KUALA LUMPUR : Demonstrasi mansuh Pinjaman Perbadanan Tabung
Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyaksikan upacara kalungan bunga di
letak ke atas potret Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak
dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Upacara tersebut dilakukan di hadapan lebih 500 mahasiswa yang berhimpun di hadapan Kompleks Membeli Sogo di sini petang tadi.
Tindakan itu menurut Timbalan Presiden (KAMI), Khalid Mohd Ismath
sebagai tanda pemerintahan rejim Umno-BN yang mengepalai negara ini
harus berakhir.
“Ini menunjukkan kemuncak kekecewaan dan kemarahan kami golongan
mahasiswa terhadap segala kepincangan dan kegagalan kerajaan yang ada
sekarang ini.
“Jadi, kalungan bunga itu sebagai kemuncak tanda protes terhadap
pemerintahan Najib yang dilihat tidak bersungguh-sungguh membela rakyat,
memajukan negara apatah lagi untuk memberikan pendidikan percuma.
“Begitu juga dengan Menteri Pengajian Tinggi yang tidak peduli dengan
desakan mahasiswa,” jelas Khalid ketika ditemuramah media di
Dataran Merdeka.
Disamping kalungan bunga, sebuah replika batu nisan dengan perkataan
“Demokrasi by KPT” di letakkan di antara potret kedua pemimpin Umno-BN
itu.
Khalid menjelaskan upacara tersebut sekadar upacara simbolik dan tidak seharusnya dijadikan isu utama.
“Itu cuma simbolik bahawa kerajaan yang ada ini harus dikuburkan
kerana telah banyak menyusahkan rakyat samada golongan pelajar atau
bukan.
“Perbuatan mereka sebenarnya yang melampau dengan pelbagai
penyelewengan, rasuah, pembaziran dan sebagainya yang mana rakyat yang
menjadi mangsa sikap rakus dan tamak mereka,” tambah Khalid.
No comments:
Post a Comment