Friday, May 10, 2013

Terima Kasih UNDI PAKATAN RAKYAT , Anda Rakyat Yang Bijak Menilai

Sekali lagi terima kasih tidak terhingga kepada seluruh rakyat Malaysia yag keluar mengundi dengan kesedaran politik dan  menjalankan tangungjawab sebagai rakyat.


Terima kasih menyokong dan mengundi Pakatan Rakyat (PR) sehingga Selangor memperolehi kemenangan 2/3 kerusi. 

Walaupun hasrat rakyat untuk ke Putrajaya PRU13 ini tidak kesampaian, Allah beri penangguhan kemenangan yang besar ada hikmah tersendiri. Sewajarnya semua ahli pimpinan, petugas muhasabahkan diri untuk perbaiki setiap kelemahannya. 

Semua rakyat tahu dan menilai keputusan PRU13 adalah tipu muslihat UMNO, dan SPR kerana banyak berlaku insiden penipuan, dakwat kekal  tidak kekal, blackout, tukar peti undi, bangsa asing mengundi, rakyat yang keluar mengundi diberi sogokan untuk keluar undi 2-3 kali dan sebagainya. UMNO dan SPR sanggup buat apa sahaja  demi memastikan UMNO menang. Tetapi hakikatnya UMNO telah lama kalah dan terkubur sekiranya tidak berlaku penipuan yang besar dalam pilihanraya ini.

Justeru, jangan mudah putus asa terus berikan kepercayaan kepada PR untuk 5 tahun akan datang, insya-Allah kemenangan itu akan hadir juga seperti yang termaktub dalam Al-Quran. Sabar, usaha dan doa perlu kita lakukan.

Walaupun PRU13 mencatit sejarah tipu daya UMNO dan kuda tunggangan SPR namun rakyat tetap keluar mengundi bagi mengelak bangsa asing terutamanya Bangladesh dan lain-lain boleh mengundi. 

Kini selepas menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai rakyat, ramai yang ternanti-nanti siapa MB Selangor. Namun telah terjawab  Walaupun terdapat berbagai manupulasi media untuk mengelirukan rakyat. 

Namun apabila bertemu rakan-rakan, guru-guru dan rakyat ketika menjalankan tugas perayu undi majoriti ingin Tan Sri Khalid Ibrahim diberi mandat untuk terus menjadi MB Selangor memandangkan rekod beliau sangat cantik berbanding semasa zaman pemerintahan UMNO yang diterajui oleh Khir Toyol. 

Sukar mendapat MB Yang tulus..Tahniah Tan Sri Khalid

Ini adalah kerana Tempoh pertama Tan Sri Khalid menerajui Selangor,  rakyat Selangor berpuas hati ekonomi negeri naik, tiada  berlaku rasuah. Masjid Surau di imarah dengan begitu harmoni.  Ramai rakyat golongan Muda  yang tidak bekerja di bagi peluang kerja dan meniaga. 

Nasib rakyat terbela dalam kenaikan ekonomi dengan kerjasama 3 parti kompenen. Rakyat ramai yang kata tempoh 5 thn PR memerintah Selangor belum cukup maka perlu di bagi mandat untuk tahun kedua.

Alhamdululah dengan izin Allah SWT maka Selangor  mampu pertahan lagi walaupun berbagai tipu daya tomahan , Politik lucah yang dilontarkan UMNO kepada PR.

Tetapi usah berada di zon selesa. Perlu kerja keras untuk 5 thn akan datag.Usah rebut jawatan dan lain-lain kerana rakyat menilai anda semua. 
Di dalam PAS  semua ahli di ajar agar ikuti keputusan syura lihat kemampuan seseorang jika dia hebat dalam ekonomi letaklah orang itu di organisasi ekonomi. Jangan sekali letak orang yang tak berapa cekap dalam ekonomi.

Jika ini di lakukan ekonomi negara akan jatuh dan duit yang berbillion akan hilang hentah kemana seperti dilakukan oleh UMNO semasa pemerintahan mereka. Kebanyakan berlaku rasuah, duit-duit rakyat disalurkan kepada kroni. 

Maka jika ini berlaku kepada pengurusan PR jika di tukar kepada pentadbiran lain kita bimbang kepercayaan rakyat akan hilang. Jika kita lihat orang itu hebat dalam berdebat pantas buat kerja maka letak orang itu dalam bidangnya. Jangan letak orang yang pendiam dan kayu takde hati perasan . 

Beringatlah  wahai sahabat sahabiah. Jika tidak umno dan media akan rosak minda rakyat. Maka dengan itu bagi saya  biarlah MB selangor  Tan Sri Khalid menerajui Selangor negeri berkebajikan ini. Ayuh teruskan kerja untuk 5 tahun akan datang, usah pertikai keputusan ahli mesyuarat lagi. 

 Vote  Tan  Sri Khalid Ibrahim.Anda bagaimana?

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI