Batu
Caves : Mangsa kebakaran Adiani Abu Akmal rasa terharu terima bantuan
daripada AhlI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves semalam.
Beliau
berkata, “kejadian kebakaran yang berlaku baru-baru ini jam 3 petang
melibatkan dua buah rumah terbakar hangus benar-benar membuat saya dan
ahli keluarga terkejut kerana ketika itu saya, suami dan anak-anak pergi
kenduri kahwin. Jiran hubungi saya memberitahu perkara ini dan dan saya
yakin punca kebakaran berpunca dari kilang besi buruk berdekatan dengan
kawasan perumahan kami”.
“Saya ada juga minta ganti rugi kepada
kilang berkenaan namun pihak kilang tidak mahu ganti rugi kerana dia
menuduh punca kebakaran berpunca anak saya sedangkan saya sekeluarga
tiada dirumah pergi kenduri kahwin”, ujar Adiani.
Menurut
beliau kerugian yang ditanggung adalah lebih RM50 ribu dan telah membuat
laporan polis untuk membuat tuntutan ganti rugi kepada kilang yang
tidak dikenal pasti nama syarikat berkenaan.
Adiani
menambah lagi, dua minggu berlaku kebakaran tiada sebarang bantuan yang
diterima daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS), Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM). Saya juga ada minta bantuan kepada UMNO Cawangan
Kampung Laksamana namun amat mengecewakan kerana semua permohonan tidak
di pedulikan oleh pihak berwajib.
“Saya
benar-benar rasa terkilan dengan apa yang berlaku, Pihak berwajib tidak
menghulurkan bantuan. Saya hanya menerima bantuan ehsan daripada Ketua
Kampung, dan ADUN Batu Caves. Dengan sumbangan diberikan oleh ADUN Batu
Caves, Amiruddin Shari sedikit sebanyak membantu saya membeli barang
keperluan anak-anak.
Keperihatinan ADUN amat saya hargai, luah Adiani yang mempunyai dua
orang anak masih kecil dan bersekolah kepada pemberita selepas menerima
bantuan daripada Pejabat ADUN Batu Caves semalam yang telah disampaikan
oleh Jawatankuasa Penduduk (JKP Zon 8) Zuhudi Ahmad.
Sementara itu, ADUN Batu Caves,
Amiruddin Shaari yang melawat kawasan kebakaran rumah mangsa mengucapkan
takziah kepada ahli keluarga atas ujian yang menimpa.
Beliau yang menyampaikan wang ehsan
kepada Adiani berkata, sabar dalam hadapi ujian. Kilang yang tidak
dikenal pasti perlu dibuat siasatan oleh tuan rumah untuk tindakan
selanjutnya demi menegak kebenaran dan tuntutan ganti rugi, katanya.
Editor : Khaulah Azwar
No comments:
Post a Comment