Monday, January 7, 2013

PR Kesal Pengurusan Stadium Merdeka Tak Benar Untuk Himpunan Rakyat

KUALA LUMPUR 8 JAN : Setiausaha Dewan Pemuda Pas, Khairul Faizi Ahmad Kamil  melahirkan rasa kesal dengan sikap "double standard" pihak Pengurusan Stadium Merdeka  yang masih tidak memberi kebenaran kepada Pakatan Rakyat untuk menggunakan lokasi bersejarah itu untuk Himpunan Kebangkitan Rakyat pada Sabtu ini.

Beliau berkata,"  kami  berasa kesal dengan layanan yang diberikan oleh pihak pengurusan stadium walaupun mereka datang dengan cara baik.
Sebelum ini, pengurusan stadium langsung tidak memberi maklumbalas terhadap permohonan untuk mengadakan pertemuan".
Menurutnya, delegasi yang dianggotai setiausaha Angkatan Muda Malaysia (AMK), Julailey Jemadi telah menunggu di lobi PNB selama dua jam tetapi masih lagi gagal menemui pengurusan stadium.
Selepas menunggu hampir dua jam, seorang wakil pun tidak turun untuk berjumpa dengan kami dan memberi alasan sedang bermesyuarat,” .
“Ini negara demokrasi, mereka tidak patut tidak memberi kebenaran sedangkan tindakan kami ini mengikut apa yang disarankan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengadakan di stadium.
“Kita bukan memintanya percuma, kami akan bayar sewa stadium pada hari itu,” katanya semalam dalam sidang media.
PR mensasarkan sejuta peserta di dalam himpunan tersebut yang akan diadakan di Kuala Lumpur.
 Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI