Friday, April 26, 2013

Senarai pengundi diragui: UMNO cuba spin isu [Update]


Pada 24 April 2013 saya bersama Edmund Bon, peguam yang mewakili kes saman Nurul Izzah Anwar terhadap Suruhanjaya Pilihanraya dan Jabatan Pendaftaran Negara telah mengadakan satu sidang media untuk menjelaskan beberapa isu yang dibangkit pihak tertentu, khususnya Umno Lembah Pantai dan Dato’ Raja Nong Chik.

Isu tersebut – lebih 4,500 nama pengundi di Lembah Pantai yang diragui status mengundinya – telah dimainkan pihak Umno Lembah Pantai untuk mengatakan kononnya Nurul Izzah berusaha untuk membuang nama-nama pengundi Lembah Pantai, khususnya mereka yang dahulu tinggal di kawasan setinggan atau lebih tepat berstatus peneroka bandar.
Beberapa isu yang perlu diperjelas:
1) Nurul Izzah telah memfailkan saman tersebut kerana dalam daftar pemilih Lembah Pantai ada nama-nama pengundi yang:
i. telah meninggal dunia namun masih ada dalam daftar pemilih Lembah Pantai
ii. mempunyai alamat dalam MyKad yang bukan di Lembah Pantai
iii. mempunyai alamat tidak lengkap.

Isu yang ke-3 merupakan isu yang dibangkit pihak UMNO dan Dato’ Raja Nong Chik.
Untuk makluman semua, daftar pemilih yang diperolehi KEADILAN Lembah Pantai secara rasmi dari SPR mengandungi hampir 45% nama-nama yang TIADA ALAMAT LENGKAP. Ini bermakna hampir separuh pengundi yang layak mengundi di Lembah Pantai TIDAK DAPAT DIJUMPAI.
Ini bermakna SPR telah menjual produk yang defektif/rosak kepada KEADILAN Lembah Pantai.
2) Fail saman adalah terhadap SPR dan JPN dan bukannya terhadap pengundi Lembah Pantai.
Rasionalnya adalah kerana SPR dan JPN merupakan badan kerajaan yang sepatutnya memiliki maklumat yang sahih dan benar; jika alamat seorang pengundi dalam pangkalan data SPR itu tidak lengkap, ada satu sistem - ”Agency Link-Up System” (ALIS) – yang sepatutnya memudahkan saluran maklumat (seperti alamat dalam MyKad) di antara SPR dan JPN.
Maka timbul persoalan: Adakah ALIS tidak berfungsi? Jika tidak, saya sarankan Jabatan Audit Negara menyiasat sistem tersebut.
3) Dato’ Raja Nong Chik mengatakan lebih 4,000 pengundi yang disebut dalam kes saman itu adalah pengundi yang tinggal di kawasan setinggan yang telah dipindahkan. Ini tidak benar. Dalam senarai yang dihantar kepada SPR dalam saman tersebut, ada nama-nama mereka yang tinggal di tempat-tempat yang JELAS BUKAN KAWASAN SETINGGAN:
  • Jalan Bangkung, Bangsar: 2 pemilih
  • Jalan Medang Serai, Bangsar: 8 pemilih
  • Jalan Terasek 1: 9 pemilih
  • Jalan Terasek 8: 7 pemilih
  • Lorong Maarof: 17 pemilih
  • Jalan Bangsar: 109 pemilih
Malah ada yang tinggal di flat dan apartmen yang tiada alamat lengkap:
  • Rumah Pangsa Sri Pahang: 73 pemilih
  • Vista Angkasa: 27 pemilih
  • Apartmen Putra Ria: 105 pemilih
  • PPR Sri Pantai (100 & 102): 41 pemilih
  • Kondo Rakyat: 75 pemilih
  • PPR Pantai Permai: 31 pemilih
  • PPR Kerinchi: 46 pemilih
Adakah kesemua mereka ini juga tinggal di kawasan setinggan? Tidak masuk akal tinggal di flat tapi alamat tidak lengkap!
4) Bagaimana Dato’ Raja tahu nama-nama pengundi tersebut, walhal Nurul Izzah sebagai plaintif hanya menghantar senarai tersebut kepada defenden iaitu SPR dan JPN? Dato’ Raja Nong Chik bukan seorang defenden, jadi bagaimana beliau tahu nama-nama ini? Atau, siapakah yang telah memberikan senarai tersebut – yang merupakan dokumen mahkamah – kepada beliau?
5) Bagaimana pengundi-pengundi yang dahulunya peneroka bandar tahu nama-nama mereka ada dalam senarai yang dihantar defenden kepada plaintif-plaintif? Defenden tidak menghantar apa-apa surat atau senarai nama-nama kepada UMNO ataupun pengundi-pengundi tersebut. Dan bagaimana Ketua UMNO Cawangan Kg Kerinchi tahu beliau juga dalam senarai itu?
Siapa yang telah memberikan senarai tersebut kepada UMNO?
Siapa?

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI