Wednesday, April 16, 2014

Hukum Takziah Kematian Bukan Islam




1. Para Ulamak berbeza pandangan dalam hukum mengucapkan takziah kematian kepada orang bukan Islam. Imam Syafie dan Abu Hanifah membolehkan muslim mengucapkan takziah kepada bukan Islam. Apatah lagi jika diharapkan keluarga mereka menjadi lunak dengan Islam kerana ia merupakan antara maqasid dan matlamat syariat. Syeikh al-Albaani pula di kalangan ulamak kontemporari mensyaratkan selagi mana ia bukan kafir harbi yang memerangi dan memusuhi umat Islam. 


2. Boleh ketika takziah menggesa keluarga si mati agar bersabar dengan kematian dan memperingatkan mereka bahawa itu adalah sunnah kehidupan. 

3. Tidak boleh ketika takziah mendoakan keampunan dosa atau rahmat atau syurga kerana Allah berfirman: 

{ مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آمَنُواْ أَن يَسْتَغْفِرُواْ لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُواْ أُوْلِي قُرْبَى مِن بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ }(9)
"Tidak wajar bagi Nabi dan orang-orang beriman memohon keampunan bagi orang-orang yang syirik meskipun mereka adalah kaum kerabat setelah mana ternyata bagi mereka bahawa mereka adalah penghuni-penghuni neraka" Surah Taubah: 113
Tapi dlm bergembira tu jgn sampai melanggar adab dan batasan menjaga kehormatan sesama manusia...
Kesimpulannya boleh bergembira dgn kematian mrk sebagaimana dibenarkan kita mendoakan kecelakaan keatas mereka...
Tazkirah jiwa

. وَعَن عَائِشَة رَضِيَ اللهُ عَنهَا قََالَت : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ : لَا تَسُبُّوا الأََموَاتِ فَإِنَّهُم قَد أَفضَوا إِلَى مَا قَدَّموا". رواه البخاري. -1572 

Dari Aisyah Radiyallahu Anha ia berkata : 

Rasulullah saw bersabda, "Janganlah kalian mencaci maki mayat, karena mereka telah menemukan apa yang mereka telah lakukan". 

(HR.Bukhari).

Sebutlah berkenaan kebaikan yang dilakukan orang yang meninggal di kalangan kamu..-alhadith

Ini bukanlah masanya kita bicara kelantangannya menentang hudud sebelum ini. Perjuangan hudud bukan bermatlamat mengharap orang yang tidak setuju mati semuanya.

Karpal dah buktikan kesetiaan/wala'/loyaty nya pada perlembagaan.

Tanya pula diri kita. Sudahkah kita buktikan kesetiaan kita pada agama?

Hudud is our matter.. Not him..

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI