Entah mengapa hati jadi sebak setiap kali melihat foto pimpinan Exco yang merupakan pimpinan PAS. Jiwa yang ketandusan ilmu, jiwa yang mencari arah hidup sebenar benar-benar tersentuh apabila menerima tazkirah daripada seorang
pimpinan yang merupakan murabbi. Hati begitu tersentuh mendengar dan membaca
coretan kata-katanya yang akan menjadi tatapan ana dalam mengharungi kehidupan yang banyak ujian dan mehnahnya..
Setiap kali berurusan dengan beliau hati jadi tenang mungkin kata-kata
nasihat seorang murabbi yang dianggap seorang ayah. Ya, mungkin ana rindukan kata-kata
nasihat seorang ayah kerana ana telah
kehilangan ayah sejak 6 tahun lalu. Bagi sahabat-sahabiah yang mempunyai ayah
ibu hargailah mereka selagi mereka hidup di dunia ini.
Y. B Sallehen Mukhyi, Ana lihat beliau
memang seorang yang tawadhuk. Kata-katanya seperti Tok Guru Nik Aziz..Lemah lembut tiap kata dan perbuatannya. Beginilah sikap para alim ulama. Beliau tidak pernah menghampakan setiap orang yang hadir
untuk berurusan dengannya walaupun tidak ada sebarang temujanji. Namun beliau
tetap meluangkan masa. Hal ini banyak kali berlaku pada ana yang sememangnya
ketika itu secara kebetulan ada urusan di SUK. Di hati ini sentiasa berdoa agar
Allah mudahkan urusan untuk bertemu dengan Exco-exco kerana untuk minggu
pertama perlantikan ana fikir memang agak sukar untuk bertemu dengan
sesiapa..ana serahkan urusan ini pada Allah SWT.
Dan secara tiba-tiba Y.B Sallehen ada depan ana baru selesai mesyuarat
Exco nampaknya. Kami bertemu depan Lif. Masya-Allah , terima kasih ya-Allah mendengar rintihan doa hambamu.
Terseyum Y.B Nampak ana dan sahabat-sahabat suarapakatan.. Alhamdulilah urusan ana dimudahkan untuk
bertemu dengannya untuk kerja-kerja yang diamanah setiap kali berada di SUK. Y.B tanya ana.. maaf ana nak tanya ni.. anti ahli PAS ke, kalau ahli tolong sms ana no ahli ya?? ana kalau boleh semua kakitangan yang dibawa masuk pejabat dan berurusan sebagai kakitangan biarlah orang yang fikrah untuk keselamatan.
Ana jawab ya Y.B Ana ahli PAS.
Ana tabik hormat pada Y.B sebab teringat semasa ana dibawah pengurusan Mantan Exco Agama Datuk Hasan Ali .. penat sungguh nak menasihatkannya.. untuk ambil kakitangan biarlah orang yang fikrah agar kita tidak di sabotaj oleh kakitangan. Dengan sikap degilnya itu akhirnya apa yang ana sangka memang terjadi. Kesian pun ada tapi apalah gunanya kalau kita kesian dekat orang tapi nasihat kita tak di pedulikan.
Tahniah Y,B Sallehen..kerana ikut cara yang betul dalam membuat perlantikan kakitangan.

Pernah sekali pada jumaat lalu ana ke pejabat Exco untuk berurusan
dengan rakan media harakah. Beliau menjemput ana dan sahabat suarapakatan untuk
bersama di Pejabat JAIS sedangkan kami tidak ada sebarang temujanji dengan
beliau. Undangan ini satu penghormatan buat kami tetapi ana rasa terlalu kerdil
untuk bersama. Tetapi tidak sampai hati
untuk menolak jemputan tersebut. Entah mengapa hati ana ingin kenali murabbi ini lebih dekat lagi. Satu pertemuan telah diadakan dengan susun atur bersama editor. Kami buat wawacara mengenali hati insan ini lebih dekat lagi. Mengenali diri, keluarga dan perancangan kerja untuk rakyat sebagai Exco Selangor. Alhamdulilah tidak henti ana ucap syukur kepada Allah SWT kerana dimudahkan semua perancangan kerja ini.
Selepas urusan ana lihat insan ini siap siaga untuk ke Masjid Negeri
meraikan Sultan. Ketika itu beliau sempat tegur ana dan tersenyum. Katanya ana
nak ke Masjid. Anti nak ikut iring sultan?
Ana tanya Y.B nak sampaikan tazkirah jumaat ke?? Lantaran itu Y.B Kata Sultan ada lebih baik kita utamakan pimpinan. Kita orang bawah.. terkedu ana mendengar kata-katanya. Ana dan beberapa orang excord Y.B seiring dalam lif..mati kutu ana nak Tanya soalan tetapi Y.B masih Tanya berbagai soalan pada ana.

Lagi satu, masa anti di bawah pengurusan Datuk Hasan, bulan ramadhan majlis ilmu buat di mana??. Ana ingin perbincangan yang lebih.Moga kita dapat kerjasama untuk imarah majlis Ilmu..
Sudah pasti Y.B .. ana akan bantu mana termampu untuk imarah bulan ramadhan nanti. Tabik hormat sekali lagi untuk Y.B kerana sikapnya yang suka berkongsi pendapat. Tidak mengenepikan orang lain.
Memang benar kata Sahabat Editor Suarapakatan, daripada zaman kami muda
sikapnya tak pernah berubah. Beliau orang yang sangat rendah hati, mudah
berurusan dan tidak menghampakan orang lain. Kini beliau telah diangkat menjadi
pimpinan Exco bagi kerusi PAS. Sedikit sebanyak ana begitu teruja dengan
murabbi ini. Moga sikap rendah hati terus di kekalkan dalam jiwa murabbi ini.
Semalam, Imam Masjid Taman Amaniah SMS ana, " Anti mudah ke urusan dengan Utz Sallehen??".
ana jawab setakat ini memang mudah alhamdulilah.
Imam : Erm, tolong ana jemput Utz Sallehen sebagai Imam solat jumaat. Rindukan ilmunya. Untung orang yang dekati dan amalkan ilmunya.
ana : wah.. ramai sangat yang kata begitu tentang utz Sallehen. Tentu hebat Utz ni. Sememangnya ana tidak berkesempatan mendengar tazkirah dalam majlis ilmunya.
Sure utz, boleh tapi tolong buat surat formal jemputan exco agama ya. insya-Allah ana tolong sampaikan. Interested betul ana ingin mendengar kuliah Utz Sallehen.. sebab posting ana dalam fb telah ramai yang respond positif..ramai yang cakap rindukan tazkirah dan kuliah utz.. harap ana diberi kesempatan mendengar kuliahnya.

Maka dengan itu, sedikit kata nasihatnya untuk kita kongsi bersama untuk
muhasabah diri.. renungilah teman..
Wahai Anak-anakku, andai hidup ini akan berakhir dengan PANGKAT, JAWATAN
dan KEDUDUKAN, bolehlah kamu FITNAH orang lain dengan Liwat, Zina dan
sebagainya. Bahkan kamu boleh menggunakan kecanggihan dunia hari ini dengan
buatkan video seks lantas kamu mengatakan itu adalah orang yang kamu akan
jatuhkan kredibiliti dengan niat memalukan mereka lalu kamu sebarkan dan suruh
orang lain menonton video tersebut. Namun anak-anakku, kita semua akan dimatikan oleh Allah, kita akan
dibangkitkan semula setelah dari mati dan destinasi terakhir kita sama ada
syurga atau neraka.
Justeru, andai kamu punya PANGKAT, JAWATAN dan
KEDUDUKAN, semua itu bukalah Tasyrif (Kemuliaan) tetapi adalah Taklif
(Tanggungjawab). Kita akan ditanya oleh Allah. mungkin selamat mungkin tidak.
Oleh itu anak-anakku, belajarlah untuk menghormati sesama insan. Dahulukanlah
kemaafan dan kasih sayang, sayangilah para Alim Ulama, ciumlah tangan mereka,
jangan dihina mereka. Semakin tinggi jawatan kamu, semakin merendah di hadapan
Allah dan orang yang beriman. Moga kalian semua akan menjadi pemimpin yang baik.
Wahai Anak-anakku, moga satu hari nanti kamu semua akan menjadi pemimpin
yang, baik, yang amanah, tidak sombong dan sentiasa mencari Keredhaan dan
Keberkatan Allah dalam tiap urusan. Ketahuilah anak-anakku bahawa kehidupan ini
sementara jua. Bersegeralah mohon kemaafan andai ada melakukan kesalahan sesama
manusia, sebelum nyawa dicabut. Peganglah sungguh-sungguh peradaban insaniah,
jauhilah fitnah, kata nista, adu domba, kata-kata lucah dan segala amalan yang mendatangkan
murka Allah. Sentiasalah bersama para Alim Ulama, jangan hina dan caci mereka
sebaliknya kasihilah mereka, terimalah teguran mereka dan kasihilah kedua
ibubapa kalian, doakan dan bacakan Al-Fatihah buat mereka.
Anak-anak ku, Tiap-tiap ayat ayat Al-Quran yang keluar dari mulutmu
seawal waktu subuh serta mengakhiri kehidupan malam, pastinya akan menjadikan
mata dan hati ibubapamu sejuk. Anak-anakku, biarlah sekalipun kita miskin harta
namun jangan sekali kita miskin hati budi dan akal, bair sekalipun kita
terpaksa menahan kelaparan namun kita punya kesabaran dan ketenangan. Jadilah
anak yang baik, moga Allah Rahmati hidup kita. Alfatihah buat ibubapa kita sama
ada yang masih hidup atau yang telah pergi mengadap sang Pencipta.
No comments:
Post a Comment