Sunday, July 21, 2013

Penstrukturan semula Pekan Sabak Bernam

SABAK BERNAM  : Penstrukturan semula Pekan Sabak Bernam perlu dilakukan bagi mempesatkan ekonomi dan meningkatkan peluang pekerjaan bermutu bagi masyarakat setempat.
ADUN Sabak, Sallehin Mukhyi berkata usaha itu juga penting bagi menurunkan kadar kemiskinan kawasan Sabak Bernam yang dikatakan antara tertinggi di Selangor dan bagi mempertingkatkan taraf kehidupan penduduk lain.
Kebanyakan prasarana dan bangunan di pekan tersebut seperti pasar sudah usang manakala belia-belia ramai meninggalkan kawasan itu kerana kekurangan peluang pekerjaan.
Menurut beliau, usaha naiktaraf dan pembangunan semula pekan tersebut merupakan antara tugas utamanya dalam penggal pertamanya sebagai ADUN.
Sallehen yang juga merupakan Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian, Pembangunan Desa menambah lagi “ramai masyarakat miskin di Sabak Bernam tinggal di kawasan ini yang sudah lama tidak distrukturkan.
“Jadi ia membantutkan persaingan dari segi ekonomi dengan keperluan yang terhad,” katanya ketika ditemui di Pejabat  Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sabak. Beliau berkata akan membuka pusat khidmat DUN di pekan tersebut dalam masa terdekat.
Dalam pada itu, Sallehen meminta jentera penerangan Pakatan Rakyat Selangor agar menggiatkan usaha penerangan kepada penduduk di Utara Selangor berkenaan program di bawah agenda .
Beliau juga mengharapkan agar akhbar kerajaan negeri Selangorkini dapat diedarkan dengan lebih meluas di kawasan utara Selangor supaya penduduk di situ mendapat lebih maklumat tentang program Kerajaan Negeri.
Katanya, golongan yang berusia kurang mendapat maklumat daripada Kerajaan Negeri dan bergantung kepada maklumat daripada media massa yang dikawal Umno-BN.


Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI