Wednesday, July 4, 2012

To : DSAI - Kita Juga Guru Kepada Rakyat, Allah Tak Uji Hambanya


 Gombak, 5 Julai 2012: Ana harap sangat perjalanan kehidupan hari ini adalah lebih baik daripada semalam yang entah kenapa sejak akhir-akhir ini fikiran sedikit terganggu.. Sejak balik Reunion SMVPR.. rasa demam,sakit tekak mula mengganggu, sebagai kifarah..
 
Harapan hanya tinggal harapan, apabila dapat berita dan semua bahan berita hal ayahanda (DSAI).. 

So sad this morning..  Why  my dad (DSAI)..keluar statement cam tu? Macam orang patah hati. Bukan ke politik juga banyak mengajar rakyat berfikir.

Tanpa semua saf pimpinan pakatan yang mengajar,  rakyat dan  mahasiswa  tak tau untuk berfikir baik buruknya.  Terus menerus menjadi katak bawah tempurung, minda di jajahi dengan pentadbiran UMNO-B End yang kuno..

Kalian telah banyak buka minda rakyat untuk buat perubahan melalui pengajaran. So as daughter i must always support my dad  and mum  :-[

 SMS ana layangkan pada adikku Izzah..

Kadangkala kita memang rasa giveup, jadi lemah di satu tahap. 

Namun jangan terus mengalah kerana perjuangan kita begitu panjang untuk kebaikan ummah.

Dalam berjuang perlukan pengorbanan. Bila kita berjuang berbagai tekanan perlu kita tempuhi as emosi, rohani dan jasmani turut tergugat. Perlu cari kekuatannya.

Fitnah demi fitnah akan kita hadapi. Pilih lah antara meraih syurga atau sebaliknya,.

Kerja dakwah, politik bukan terletak dibahu seseorang, tetapi perlu sokongan dan kerjasama semua pihak agar tidak ada rasa terbeban.

Jadikan  kerja perjuangan ini sebagai amal jariah kita  demi ummah.


Namun  carilah kekuatan itu dengan mendekati Allah SWT, zikuruallah, almathurat, majlis usrah, pendekatan alim ulama.

Jadikan Nabi Muhamamad SAW role model terbaik darisegi pentadbiran di luar dan juga dirumah sehingga kegemilangan ISLAM dikecapi.

Baginda tidak sekali mengalah pada musuh2 nya.., Baginda tidak mahu musuh2 ISLAM ketawa riang apabila melihat kelemahan kita..
So..DSAI famly and all saf pimpinan PAKATAN Rakyat pls don't giveup.. kehidupan mesti diteruskan.. 

Pintaku.. ya-Allah berikan kekuatan kepada semua pimpinanan dan jentera2 PAKATAN untuk memikul tanggungjawab dan amanah yang diberikan rakyat dengan baik, amiin ya rab.

Adikku Izzah juga rasa terkejut dengan statement DSAI pagi ini yang tersebar luas.. namun insya-allah kita semua akan cuba menjadi tulang belakangnya, tq sis for supported.. kita berusaha, bukan pasrah... erm.. tak sanggup ana membaca smsnya lagi.. 

Ana dapat rasa kesedihan yang dipikul mereka sekeluarga since 1998 lagi.. 

Perkembangan dari semasa ke semasa, ana ikuti sehingga ukhwah ini terputik bersama keluarga ini. terus membantu setakat yang termampu sebagai sokongan moral pada keluarga.

Rasa panas badan ana semakin meningkat, kepala rasa sakit yang amat sangat, mampukah ana siapkan assignment hari ini.. pergi juga kerja.. kalau duduk rumah lagi bercelaru hati :(

 Fikiran terganggu dengan panggilan ayahanda SMVPR seawal pagi .. 

Minta kepastian lagi tentang isu berbangkit.. sure ana tak de jawapan untuknya.. 

Ya-Allah berilah aku kekuatan untuk hadapi ini, jauhi fitnah yang melanda insan yang ana sayang..

hu..hu... apa yang harus ana lakukan.. rasa batu besar menghimpap dada.. inilah akibatnya bahayanya lidah, dan jika selalu nak berahsia..  bagaimana ana ingin membantunya..

"Allah Tidak Akan uji hambanya mengikut kemampuan hambanya melainkan mengikut kemampuan hambanya".


Editor : Khaulah Azwar


http://suarapakatandaily.com/index.php?option=com_content&view=article&id=1431:dsai-kita-juga-guru-kepada-rakyat-&catid=102:berita-kiri&Itemid=507

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI