Tuesday, April 8, 2014

Kalau tak Mampu beli kek buat kek sendiri :(


KUALA LUMPUR: "(Jika) berpendapatan rendah, buat sendiri kek," demikian sanggahan Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul  Abidin terhadap Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin semasa sesi perbahasan Dewan Rakyat, semalam.


Hanipa (gambar) membangkitkan kesulitan yang dihadapi rakyat berpendapatan rendah apabila terpaksa membayar mahal untuk membeli kek apabila Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan dalam perbahasan mengenai cukai itu di Dewan Rakyat.




"Ini lagi satu hujah yang paling...  Apa punya hujah ini?



"Ini (jenis) hujah tidak setuju dengan lebuh raya, guna jalan raya. Inilah hujah BN," Hanipa terus menempelak.



Tidak berpuas hati dengan hujah wakil BN itu,  Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad turut melemparkan kecaman.



"Ini yang dikatakan penghujahan yang regresif. Yang sekarang ini orang mampu beli kek dekat kedai, tetapi bila laksana GST, kata jangan beli dekat kedai, buat kek dekat rumah sahaja.



"Inilah  regresif. Harga minyak naik, naik basikal. Kalau tidak hendak bayar tol naik, pergi jalan kaki.



"Inilah pemikiran BN. Kalau macam ini, kerajaan hendak naikkan kadar enam peratus jadi 10 peratus, ingat dia orang akan bantah tidak?" kata Khalid.



Bila Ahli Parlimen Kapar, G Manivannan mencelah dan menyifatkan kenyataan seperti "buatlah kek sendiri, buatlah air sendiri, tidak payah pergi makan dekat luar" adalah kenyataan yang menghina rakyat berpendapatan rendah, Hanipa berkata, golongan tersebut (BN) memang sudah terbiasa dengan hujah-hujah begitu.



"Sebenarnya, mereka sudah biasa cakap dekat kampung macam itu.



"Oleh sebab itu mereka ingat kita di sini pun macam dekat kampung... dia bukan kira, dalam Parlimen, luar Parlimen itu dia cakap.  



"Dia sudah biasa bohong orang kampung, dia ingat dekat sini pun dia boleh bohong. Inilah masalahnya," kata Hanipa ketika berbahas di Dewan Rakyat semalam.



Ketika itu, dewan riuh dengan bantahan Ahli-Ahli Parlimen BN terhadap kenyataan itu. 



Tidak peduli dengan bantahan itu, Hanipa terus mencabar hujah sedemikian diulang di dalam TV.



"Saya cabar kalau hujah yang sama ini kita buat dalam TV, gunakan hujah yang sama... Hujah depan ramai-ramai di dalam TV berani tidak?" katanya.



Ahli Parlimen Jelutong, Ooi Chuan Aun pula menyifatkan mentaliti BN itu sama dengan mentaliti penindas-penindas rakyat menjelang Revolusi Perancis yang bermula pada abad ke-18 dahulu.



"Saya rasa ini ialah satu mentaliti dan juga falsafah hidup, falsafah politik sebelah sana. 



"Apabila kita kata GST akan datangkan impak negatif terhadap golongan yang berpendapatan rendah, mereka kata "kalau dahulu beli kek sekarang  buat kek dekat rumah".



Beliau menyamakan mentaliti itu dengan mentaliti Marie Antoinette menjelang tercetusnya revolusi tersebut apabila bangsawan itu berkata, "if they cannot find bread, let  them go and eat cake".



Setelah dikritik bertalu-talu Zahidi bangun memberikan penjelasan: "Saya sebenarnya sebagai BN, saya menyokong kalau kek, kita galakkan rakyat membuat sendiri di rumah.



"Begitu juga makan, daripada makan di kedai mamak ataupun makan di kedai-kedai, saya sokong untuk buat makanan sendiri di rumah kerana ianya lebih halal, lebih bersih dari segi Islamnya lebih baik."



Bagaimanapun, kenyataan itu disanggah oleh Ahli Parlimen Batu, Tuan Chua.



"Ini yang mereka keliru. Dahulu SST, kita tidak mahu makan di hotel jangan bayar tax tetapi sekarang kalau hendak masak di rumah atau buat kek sendiri di rumah (pun) kena  bayar  GST, tidak adaescape.



"Hendak buat macam mana pun di rumahkah, di luarkah, terpaksa kita bayar GST yang membebankan. Ini yang kita maksudkan there is no escape kalau kita ada GST," katanya.

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI