Taman Amaniah : Pejabat Pusat Khidmat
Masyarakat (PKM) DUN Batu Caves telah mula operasi sepenuhnya bulan
Oktober, 2013 berhampiran belakang Masjid Jamek Taman Amaniah,
bersebelahan Pasaraya Speedmat 99, Taman Amaniah Mulia, kata
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Amiruddin Shari .
Beliau berkata, perpindahan pejabat PKM DUN Batu Caves adalah untuk memberi keselesaan kepada rakyat yang hadir terutamanya golongan warga emas , OKU yang sukar untuk naik tangga untuk berurusan di pejabat lamanya.
Menurut Amiruddin Pejabat baru ini pada
mulanya adalah Dewan Masyarakat yang di jaga oleh Persatuan Penduduk
Taman Amaniah dan atas persetujuan bersama pengerusi Persatuan Penduduk
Tn Hj Ahmad Hasnan dan hasil perbincangan antara beliau dan pihak PKM
DUN Batu Caves, maka beliau telah bersetuju menyerahkan Dewan ini
kepada pihak DUN untuk dijadikan sebagai Pusat Khidmat Masyarakat demi
kebaikan kepada masyarakat yang uzur terutamanya agar mudah berurusan
tanpa menaiki tangga lagi.
“Justeru saya harap dengan permindahan
kami di kawasan baru ini rakyat sudi hadir untuk terus berurusan dengan
kami. Waktu operasi Isnin- Khamis 9 pagi -5 petang. Waktu Rehat 1
tengahari – 2 petang, Jumaat 9 pagi-12.30 tengahari. Waktu Rehat
Jumaat 12.30 tengahari -2.30 petang dan akan berakhir waktu operasi 5
petang. Sabtu –Ahad cuti, katanya kepada pemberita selepas Program
Ziarah Korban Taman Jasa Utama baru-baru ini.
No comments:
Post a Comment