Tuesday, June 4, 2013

Isu Arak, Rampas Lesen Arak, Tutup Pusat Hiburan Bukan Kuasa Exco Sepenuhnya

 Shah Alam, 5 Jun : Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian, Pembangunan Desa , Sallehin Mukhyi meminta agar rakyat Malaysia mengubah prespepsi bagi tangani masalah isu arak, judi, pusat hiburan di bawah  kuasa sepenuhnya pengurusan Exco Hal Ehwal Islam.

Beliau berkata, semenjak saya angkat sumpah sebagai Exco berbagai soalan yang dimainkan oleh rakyat dan media bagi menangani isu ini.  Antara soalan yang sering di persoalkan apakah tindakan saya sebagai Exco Agama dalam tangani isu arak. Judi, Pusat hiburan. Apakah Hudud perlu dilaksanakan di negeri Selangor.

Bagi saya rakyat perlu ubah cara pemikiran tersebut kerana untuk tangani isu berkenaan ia perlu memberi kefahaman terlebih dahulu kepada seluruh rakyat termasuklah kepada non-muslim agar mereka faham apakah yang di maksudkan Hudud. Siapakah yang layak menerima hudud. Siapakah yang mempunyai kuasa menutup kilang arak dan sebagainya. Kerja penerangan ini memerlukan penglibatan semua pihak bukan hanya Exco Agama, Ustaz Alim Ulama,  katanya.  

Menurut  Sallehin, Hudud hanya akan dilaksanakan kepada muslim bagi non-muslim tidak akan dilaksanakan .Tetapi malangnya isu ini telah di putar belit oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga telah  menakutkan non-muslim  dan menganggap Islam itu sukar untuk diikuti walhal Islam adalah mudah.

Sallehin menjelaskan lagi bagi tangani isu arak, rampas lesen arak, tutup pusat hiburan bukan kuasa Exco Agama dan kerajaan negeri Selangor sepenuhnya tetapi ia dibawah pengurusan PEBT.

“Kita tidak ada kuasa sepenuhnya menutup tempat hiburan, rampas lesen arak.  Tetapi kita akan bantu PEBT untuk tangani isu ini dari semasa ke semasa  mengadakan perbincangan bersama  demi umat islam di seluruh Malaysia”.

Pihak berwajib juga tidak ada mengeluarkan lesen baru untuk  tutup pusat hiburan, menjual arak namun saya difahamkan semasa zaman pemerintahan kerajaan UMNO dulu lagi  ada lesen quata  lama di keluarkan  untuk arak dan sebagai, ujarnya.  

Justeru, dalam menangani isu ini sebagai Exco Agama  insya-Allah  kita akan pertingkatkan program kefahaman islam  kepada seluruh rakyat.

Bagi saya program penerangan adalah amat penting bagi  memberi kesedaran kepada umat islam  Mengapa Islam melarang kita minum, menjual, mempromosi  arak, pergi tempat pusat hiburan . Ini adalah kerana untuk mengelak berlakunya gejala sosial, keruntuhan akhlak, ketuntuhan rumahtangga, berlakunya zina, pembuangan bayi dan sebagainya.

Islam memang melarang umatnya mengambil arak, pergi tempat yang mendekati zina iaitu pusat hiburan. Maka dengan itu program penerangan agama ini perlu di laksanakan di institusi masjid, edaran risalah dan sebagainya agar rakyat Malaysia faham dengan jelas.

Insya-Allah perbincangan bersama PEBT, dan badan berwajib akan diadakan dalam tangani isu berkenaan dengan baik agar tidak melukai hati mana-mana pihak kerana di Malaysia kehidupannya adalah berbagai bangsa, dan agama yang perlu di hormati, beliau kata demikian dalam siding media di Pejabat SUK disini semalam

Editor : Khaulah Azwar

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/19782-exco-agama-selangor-ambil-pendekatan-penerangan



No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI