Exco Pendidikan, Pendidikan
Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali mendakwa Kementerian Pelajaran Malaysia,
Datuk Wee Ka Siong dilihat terlalu pasif dan bersifat reaktif.
Kata Dr Halimah, “kementerian
sentiasa dihantui dengan masalah-masalah yang timbul yang bersifat pokok
atau fundamental kerana melibatkan dasar dan polisi. Bukan sekadar masalah
implementasi atau perkara remeh dan bersifat teknikal”.
Contohnya, keputusan memulakan
dasar PPSMI tanpa membuat kajian menyeluruh memberi tekanan kepada pelajar seluruh sekolah
terutama sekali di luar Bandar untuk mengikuti dasar PPSMI.
Kajian telah dibuat, rata-ratanya
semua pelajar diluar Bandar terdiri ramai pelajar miskin Bandar tidak mampu untuk
mengikuti PPSMI sehigga menyebabkan jurang semakin melebar di antara anak orang
berkemampuan dengan anak marhaen.
“Kesan daripada itu, bukan sahaja
ibubapa Melayu luar Bandar rasa marah tetapi miskin bandar yang terdiri pelajar
Cina dan India di SJKC, SJKT dan guru- guru juga rasa tidak puas hati.
Berbagai rungutan yang saya terima
guru-guru yang mengajar Matematik dan Sains. Mereka tidak berkemampuan untuk mengikuti dasar PPSMI
dan tidak yakin untuk mengajar pelajar lagi”.
“Jika semua guru diberi tekanan
penambahan masa mengajar dan perlu mengikuti dasar PPSMI, saya bimbang memberi kesan
pembelajaran kepada pelajar”, kata Dr Halimah.
Menurutnya, ibubapa kelas menengah
yang mampu menghantar anak mereka ke kelas tambahan yang mahal dan diri mereka
sendiri adalah terdidik melalui sistem Inggeris. Akhirnya masing-masing menentang
satu sama lain.
Dr Halimah merangkap Timbalan Pengerusi Pendidikan PAS Pusat menjelaskan lagi, gejala ini berlaku kerana sikap kementerian yang suka mencuba-cuba perkara yang baru dan menjadikan pelajar dan guru sebagai makmal kaji uji. Kesannya yang menjadi mangsa rakyat itu sendiri.
Tambahnya, “dasar PPSMI sekaligus
membebankan pelajar dengan membawa buku-buku yang berat ke sekolah dan
menekankan mereka dengan peperiksaan yang menguji akademik bersifat hafalan
semata-mata”.
“Saya berpendapat, tindakan
kementerian pelajaran sekaligus melahirkan pelajar yang cepat mudah bosan dan benci belajar.
Walhal proses belajar sepatutnya
menyeronokkan. Barulah ia menjadi tabiat dan budaya sepanjang hayat”.
Justeru, sebagai Exco Pendidikan Kerajaan Selangor
mendesak agar Kementerian Pendidikan
Malaysia membuat kajian dengan teliti untuk kebaikan semua pelajar dan guru”.
“Perbincangan yang mahu dilakukan
seperti yang diuar-uarkan oleh Menterinya baru-baru ini MESTI menyeluruh
dan diberikan masa untuk dihazam dan dibuat projek perintis dahulu.
“Saya harap dengan kajian yang
hendak dibuat, mereka tidak perlu membazirkan
duit rakyat dengan dasar yang tidak boleh bertahan lama”,kata Dr Halimah kepada
media selepas sidang DUN penggal ke -5., di SUK Shah Alam, disini.
Editor : Khaulah Azwar
No comments:
Post a Comment