Tuesday, February 11, 2014

PAS lindungi Teresa dipuji, lambang kesatuan rakyat


KAJANG 12 FEB: Tindakan PAS memastikan keselamatan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok ekoran habuan RM1,200 untuk menampar beliau oleh NGO tertentu adalah lambang kesatuan rakyat dan wajar dicontohi.
Bekas Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenavasan, berkata tindakan PAS itu menunjukkan kesatuan bagi menentang golongan didakwa mahu perpecahan berlaku.
06 (1)
“Ancaman terhadap Teresa Kok mengejutkan tidak pernah saya lihat. Malangnya Menteri Dalam Negeri anggap ia bukan kesalahan,” kata Ambiga.

Beliau berkata demikian di Forum Legasi Tunku Abdul Rahman di Auditorium Kolej Universiti New Era baru-baru ini sempena ulang tahun ke-111 kelahiran Tunku pada 8 Februari lalu.
Ambiga menyarankan rakyat tidak mengambil peduli terhadap kenyataan yang mahu menghalau warganegara sah daripada kalangan bangsa Cina dan India agar ‘pulang’ ke negara asal.
“Ini negara kita, sama-sama dilahirkan dan dibesarkan, Malaysia negara kita bersama,” kata Ambiga lagi.
Ambiga memuji majoriti masyarakat Melayu menolak politik sempit yang mengapi-apikan isu perkauman bagi menimbulkan kebencian kaum lain.
Ambiga berkata Tunku tentu akan bersedih mengetahui ada pihak sengaja memainkan api perkauman untuk kepentingan politik mereka.
“Tunku Abdul Rahman kecewa dengan kejadian 13 Mei, beliau memainkan peranan penting mendapatkan kemerdekaan malah berusaha memupuk hubungan kaum yang harmoni,” kata Ambiga.

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI