhan dilakukan secara batin and bukan melalui fizikal. 
 
Untuk kaum lelaki, kadang kala perlu diurut untuk penyakit yang melibatkan urat saraf, otot-otot dan sakit lemah tenaga batin.
 
DIAGNOSIS DAN SCANNING UNUK KENAL PASTI PENYAKIT- Mengikut prosedur perubatan yang saya amalkan, pesakit perlu berjumpa dengan saya dahulu, dan saya akan menbuat diagnosis (kenal pasti) penyakit yang dialami oleh pesakit. Diagnosis (kenal pasti) penyakit adalah dengan kaedah “scanning”. Keupayaan “scanning” ini adalah suatu keupayaan atau kebolehan yang diberi oleh Allah (SWT). Berdasarkan penyakit yang dikenal pasti, dengan izin dan hidayah Allah (SWT), saya akan memberitahu pesakit itu samada sakit yang dialami itu adalah -

1. sakit jasmani / fizikal (sakit badan atau physical illness - sakit jantong, cancer, darah tinggi, kencing manis, dll. ) atau

2. sakit rohani (spiritual illness - sihir, saka, gangguan jin, santau. dll.) atau

3. sakit akhlak (behavioural or attitude problem - mencuri, melawan ibu bapa, menipu dan suka cakap bohong, ketagih dadah, zina, etc).

Setelah dikenal pasti akan penyakit yang dihadapi oleh pesakit itu, ini kemudian disusuli dengan pemberian ayat-ayat Al-Quran yang tertentu untuk sakit yang dialami. Bacaan ayat-ayat Al-Quran ini perlu disertakan dengan doa kepada Allah (SWT) dan memohon kepadaNya agar disembuhkan penyakit itu.


AYAT AL-QURAN SEBAGAI GANTIAN KEPADA UBAT- Setiap ayat-ayat Al-Quran yang diberikan kepada pesakit untuk mereka amalkan diibaratkan sebagai ubat, dan air yang diminum adalah untuk menyerapkan ayat itu ke dalam badan dan jiwa pesakit itu. Sebagai perumpamaan, tatkala kita sakit demam, kita ambil pil panadol. Pil panadol tersebut adalah ubat dan air yg diminum sewaktu memakannya adalah untuk menyerapkan ubat panadol itu ke dalam badan atau darah kita agar kita beransur sihat. Sama dengan ayat Al-Quran yang dibaca, ia adalah gantian kepada ubat, dan air yg diminum ialah untuk menyerapkan ayat Al-Quran itu ke dalam badan dan jiwa kita.

KEHEBATAN DAN MUKJIZAT AL-QURAN- Memang benar, perubatan sebegini kadang-kadang tidak ada logiknya dan adakalanya susah untuk diterima oleh akal fikiran manusia. Apatah lagi, bila dianalisakan kaitan sesuatu surah dan ayat-ayat Al-Quran dengan sesuatu jenis penyakit. Apabila dibaca terjemahannya pula, ayat-ayat Al-Quran tersebut tiada menggambarkan kaitan secara langsung dengan penyakit yang dialami. Tapi, inilah kehebatan dan mukjizat Al-Quran!

Sebaliknya, perubatan moden berasaskan kepada logik dan “reasoning”, dan dengan ini lebih mudah diterimapakai oleh para pesakit (seperti macam mana antibiotics dapat menandingi virus atau bakteria yang menjadi punca kepada sesuatu penyakit, atau pain-killer seperti ubat panadol atau ponstan dapat mengurangkan kesakitan seseorang).
 
- Surah Kahfi ayat 32 hingga 50 adalah digunakan sebagai ubat tahan sakit atau pain killer. Tetapi bila kita membaca terjemahan ayat tersebut, ia tiada kaitan dengan ubat tahan sakit, ini adalah kehebatan Al Quran.

- Ayat-ayat di dalam surah Al-Anfaal mengandungi banyak hikmah yang menyamai fungsi antibiotik-antibiotik kepada pelbagai penyakit.

- Surah Ah-Qaaf ayat 21 hingga 28 untuk penyakit yang ada kaitan dengan urat saraf (nerve). Kalau dibaca terjemahan ayat tersebut tidak ada kaitan langsung dengan urat saraf.

- Surah An-Nahli - banyak ayat-ayat dalam surah ini yang ada kaitan dengan kekuatan dalaman atau kekuatan sistem daya pertahanan diri (immune system.

- Surah Yassin ayat 72 hingga 83 dan Surah Ar-Rahman ayat 21 hingga 60 adalah ayat penerang hati dan sesuai untuk diamalkan oleh pelajar-pelajar atau anak-anak yang bersekolah.

- Surah Al-Waqiah ayat 36 hingga 74 untuk murah rezeki dari segi kesihatan, kewangan dan harta kekayaan.

PENYAKIT KRITIKAL (Kanser)- Ramai juga pesakit saya yang mengidap sakit kanser yang telah sembuh (dengan keizinan dan keberkatan dari Allah SWT) dengan mengamalkan ayat-ayat ini.
 
Ada seorang pesakit yang telah confirm sakit fibroid dalam rahim oleh doktor perubatan dan dapat dilihat fibroidnya melalui x-ray/scan machine tetapi setelah mengamal bacaan ayat-ayat ini, fibroidnya tak ada lagi di dalam rahim dan ini disahkan oleh doktor perubatan melalui x-ray/scan. Ini bukanlah satu 'magic' tetapi ayat-ayat ini dengan sendirinya menghancurkan fibroid itu dan fibroid ini keluar melalui darah haid.

Saya percaya dan amat yakin bahawa penyakit seperti kanser boleh diubati melalui ayat-ayat Al-Quran. Ini telah terbukti di dalam pengalaman saya mengubati pesakit-pesakit kanser selama lebih kurang 10 tahun, terutama sekali yang menghadapi sakit kanser tahap 1 dan 2 (stage 1 dan stage 2). Dalam perubatan ini, saya juga menggalakkan pesakit kanser berubat secara moden seperti chemotherapy atau radiotherapy, dan disamping itu juga, pesakit membaca ayat-ayat Al-Quran yang saya berikan. Saya sudah kenal pasti ayat-ayat Al-Quran khusus untuk sakit kanser. Pesakit mesti yakin dan perlu berusaha mengamalkan ayat-ayat Al-Quran ini dan juga berdoa agar Allah rahmati dan berkati perubatan ini.

Ayat-ayat dalam surah-surah di dalam Al-Quran yang boleh menjadi penawar kepada penyakit kanser - Surah Ambiyaa, Maidah, Imran, A'raaf, Hud, Yusuf, An-Nahli, Toha, Al-Mukminum, Asy-Syauaraa, Qasas, Al-Fatah, Az-Zumar, Ghafir dan Al-Qamar. Di sebalik ayat-ayat ini ada penawar kepada penyakit kanser.

PEMBEDAHAN CARA BATIN– Ada jenis-jenis penyakit yang perlu diubati melalui pembedahan cara batin. Pembedahan cara batin ini dilakukan bukan menggunakan pisau dan sebagainya, tetapi dilakukan secara simbolik. Contohnya ialah pembedahan untuk penyakit saluran darah yang tersumbat (blockage). Pembedahan ini dilakukan secara simbolik dan apabila pesakit itu mengamalkan ayat-ayat seperti di dalam Surah Al Israa', saluran darah yang tersumbat itu dengan sendirinya (dengan keizinan Allah SWT) sembuh seperti sediakala dan pesakit tak perlu membuat “by-pass operation”.
 
 
PENYAKIT ROHANI (SPRITUAL ILLNESS)- Surah dan ayat-ayat Al-Quran ini bukan sahaja dapat mengubati sakit-sakit fizikal (seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, kidney failure, saluran darah tersumbat) malahan ianya lebih berkesan mengubati penyakit-penyakit rohani yang disebabkan oleh jin, syaitan dan iblis (seperti ilmu sihir, saka dan racun santau).

Sebagai contoh:

- Surah Al-Baqarah ayat 1 hingga 25, ayat 44 hingga 55, ayat 85 hingga 95, ayat 103 hingga 203, ayat 165 hingga 186 dan ayat 244 hingga 255 adalah ayat penawar kepada sakit-sakit gangguan yang disebabkan oleh sihir manusia melalui jin, iblis dan syaitan.

- Surah Asy Syuaraa' ayat 95 hingga 118, Surah Arrad ayat 30 hingga 34, Surah Fussilat ayat 25 hingga 44, Surah Furqaan ayat 61 hingga 77, Al-Mukminun ayat 105 hingga 118, dan ayat-ayat di dalam Surah Taha, A'raaf, Hud, Surah Al-Hasyr, Surah Al-Ghaasyiyah dan Surah Asy Syura sungguh berkesan dibaca untuk mengeluarkan jin, benda-benda halus atau racun-racun perbuatan ilmu sihir atau santau dari badan manusia.

- Surah Muhammad ayat 21 hingga 32 dan Surah Taha ayat 120 hingga 135 adalah ayat "penyejuk" iaitu penawar kepada orang yang panas baran dan untuk mententeramkan jiwa, fikiran dan hati. Sekiranya hati rasa resah dan gelisah atau "moody" tanpa sebab, dengan mengamalkan ayat-ayat ini dapat mententeramkan jiwa dan hati

GANGGUAN SAKA- Gangguan saka adalah gangguan jin atau benda-benda halus yang datang daripada keturunan keluarga. Ramai pesakit-pesakit yang mengalami gangguan saka tidak mengetahui ada nya jin dalam badan mereka yang mereka miliki melalui keturunan keluarga.

Sekiranya ada ahli keluarga terdahulu seperti ayah atau emak, nenek atau datok yang menuntut ilmu-ilmu silat atau ilmu-ilmu batin yang berasaskan jin, bila mereka meninggal dunia dan mereka tidak sempat membuang ilmu-ilmu tersebut atau memerdekakan jin-jin mereka, besar kemungkinan jin jin ini akan mendampingi waris-waris dalam keluarga tersebut. Bukan semua dalam keluarga itu akan didampingi oleh jin-jin saka ini. Selalunya anak anak lelaki dalam keluarga atau anak perempuan yang lemah semangat.

Ramai pesakit yang membawa ke pusat rawatan saya bayi-bayi yang baru lahir yang menangis dan meragam, dan selalunya bayi-bayi ini diganggu oleh jin-jin saka dari keturunan mak dan ayah bayi tersebut. Selepas saya mengeluarkan jin-jin saka dari dalam bayi-bayi ini, selalunya mereka akan pulih dan akan kembali normal.

Ada beberapa kes anak-anak yang tidak mahu pergi sekolah tanpa sebab yang munasabah. Mereka memang tidak mahu dan takut untuk ke sekolah. Dalam kes macam ini selalu anak-anak ini ada jin-jin saka dalam badan mereka dan jin-jin saka ini mempengaruhi minda dan hati anak-anak ini supaya tidak mahu ke sekolah. Mengapa mereka mempengaruhi anak ini ialah kerana di sekolah anak ini ada terdapat benda-benda halus di mana jin-jin dalam badan anak ini mungkin tidak selasa atau takut untuk memasuki ke kawasan sekolah. Mungkin perkara yang saya nyatakan ini tidak masuk akal tapi ia kerap kali berlaku. Setelah saya mengeluarkan jin-jin saka dari anak anak ini, mereka tidak ada masalah untuk ke sekolah selepas itu.

PENYAKIT GANGGUAN MAKHLUK HALUS- Penyakit-penyakit gangguan selalunya disebabkan oleh kemasukan jin, syaitan atau iblis ke dalam tubuh badan manusia. Apabila jin memasuki ke dalam badan manusa, ia selalu nya berada di dalam otak dan di tulang belakang (spinal cord) berdekatan dengan urat saraf kita. Melalui otak dan urat saraf, jin akan dapat mempengaruhi pemikiran dan emosi pesakit itu. Sebab itu kalau seseorang itu ada sakit ganguan sihir atau ganguan jin, fikiran dan emosinya mereka terganggu, dan kadang-kadang “anxiety level” mereka sangat tinggi. Selalunya mereka rasa sakit di bahagian pinggang, tengkuk, bahu dan sendi-sendi. Bila fikiran mereka terganggu, ia akan mengakibatkan seseorang itu mendapat sakit tekanan jiwa atau “depression”.

Apabila seseorang itu telah dimasuki jin atau makhluk halus, ia perlu terlebih dahulu dikeluarkan atau dimusnahkan (dengan izin Allah SWT). Keupayaan mengeluarkan atau memusnahkan jin, makhlus halus, racun sihir dan santau ini perlu dipelajari dan ia suatu keupayaan yang diberikan oleh Allah SWT. Apabila makhluk halus itu telah dikeluarkan atau dimusnahkan, ia disusuli dengan doa oleh pesakit dan amalan bacaan ayat-ayat Al-Quran seperti ayat-ayat dari Surah Al-Baqarah, Surah Asy Syu'araa, Surah Arrad, Surah Taha, Surah Fussilat, dll.
 
GANGUAN SIHIR– Ada banyak jenis ganguan sihir. Sebagai contoh - ilmu hitam ialah sihir yang boleh melemahkan tenaga batin seseorang. Ramai pesangan suami isteri yang dikenakan sihir atas tujuan untuk meruntuhkan rumah-tangga mereka. Ramai ahli sihir menggunakan jin untuk mengawal pemikiran dan nafsu syahwat seseorang. Di sini jin itu akan merosakkan urat saraf di tulang belakang seseorang itu melemahkan tenaga batinnya dan juga mempengaruhi pemikiran dan emosi suami dan isteri supaya mereka tidak sehaluan. Santau adalah sejenis racun sihir dan boleh dimasokkan ke dalam badan sesaorang itu melalui jin atau melalui makanan.

Santau adalah sejenis sihir yang sangat popular dalam masyarakat Melayu, India dan Cina. Terdapat bermacam jenis santau dari perbagai bahan semula jadi seperti racun santau dari racun akar-akar kayu, buluh nyilu, racun binatang seperti ular, cengkerik, lipan, dll. atau dari bahan kaca, pasir dan besi. Terkini yang saya dapati ialah santau yang diperbuat dari bangkai binatang dan tuala wanita yang telah dipakai. Perubatan mengeluarkan racun santau ini dilakukan melalui batin dan dengan membaca ayat-ayat Al-Quran yang tertentu.

Sihir yang sangat popular di kalangan masyarakat melayu adalah ilmu pengasih dan ilmu pemisah. Ilmu pengasih apabila ada orang yang ingin mempengaruhi emosi dan perasaan sesaorang dengan menggunakan jin dan sihir. Ilmu pemisah pula apabila ada orang ketiga yang ingin memisahkan pasangan suami isteri untuk mengawini suami atau isteri pasangan tersebut.


KEYAKINAN DAN USAHA SERTA DOA- kami  telah mempraktikkan Perubatan Syifa ini . Hakikatnya, dengan keizinan Allah (SWT) ramai kalangan pesakit yang telah sembuh dengan mengamalkan ayat-ayat Al-Quran yang diberikan. Pokoknya, kita perlu yakin sepenuhnya dengan mukjizat ayat-ayat Al-Quran ini dan berusaha membaca ayat-ayat Al-Quran dan berdoa kepada Allah (SWT) untuk sembuh dari penyakit yang dihadapi.

Bacaan sepenuhnya : http://khaulah-azwar.blogspot.my/2016/03/rawtan-3s-atasi-sakit-kritikal-kanser.html

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI