Kuala Lumpur : Hassnar Ebrahim, Bekas Ketua Daerah Sandakan menyelar kenyataan bekas Perdana Menteri Dr Mahathir yang menuduh pegawai kerajaan menjual kad pengenalan untuk kepentingan diri.
"Dr Mahathir adalah pembohong besar," kata Hassnar membidas kenyataan Mahathir seperti dilapor Bernama dalam program 'Bicara Minda di Papar, Sabah 17 Mac lalu.
Mahathir dilaporkan berkata rakyat Sabah tidak boleh mempersalahkan kerajaan semasa pentadbirannya kerana penyelewengan dilakukan pegawai kerajaan atas kepentingan individu.
Tegas Hassnar, projek IC adalah dalam pengetahuan Mahathir yang tidak selesa dengan pentadbiran Parti Bersatu Sabah (PBS) antara tahun 1990 dengan 1994.
Malah dakwa Hassnar, dirinya menjadi 'bahan tawaran' antara Presiden PBS, Joseph Pairin Kitingan dengan pentadbiran di Kuala Lumpur yang ketika itu berniat untuk menyertai semula Barisan Nasional.
"Salah satu syarat (rundingan), Joseph minta saya dimasukkan ke dalam penjara," kata Hassnar.
Tegasnya lagi, sekiranya Dr Mahathir memikrkan bahawa projek tersebut sebagai satu kesalahan, dokumen IC tersebut perlu ditarik balik.
"Tapi ada kita pernah dengar IC yang dikatakan dijual yang kononnya tidak sepatutnya dikeluarkan kepada individy yang diimport dari luar ditarik? Tidak ada!, tegas Hassnar.
Editor : Khaulah Azwar
No comments:
Post a Comment