Wednesday, June 12, 2013

Pejabat ADUN Sabak Bakal Beroperasi Seawal Julai



Shah Alam : Pejabat Ahlli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.02  Sabak  yang terletak di Balai Rakyat Taman Berjaya (belakang Maybank Pekan Sabak) bakal operasi seawal bulan Julai ini.
Penyerahan Kunci Balai oleh Awaluddin kepada Sallehen

Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian, Pembangunan Desa , Sallehen Mukhyi berkata insya-Allah Pejabat ADUN akan beroperasi setelah kerja-kerja pembaikan selesai.

Menurut Sallehen, terdahulu pejabat tersebut adalah Balai Rakyat Taman Berjaya yang telah di uruskan oleh Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB). Kunci Penyerahan Balai Rakyat telah buat oleh Setiausaha MDSB, Awaluddin Bin Zakaria kepada saya.

Tambah beliau, saya merakamkan terima kasih kepada pihak pengurusan MDSB  yang telah memberi kerjasama kepada saya dengan menyerahkan Balai Rakyat untuk di jadikan pejabat ADUN. Insya-Allah pejabat ini akan digunakan sebaiknya untuk memberi khidmat yang terbaik kepada masyarakat tanpa kira parti dan perkauman.

Sehubungan itu, saya mengalukan semua rakyat di DUN ini untuk berurusan dengan pejabat saya yang beroperasi waktu pejabat lima hari bekerja.

Sebaraang Aduan Rakyat, Permohonan Bantuan Kerajaan Negeri , mereka boleh berhubung dengan pengurus saya Firdaus Ahmad,  kata Sallehen kepada pemberita di Balai Rakyat disini.

Hadir sama   Tuan Haji Nordin , Ahli Majlis dan Mohamad Yunos, Ketua Kampung Bt40.



Editor : Khaulah Azwar 

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI