Sunday, June 16, 2013

16 Peserta dan Seorang Kanan Himpunan Suara Rakyat Di Tahan

KUALA LUMPUR, 17 Jun  : Sempena Himpunan Suara Rakyat  yang berlangsung Gedung beli-belah Sogo dan Jalan Tunku Abd Rahman di sini baru-baru ini seramai 16 peserta termasuk wanita dan seorang kanak-kanak berumur 10 tahun ditahan ketika mengadakan ‘flashmob’.  Semua tahanan  yang ditahan selepas memulakan perhimpunan kira-kira jam 2.00 petang tadi.
Antara yang terawal ditahan, Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Eddy Noor Reduan.
Semua tahanan  dibawa Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dengan kenderaan Black Maria untuk tindakan lanjut.
Selepas kenderaan itu beredar, aktivis pelajar Ekhsan Bukharee dan seorang peserta lagi kemudiannya ditahan.
Peguam, New Sin Yew tiba di balai selepas dimaklumkan oleh seorang aktivis yang ditahan, bagaimanapun beliau tidak dibenarkan berjumpa dengan aktivis yang ditahan itu.
Sehubungan itu, beliau memutuskan untuk meminta kebenaran membuat laporan polis ekoran tidak dibenarkan masuk di Balai Polis yang sama.
Sementara itu,  Tian Chua, Naib Presiden PKR berkata penahanan peserta ‘flashmob’ itu tidak akan menggugat Himpunan Suara Rakyat pada 22 Jun ini.
” Walaupun 16 peserta ditahan, tetapi masih terdapat 16,000 rakyat masih menunggu untuk ditahan. Ini juga sebagai satu acara mobilisasi untuk himpunan. Apa yang penting kita fokus pada 22 Jun depan,” katanya ketika ditemui di Balai Polis terbabit.
Dalam ‘flash mob’ tadi, Presiden Solidariti Mahasiswa (SMM), Safwan Anang memaklumkan ‘flashmob’ itu bertujuan untuk mengajak orang ramai turun pada 22 Jun ini.
“Kami bukan ingin menggulingkan kerajaan tetapi kami mahu menolak penipuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya.


Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI