Saturday, January 12, 2013

Mahasiswa Bersama Rakyat Tuntut Kebebasan Suara dan Pilihanraya Telus


Bersama mengangkat sepanduk mahasiswa
Kuala Lumpur 13, Jan : Student Power, Student Power, Hidup-hidup, Hidup Mahasiswa, Hidup-hidup Anak Muda, Hidup-hidup  Rakyat Malaysia,  Tolak-tolak, Tolak Kezaliman, Tolak-tolak, tolak rezim antara terma laungan mahasiswa yang diketuai oleh Syeikh Abd Kadir, President Mahasiswa di Masjid Ar-Rahman Universiti Malaya yang  berlangsung pagi semalam. 

Beliau berkata, "Himpunan HKL112 akan mencatit satu sejarah dimana mahasiswa tidak akan gentar walaupun di beri berbagai ancaman oleh pihak berkuasa. 

Ucapan Presiden Mahasiswa Syeikh Abd Kadir
Mahasiswa kerap di pukul, dibelasah dengan samsing jalanan. Apabila dibuat laporan polis, malangnya pihak berwajib hanya mendiamkan diri dan tidak memihak kepada mahasiswa. Keadilan tidak berlaku kepada mahasiswa yang menuntut hak bersuara sebaliknya terus di kecam. Hal ini amat mengecewakan semua mahasiswa", katanya 

Mohd Shaymi Azim, ketua rombongan  President Pelajar Pantai Timur pula berkata, kami datang tiga buah bas bergerak  daripada Pantai Timur dua hari dan tidur di Masjid untuk  serta ke Himpunan ini.

Kami ingin beritahu kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mahasiswa bersama rakyat hari ini bukan di upah, tetapi daripada keikhlasan kami sendiri. 

Kami juga ingin beritahu menteri-menteri dan semua rakyat Malaysia,  hari  ini adalah hari mahasiwa yang akan  mencetus sejarah Malaysia bahawa Mahsiswa bersama rakyat Malaysia menuntut hak dan ia bukan himpunan mana-mana parti, ujarnya. 
  
Tak terbilang umat yang hadir-Alhamdulilah
Menurut Shymi,  tuduhan yang dilontarkan oleh pihak berwajib terhadap rakan-rakan mahasiswa menyatakan kami   tidak mengambil peperiksaan dan sebagainya untuk serta dalam himpunan ini adalah satu penipuan yang tidak sepatutnya berlaku.

Ujarnya, "perkara ini tidak benar, Alhamdulilah  kami semua mahasiswa telah ambil peperiksaan dan tidak sedikitpun menggangu tugas kami sebagai pelajar. 

Oleh kerana kami semua telah di fitnah, maka semua mahasiswa Pantai  Timur bersepakat berjanji dengan nekad  mengambil pendirian menentang terhadap kerajaan yang zalim".

"PRU13 akan datang kami berhak untuk  membantu  dan menjadi pemantau pilihanraya bagi memastikan pilihanraya kali ini tidak dicemari dengan penipuan yang besar", katanya. 
Pancing Undi.. mahasiswa tak makan rasuah

Tambahnya lagi, "rata-rata mahasiswa  tidak berpuas hati apabila biasiswa di tarik balik,  mahasiswa tidak mendapat menyelesaikan pinjaman dengan diberikan kadar bunga yang tinggi. maka hari ini adalah hari untuk berubah dengan pergi bersama rakyat untuk melaungkan hak mahasiswa.

Dengan cara begini, besar harapan kami  agar pihak berwajib khususnya KPM mendengar suara rakyat dan mahasiswa", kata Syaimi dalam ucapan himpunan bersama mahasiswa di Masjid Ar-Rahman, disini.  

Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar pula mengajak rakyat Malaysia yang hadir meneruskan kesinambungan perjuangan Reformasi. 

Semangat semua pejuang. 
Katanya, sesi 2013 Kampung Kerinchi  akan mengukir sejarahnya kembali dimana dalam tempoh 15 tahun berbagai ujian telah diberikan kepada rakyat sehingga tercetusnya Reformasi mendesak perubahan pentadbiran negara dibawah pemimpin yang rakus. 

"Perubahan ini harus kita buat yang tidak semestinya di uruskan pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) tetapi yang kita perlukan pentadbiran yang di ketuai pempimpin berjiwa rakyat yang sentiasa memikirkan masa depan rakyat dan negara serta mendengar suara hati rakyat", katanya. 

Menurut Nurul Izzah, seorang pemimpin yang berkalibier sewajarnya menjadi pemimpin yang wajib mendengar suara rakyat dan tidak pentingkan diri sendiri, amanah dan telus dalam menjalankan tugas.  

Justeru, pada hari ini, saya menyeru terutamanya golongan mahasiswa menjalankan tugas sebaiknya. Di peringkat inilah mereka harus membuka minda dan mempelajari sejarah politik negara. Melihat kebenaran dan kesilapan setiap sesuatu yang berlaku di negara ini.  


Beliau berkata lagi, kita faham tugas mahasiswa bukan semudah itu. Mereka perlu belajar namun dalam masa yang sama mereka perlu menjalankan tugas memastikan tiada sebarang korupsi berlaku di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Kita tidak mahu mahasiswa  yang hanya  ada kelayakan akademik sahaja tetapi  dalam masa yang sama mereka sanggup  jual maruah diri kerana wang untuk kepentingan diri.  Mahasiswa mesti bebas daripada budaya yang tidak elok. 

Jika  mahasiswa terlibat dengan menjual harga diri kerana wang,  bagi saya ianya tidak bermakna. Mahasiswa harus bebas daripada rasuah, kata Nurul Izzah dalam ucapan Himpunan HKR112 bersama mahasiswa. 

Sehubungan itu, beliau juga merakamkan  terima kasih kepada semua anggota polis dan pihak berwajib yang tidak mencetus huru-hara dan memberi kerjasama dalam himpunan HKR112.  
Doa pimpinan yang di ketuai oleh Tok Guru Nik Aziz

Jelasnya, rakyat berhimpun secara aman mendesak kerajaan hentikan Projek Lynas yang meragut nyawa masyarakat, memberi pendidikan percuma, mengadakan Pilihanraya yang bersih. 

Jika kerajaan dan pihak SPR menjalankan pilihanraya yang bersih semua rakyat akan akur dan terima dengan redha. 

Dalam pada itu, beliau mengharapkan agar semua rakyat malaysia yang menyertai Himpunan ini mengikut arahan yang diberikan oleh pimpinan dan bersurai secara aman. 


Editor : Khaulah Azwar

http://www.suarapakatandaily.com/index.php?option=com_content&view=article&id=1660:mahasiswa-bersama-rakyat-tuntut-unditelus-dan-kebebasan-bersuara&catid=102:berita-kiri&Itemid=507

Respond rakyat


YB favourite ramai Nurul Izzah, bukn shj cantik manis, ttp berjiwa rakyat & bergeliga. YB2 PR beruntung sbb punya escort dn PA yg setia dan proaktif mcm escort paling comel tu Azwar Khaulah

  • Nurdiana Mokhtar sukakan ini.
  • Azwar Khaulah aduhai... kena lagi dgn kakak sorg ni.. comei milik Allah SWT, satu pinjaman, berkat doa mak, akak dan semua shbt2 yg x dpt hadir semua selamat. tapi kalau akak ada lg meriah kot..dpt naik kete lembah pantai..hehe..meriah mcm nak pilihanraya dah kak




No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI