Shah Alam : Seluruh Rakyat Malaysia perlu bangkit menentang kezaliman Kerajaan Pusat yang bersungguh-sungguh ingin meneruskan Projek Lynas, kata Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor (DMPNS) Wan Hasrina Wan Hassan dalam sidang media Anti Lynas di Dataran Shah Alam petang semalam.
Kata beliau, "saya menyeru agar semua rakyat malaysia tanpa kira parti, jantina dan umur membuat bantahan secara aman kepada kerajaan pusat kerana sekiranya projek lynas diteruskan ianya bukan beri kesan di negeri Kuantan, Pahang tetapi seluruh negara di Malaysia disini".
Golongan wanita yang melahirkan anak juga akan berhadapan ancaman nyawa kesan rodioaktif, maka dengan itu seharusnya golongan wanita harus bangkit menentang Projek Lynas ini bukan hanya mendiamkan diri, ujar Wan Hasrina.
Tambahnya lagi, "beradanya saf pimpinan Pakatan Rakyat, Badan-badan bukan NGO, Mahasiswa-mahasiswa dan rakyat hari ini hanya menjalankan tanggungjawab kita sebagai rakyat prihatin.
Kita berhimpun secara aman untuk menyedarkan kerajaan Pusat agar hentkan projek lynas ini. Rakyat Malaysia harus menyedari kesilapan yang dilakukan kerajaan pusat".
"Tanggungjawab menolak projek lynas bukan terletak kepada pimpinan kerajaan (PR) yang terdiri daripada PAS, PKR, DAP tetapi rakyat yang menyokong UMNO juga harus menentang projek ini. Semua rakyat harus bertanggungjawab", kata Wan Hasrinah merangkap Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Zon 1.
Himpunan Aman dihadiri lebih 300 peserta berakhir jam 3.30 petang itu, masih dilaungkan rakyat yang hadir dengan STOP LYNAS, STOP BN, Takbir Allahuakhbar.
Editor :Khaulah Azwar
No comments:
Post a Comment