Sunday, June 30, 2013

Tuisyen LASAK SRI AL HUDA bantu pelajar tingkat prestasi & Pembangunan Kompleks Pendidikan

Gombak, 30 Jun: Guru Besar Sekolah Rendah Islam Al-Huda, Hajah Surayah Sarin menyeru  ibubapa  pelajar agar melibatkan anak-anak mereka tahun 1 dan tahun 2 mengikuti Kelas Tuisyen Latih Tubi Subjek Kritikal (LASAK) yang akan bermula pada 6 Julai, 2013 jam 9 pagi sehingga 12. 30 tengahari di sekolah ini.
Katanya, tujuan kelas LASAK diadakan bagi membantu semua pelajar yang lemah dalam subjek akademik khususnya Matematik dan Bahasa Inggeris. Perkara ini dilihat apabila keputusan peperiksaan pertengahan tahun baru-baru ini  kurang memuaskan.

Rata-rata semua pelajar tidak dapat menguasai subjek tersebut dengan baik berbanding tahun sebelum ini keputusan peperiksaan semua pelajar adalah cemerlang dan Mumtaz.
Justeru pihak sekolah dengan kerjasama PAKSI berbesar hati mengambil inisatiif untuk membantu semua pelajar agar dapat menguasai subjek akademik yang begitu penting.
Meskipun terlalu awal semua pelajar tahun 1 dan 2 untuk mengikuti kelas tuisyen LASAK tetapi ini adalah salah satu  usaha untuk kita membentuk semua pelajar agar dapat menguasai subjek tersebut, menanamkan minat mereka dalam subjek kritikal sejak kecil lagi. Selain itu membuka minda dan mengajar semua bagaimana untuk menjawab kertas soalan dengan tepat.
Menurut Surayah, kelas LASAK diadakan bukan untuk perniagaan tetapi pihak sekolah amat mengambil berat pendidikan semua pelajar disini. Apabila pelajar mengikuti kelas LASAK mereka akan diberikan peperiksaan gerak gempur sebulan sekali untuk menilai tahap penguasaan mereka. Kelas LASAK juga memberi peluang kepada pelajar luar untuk mengikuti kelas ini.
Tambah beliau algi, dengan hanya bayaran minima RM50 satu subjek adalah rendah dan daripada yuran itu juga separuhnya akan di masukkan dalam Tabung Pembangunan Sekolah SRI AL-HUDA.
Usaha yang dilakukan oleh pihak penganjur LASAK untuk membantu semua pelajar dan memberi sumber untuk pembangunan sekolah amat saya hargai. Ini menunjukkan pihak penganjur yang merupakan penjaga salah seorang pelajar di sekolah ini mengambil berat dengan pendidikan semua pelajar. Sewajarnya sikap ini harus di contohi semua pihak dengan melibatkan semua aktiviti yang dilakukan Sekolah.
Justeru, saya amat berharap ibubapa pelajar tidak keberatan untuk memastikan anak-anak mereka mengikuti kelas LASAK bagi memastikan peperiksaan akhir tahun ini keputusan mereka lebih baik memandangkan sistem setiap subjek yang diberikan oleh kementerian semakin mencabar, ujar suraya kepada pemberita selepas Hari Usahawan SRI AL-Huda yang berlangsung pagi tadi, disini.
Sementara itu, Pengurus LASAK Che Sue pula berkata alhamdulilah setelah perbincangan bersama pihak Guru Besar SRI Al-Huda yang begitu mengambil berat pendidikan semua pelajar akhirnya kertas kerja di terima dengan baik.
Meskipun kelas LASAK diadakan untuk tahun 1 dan 2 untuk pelajar SRI Al-Huda namun kita buka juga untuk pelajar sekolah luar untuk bersama mengikuti LASAK. Insya-Allah jika mendapat sambutan luar biasa kita adakan LASAK untuk subjek lain dan juga untuk tahun 3 sehingga tahun 6.
Menurut beliau, tenaga pengajar LASAK adalah guru-guru yang berpengalaman dalam subjek tersebut dan ramai pelajar yang telah mengikuti LASAK sebelum ini telah berjaya menguasai subjek akademik yang begitu penting.

Che Sue yang merupakan Ahli Jawatakuasa Pembangunan SRI Al-Huda menambah lagi, ibubapa sewajarnya memainkan peranan yang besar untuk memberi kerjasama dengan pihak sekolah bagi memastikan Misi Visi Sekolah tercapai lebih-lebih  bagi memastikan  pihak sekolah mampu melahirkan generasi solih wa muslih yang bukan sekadar berjaya  akademik tetapi cemerlang dunia akhirat. Ini yang amat penting untuk kita melahirkan generasi berwawasan, dan proffesional kelak seperti yang diimpikan oleh pihak sekolah sehingga ingin menubuhkan Komppleks Pendidikan SRI Al-Huda yang akan dijangka siap untuk fasa 1 tahun ini, insya-Allah.
Langkah positif yang diberikan pihak sekolah perlu dihargai semua pihak dan ibubapa tidak sewajarnya memberi alasan untuk tidak menghantarkan anak-anak mereka mengikuti LASAK pada hari Sabtu.  Daripada peringkat kecil inilah kita perlu membimbing, membentuk mereka agar mencintai ilmu. Ibubapa perlu mengorbanan masa dengan anak-anak, tenaga dan sedikit wang bagi memastikan anak-anak mereka berjaya dengan cemerlangnya.
Insya-Allah hasil yuran yang minima ini kita berhasrat untuk membantu pihak sekolah untuk disalurkan kepada Tabung Pembangunan Sekolah SRI-AL Huda. Justeru,  saya amat berharap semua ibubapa pelajar dapat memberi sokongan dan komitmen yang tinggi bagi memastikan kelas LASAK berjaya diadakan. Bantulah anak-anak kita agar menjadi insan rabbani dan disegani kelak.
Mereka yang ingin menghantarkan anak-anak mereka Kelas Tuisyen LASAK hubungi kami di talian 013-6893185, 017-2436875. ujarnya.
Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI