[DIKEMASKINI] BUKTI baharu mengenai kehilangan MH370
akan didedahkan dalam sebuah dokumentari siasatan tentang misteri
kehilangan pesawat malang berkenaan.
Pendedahan itu akan disiarkan dalam dokumentari National Geographic
bertajuk “Malaysia 370: What Happened?” yang akan bersiaran pada 8 Mac
ini.
Dalam dokumentari tersebut, pakar-pakar penerbangan dilaporkan akan
membentangkan teori bagaimana MH370 dengan sengaja dilencongkan oleh
seseorang yang berada di dalam kokpit ke Antartika.
Laporan juga akan mendedahkan maklumat data satelit yang menunjukkan
pesawat berkenaan telah terbang selama berjam-jam selepas terputus
hubungan dengan menara kawalan.
Memetik laporan Mirror.uk, mereka percaya, pesawat berkenaan telah
melakukan tiga lencongan selepas terputus hubungan dan bergerak menuju
ke arah Antartika.
Salah seorang pakar penerbangan, Malcolm Brenner berkata, kehilangan
pesawat ini telah menarik perhatian dunia dan tidak pernah menyaksikan
kejadian seumpama ini sepanjang kerjaya 40 tahunnya dalam penerbangan.
Pesawat Boeing 777 yang membawa 12 anak kapal dan 227 penumpang itu
dilaporkan hilang daripada radar ketika dalam penerbangan dari Kuala
Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 12.41 tengah malam, 8
Mac tahun lepas.
Dalam pada itu, Pesuruhjaya Biro Keselamatan Pengangkutan Australia
(ATSB), Martin Dolan yang mengetuai misi pencarian pesawat ini berharap
dan menjangka akan ada penemuan terbaru menjelang bulan Mei.
"Seperti yang saya sering katakan, kami tidak ada kepastian tentang
apa-apa, cuma ada keyakinan bahawa ia akan ditemui suatu hari nanti.
"Ia adalah perkara yang agak kompleks sekarang dan kita menjangka untuk
mempunyai maklumat terkini tetapi kami tidak meletakkan harapan untuk
mengesan bangkai pesawat", katanya.
No comments:
Post a Comment