Wednesday, March 23, 2016

Rawatan Syifa Batalkan Sihir Pemisah Suami Isteri


SIHIR PEMISAH / PEMBENCI (untuk Suami Isteri)
.
Sihir ini dilakukan untuk memisahkan pasangan suami isteri atas sebab tertentu yang selalunya berkaitan dengan masalah peribadi, dengki, balas dendam, khianat dan sebagainya. . Jika anda terkena sihir pemisah dapatkan rawatan dengan segera.
.

Rawatan 3S (Sihir, Santau, Saka)
Tarikh : 27/3/2016, 24/4/2016 9Setiap Ahad Hujung Bulan
Masa : 10 pagi-10 mlm
Tempat : No. 55 Jln 7, Tmn Selayang, Bt Caves, Selangor D. Ehsan
Call : 011-27824633 v/ 03-61772506

Pisahkan suami dan isteri merupakan tumpuan iblis dan syaitan. Di dalam Surah Al-Baqarah ayat 102, Allah s.w.t ada mengatakan ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya.
.


Ini membuktikan bahawa sihir jenis ini berlaku dari zaman dahulu dan bukanlah suatu perkara baru.
.
Jenis-jenis atau Punca Penyakit
.
Kadangkala pesakit akan juga dikenakan sihir jerutan dan ini lebih dasyat akibatnya sehingga pasangan tidak boleh melakukan persetubuhan.
.
Sintom (Tanda) Antara sintom-sintom yang sering diberitahu oleh pesakit-pesakit yang terkena sihir pemisah atau pembenci ini adalah seperti berikut:
.
1. Timbul rasa benci yang bersangatan tanpa sebab yang jelas, yang berlaku pada salah seorang daripada pasangan, atau kedua-duanya sekali.
.
2. Berlaku perselisihan faham, pertengkaran antara pasangan tanpa sebab, atau sebab-sebab yang kecil dan tidak munasabah, juga di kalangan anak-anak menyebabkan suasana keluarga sentiasa tegang dan kucar-kacir.
.
3. Timbul rasa was-was syaitan dalam hati yang boleh menyebabkan isteri takut mendekati suami. Terasa seolah-olah suami hendak menanayai isteri atau sebaliknya.
.
4. Timbul rasa cemburu keterlaluan menyebabkan isteri rasa berang kerana dia syak yang suami menduakannya, padahal suami tidak berbuat demikian. Keadaan seperti ini boleh menyebabkan isteri melarikan diri, enggan duduk berhampiran ataupun tidur sebilik.
.
5. Rasa resah gelisah, sakit kepala dan buntu selagi pasangan berada di sampingnya, dan merasa lega sebaik-baik sahaja pasangan keluar dari rumah atau berada jauh dari pasangan.
.
6. Berlaku perubahan rupa pada pandangan mata. Isteri mungkin melihat suami dengan rupa yang menakutkan atau sentiasa marah dan bengis, atau suami melihat isteri dari pandangan yang hodoh. Apa yang dilakukan oleh pasangan semuanya serba tak kena.
.
7. Timbul desakan dalam jiwa suami untuk menceraikan isteri tanpa sebab yang jelas. Dalam hatinya timbul bisikan-bisikan yang it telah melafazkan cerai, padahal it tidak berhasrat langsung berbuat demikian. Kadang-kadang lafaz cerai itu benar-benar keluar dari lidah seolah-olah ada satu kekuatan dari dalam diri melepaskan tanpa dapat dikawal. Isteri pula kadang-kadang meminta cerai bertalu-talu sambil mencabar suami berbuat demikian dalam keadaan tidak dapat mengawal diri. Ini kadang-kala membawa kepada pergaduhan fizikal diantara suami dan isteri.
.
Saya doakan moga semua yang ada disini bebas dari sebarang gangguan jin sihir, dan diberi kebaikan dan kesembuhan oleh Allah atas setiap ujian yang dialami.

Nak ke saya kongsikan pula ayat-ayat untuk diamal bagi menghancurkan sihir ini ? Komen "NAK". Cukup 50 orang komen, nanti saya kongsikan.
.
- SILAKAN SHARE UNTUK MANFAAT ORANG RAMAI -

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI