Gombak, 31 Mei : Ketua Dewan Muslimat Pas Kawasan Gombak, Dr. Azimah Ibrahim dan seluruh ahli muslimat PAS Kawasan Gombak merakam takziah kepada ahli keluarga arwah Nik Roshdiah Nik Ahmad atas pemergian arwah pagi tadi.

Dr Azimah berkata dalam kenyataan media, " kami  seluruh ahli PAS Gombak begitu terasa dengan kehilangan allahyarhummah   Nik Roshdiah.

Arwah merupakan seorang yang sangat kami kagumi kerana semangat juangnya  dalam perjuangan PAS.

Arwah penggerak parti yang aktif dan banyak menghidupkan program-program kebajikan dan masyarakat di sekitar Gombak Setia terutama ziarah medik dari rumah ke rumah.

Menurut Dr Azimah sepanjang pilihanraya yang lalu, arwah terlibat hampir setiap program kempen dan munajat pilihanraya. Walaupun arwah sibuk menguruskan kerja pilihanraya namun tanggungjawab mengurus  Dua belas orang anak dan  lima orang cucu tidak di abaikan.

Tambah Dr Azimah lagi;  PAS Gombak berharap seluruh ahli mengambil contoh semangat dan pengorbanan arwah. Jadikan semangat juang arwah sebagai motivasi kepada seluruh muslimat PAS Gombak.
Arwah Nik Roshdiah Nik Ahmad

Yang telah pergi akan berganti. Kita yang masih hidup mengambil ikhtibar terhadap kesungguhan teman seperjuangan yang telah pergi dengan sumbangan yang besar sepanjang hayatnya; ujarnya.
  
Arwah Nik Roshdiah merupakan ketua muslimat PAS cawangan pinggiran Batu Caves Gombak telah menghebus nafas terakhir 4.45 pagi tadi di Hospital Sungai Buloh akibat darah beku di otak. Beliau menangung derita sakit semenjak 2009 akibat kemalangan jalan raya.

Arwah telah di masuk  ICU Hospital Sungai Buloh selama seminggu dengan mendapat kunjungan ayah saudaranya Ustaz Nik Abduh Nik Aziz sekeluarga dan Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.

Jenazah selamat  di solatkan di Masjid Khairiah  selepas solat Jumaat  dan telah di kebumikan  di  Tanah Perkuburan Islam Sri Gombak. 

Turut Hadir, ADUN Gombak, Hasbullah Ridzuan, ketua pemuda PAS Gombak Syarhan Humaizi