Islam melarang sekali umatnya yang terlalu sibuk dengan
urusan dunia dengan meninggalkan segala perintah Allah.
Contoh: Kita begitu sibuk uruskan harta kekayaan dunia, pergi
kerja subuh hari baliknya malam kumpul harta, wang ringgit, bina rumah besar
yang kononnya untuk isteri dan anak-anak tetapi ianya menjadi satu kerugian
apabila kita meninggal dunia.
Semua yang dikumpulkan untuk orang yang hidup
tetapi bekalan untuk diri sendiri berhadapan dengan Allah SWT tiada langsung.
Ingatlah wahai suami, isteri
yang bergelar ayah dan ibu jangan kita terlalu sibuk urusan dunia sehingga
tidak ada masa untuk anak-anak yang merupakan amanah Allah SWT kepada kita.
Carilah masa untuk beribadah dan melibatkan aktiviti
kemasyarakatan, berhubung dengan ahli keluarga dan memberi kasih sayang kepada
mereka.
Jangan sekali kita membawa pulang kerja–kerja di pejabat di
dalam rumah. Jangan Jadikan rumah sebagai pejabat sehingga isteri, anak-anak
rasa terpinggir dan tidak mendapat kasih sayang lagi.
Hanya foto hiasan tiada kene mengena hdp & mati |
Kesibukan kerja kasih sayang dalam rumahtangga terabai. Perbuatan
ini amat tidak disukai oleh Nabi Muhammad SAW dan ia juga puncanya berlaku
sikap dingin, kasih sayang pudar dalam kekeluargaan, berlakunya curang dalam
rumahtangga. Anak-anak pula akan mencari jalan untuk mendampingi orang lain
untuk mendapat perhatian dan kasih sayang.
Kadangkala jalan pintas akan dilakukan isteri dan anak-anak
dengan melakukan hubungan rambang sehingga peningkatan anak luar nikah
meningkat, anak-anak mencari hiburan luar dengan melakukan apa sahaja untuk
mendapat kepuasan mereka sehingga sanggup membunuh diri.
Nabi Muhammad SAW seorang ketua pemimpin, berurusan dengan
berbagai orang namun masa untuk ahli keluarga, masyarakat dan beribadah kepada
Allah SWT tidak diabaikannya.
Justeru, sekali lagi diingatkan kepada semua jangan terlalu sibuk urusan dunia, apabila
tibanya hari kematian apa yang dikejar semasa hidup tidak boleh membantu kita untuk
berdepan dengan Allah SWT melainkan amalan solih yang pernah kita lakukan
semasa hidup. Itulah bekalan yang amat bermakna.
“Mereka yang rugi
adalah orang yang banyak kumpul harta kekayaan sehingga lupa kepada Allah SWT . Harta
yang dikumpul untuk orang lain dengan tidak melakukan kerja-kerja amal”
{ Hadis Nabi Muhammad SAW}
No comments:
Post a Comment