Dalam hidup ini tiada yang lebih
bermakna melainkan apabila dapat berkumpul dan berada disisi orang-orang yang
dikasihi.
Suapan Mahabah sanah helwa Angah ( Liza). |
Alhamdulilah dalam kesibukan bahang untuk menghadapi PRU13 yang semakin
hampir, diberi kesempatan untuk ana berhimpun dengan keluarga di kampug
meskipun mereka bukanlah saudara kandung namun petalian persaudaraan antara
guru dan pelajar kini menjadi satu keluarga.
Pertalian persaudaraan yang
terpisah hampir 18thn akhirnya dapat bertemu kembali dengan izin Allah. Inilah
satu nikmat yang amat di syukuri kerana dapat berhimpun dengan guru-guru.
Meskipun duduk berjauhan namun jangan jadi alasan tiada masa untuk berukhwah.
Dengan zaman serba
canggih untuk
kekalkan kemesraan persaudaraan itu
selain setulus doa berusahalah
untuk melayangkan SMS sebagai ingatan agar persaudaraan tidak terputus.
Alhamdullilah, nikmat yang Allah
berikan dengan berkumpul bersama
keluarga di kampung sujud syukurku pada Ilahi tidak terlepas kerana Allah SWT mem perkenan
segala hajat untuk bertemu dengan guru-guru kembali yang kini menjadi keluarga.
Tiada bermakna melainkan dapat berkumpul dgn keluarga |
Cuti kali ini secara kebetulan
adalah tarikh lahir ummi dan Angah Telah ana usahakan untuk meluangkan masa
bersama mereka, namun perancangan Allah adalah yang terbaik.
Macam-macam yang ana rasa
antaranya sedih sebab tak dapat sambut hari lahir Ummi bersama kerana tugas dan
taggungjawab ummi diperantauan. Namun di sebalik kesedihan itu dengan adanya
angah famli terubat juga sedikit kesedihan ini. Angah telah mengembirakan hati
kecil ini. Dengan kepulangan angah di kampung dapat juga meraikan ulang tahun nya
yang sama dengan ummi.
Setiap kali potongan kek
diberikan pada anak-anak buah setiap itulah teringatkan ummi, macam-macam yang
bermain difikiran. Adakah kasih ummi masih ada untuk diri ini lagi, terasa
semakin jauh. Tak macam sebelum ini. Kasih manusia tiada yang kekal abadi namun
kasih sayang Allah pada hambanya tiada penghujung sebaliknya akhir hayat kita..
ye.. Allah tahu apa yang terbaik untuk kami.
Layangan kad telah ana kirimkan
seminggu sebelum hari lahir ummi namun tiada jawapan. Bagaikan satu penyeksaan
menanti jawapan ummi. Akhirnya hari jumaat angah sms ana, rancang balik kampung.
Dengan perasaan sedih itulah ana menerima pelawaan tersebut dan secara
kebetulan anak cikgu rusli pula bertunang.
Layanan Wan & org kg memang meriah.. hilang 10sion |
Secara rasionalnya, bila di
fikirkan inilah hikmahnya jika tidak dapat meraikan ulangtahun ummi akhirnya
dapat meraikan angah famly. Meskipun kita tak dapat sesuatu yang kita inginkan
namun Allah ganti yang lebih baik.
Wahai insan, hargailah setiap
insan yang hadir dalam hidup kita sementara
diantara kita diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan ini.
Kehilangan opah yang telah kembali kerahmatuallah amat dirasai.
Kadangkala kita terlalu sibuk
sehingga lupa untuk masa orang yang berada disekeliling kita, tetapi apabila
mereka pergi dalam hidup kita, baru kita menyesali kerana kehilangannya.
Mengapa semasa dia hidup kita tidak luangkan
masa bersama. Inilah persoalan yang akan bermain di hati kita, tiada bermakna
lagi jika dia telah meninggalkan kita. Maka dengan itulah hargailah dia dalam
hidup kita, jujurlah dalam berukhwah.
Sibuk macamanapun kita jangan
abaikan kasih sayang dan tanggungjawab kita antara satu sama lain.
Moga Allah berkati majlis ini dan
di mudahkan urusan. Selamat hari lahir buat ummi, angah yang dikasihi. Doaku
sentiasa bersama kalian meskipun sentiasa diberikan ujian dalam berukhwah.
Inilah ujian kasih sayang yang diberikan.
Cuti penuh dgn aktiviti berzanji & Marhaban. Anak amanah Allah yang perlu di jaga |
“Ya-Alllah seperti
mana Engkau kehendaki, peliharakan ukhwah ini, kekalkan kemesraan hati-hati
kami dan dijauhi segala hasad bagi mereka yang iri hati dengan ukhwah ini,
amiin ya rab”.
“Janglah kesibukan
kita sehingga ada hati yang rasa tidak dihargai dan merasakan terabai kasih
sayang,sedangkan ia adalah amanah Allah yang perlu di jaga;(“ Ya-Allah berilah
keampunan mu pada diri kami yang terleka.
No comments:
Post a Comment