Monday, January 27, 2014

Pesakit Kaki Gajah Perlukan Bantuan Pembedahan, Kesal JKM Tolak Permohonan Bantuan



Batu Caves - Sudah 4  tahun saya tanggung derita sakit kaki gajah. Keluarga tidak mampu lagi untuk menanggung kos perubatan yang menelan belanja setiap bulan RM1000.00, kata Hairul Rafique Asraf Azman ketika di kunjungi oleh media di kediamannya Kampung Nakhoda Kiri, Batu Caves.

Hairul Rafique Asraf Azman merayu orang ramai bantu perubatan
Beliau berkata, sebelum ini saya seperti insan lain tidak  mengalami kecacatan namun empat tahun lalu  sedang riadah bermain bola sepak dengan kawan di padang permainan tiba-tiba saya terjatuh dan tidak boleh bangun. Dua hari selepas kejadian kaki saya terus bengkak dan tidak boleh berjalan. Selain mengalami sakit kaki gajah, saya juga mengalami darah tinggi. Doktor telah menyarankan saya untuk membuat pembedahan bagi mengubati sakit ini tetapi keluarga tidak mampu.

Menurut Hairul, Doktor yang merawat beliau di Hospital kerajaan tidak boleh membuat pemeriksaan kerana tidak dapat kesan sakit yang di alami dan telah menghantar Klinik Swasta. Dengan membuat perubatan di Klinik Swasta membuatkan beliau dan keluarga mengalami tekanan kerana kos sebulan bagi setiap kali membuat rawatan menelan belanja RM1,000. 00 sedangkan pendapatan bapanya RM600 sebulan sebagai pemandu teksi.

Ibu dan ayah juga merupakan pesakit jantung dan darah tinggi. Mereka juga setiap bulan perlu membuat rawatan rapi di Klinik. Untuk meringankan bebanan ayah dan ibu saya cuba untuk meminta bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pusat Zakat Selangor (PZS) namun saya kesal permohonan saya pada 2 September, 2013 di tolak oleh JKM.

JKM telah memaklumkan kepada saya permohonan saya di tolak kerana tidak layak dan perlu membuat permohonan baru dengan pengesahan Doktor untuk menyatakan saya seorang Orang Kurang Upaya (OKU).

Sudah jelas dengan kecacatan saya alami dan saradiri keluarga yang tidak  mempunyai pendapatan yang tinggi memberi tekanan hidup jadi mengapa permohonan di tolak dan di minta membuat permohonan kembali, ulas beliau dengan kesal.
Rohani (Ibu) Hairul yang derita sakit Jantung


Sementara itu, ibu beliau Rohani Hashim pula berkata, saya telah di maklumkan oleh Doktor baru-baru ini pembedahan untuk anak saya  perlu di lakukan  pada 10 Februari namun kos perubatan yang tinggi membuat saya dan suami jadi tekanan. Jika anak saya mendapat rawatan di Hospital kerajaan tidak mengapa tetapi telah di hantar ke Klinik Swasta.

Justeru saya minta jasa baik daripada AhlI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Amiruddin Shaari dapat membantu kos perubatan dan membuat surat sokongan kepada JKM dan PZS bagi membantu saya dan suami bagi menyara anak saya.

Anak saya juga mememerlukan sebuah Laptop untuk membuat kerja-kerja sambilan di rumah. Dengan membuat “Design” di rumah sedikit sebanyak dapat meringankan kami.

Bagi masyarakat yang prihatin bantuan boleh disalurkan ke akuan saya Rohani Hashim Bank Islam (No. Akaun 12225020097906) dan boleh hubungi saya di talian 012-6034381, Rohani kata demikian kepada pemberita semalam.

Editor : Khaulah Azwar
  

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI