SHAH ALAM, 7 DIS : Penasihat Undang-undang PAS, Hanipa Maidin menyifatkan fenomena Politik Malaysia adalah politik samseng yang kini semakin berleluasa.
Katanya, kejadian ini berlaku kerana pihak berkuasa tidak mengambil tindakan tegas
terhadap penyokong Umno-BN yang melanggar batasan undang-undang.
Banyak aduan yang telah Pakatan Rakyat (PR) laporkan kepada polis berkenaan kejadian
samseng politik yang dilakukan oleh penyokong Umno-BN.
Akan tetapi tiada tindakan daripada Polis terhadap aduan-aduan
tersebut. Sebaliknya tindakan yang cepat dan tegas diambil oleh Polis
terhadap penyokong PR.
Ujarnya lagi, insiden membaling cat ke Bas milik PKR semasa
Jelajah Merdeka Rakyat di
Melaka, di mana seorang pemuda di rakam dalam
perbuatan itu.
Begitu juga dengan insiden “senaman punggung” di hadapan rumah Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasan.
Sebaliknya tindakan pula diambil terhadap mereka yang menyertai siri
perhimpunan Bersih di Kuala Lumpur sehingga diburu dan ditahan oleh
Polis.
Begitu juga dengan beberapa pemuda yang diburu sehingga terpaksa
meminta maaf secara terbuka kerana memijak gambar Perdana Menteri, Datuk
Seri Mohd Najib Razak pada satu perhimpunan Ogos lalu.
Politik samseng adalah satu keadaan di mana mereka yang
terlibat tidak bersedia dengan kepelbagaian idea dan akhir sekali
mencetuskan pertembungan fizikal.
“Sewajarnya politik adalah pertukaran idea dan kebebasan serta diberi ruang untuk melontar pendapat.
“Pihak yang terlibat dengan samseng ini apabila idea mereka ditolak oleh golongan masyarakat,” katanya.
“Apabila idea mereka tidak boleh diterima dan ditolak oleh masyarakat
maka (mereka) tidak senang dengan keadaan ini serta iri hati dengan
idea-idea yang dikemukan sesuatu pihak maka di situ timbulnya politik
samseng,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Wacana Sinar kali ke-16 yang mengetengahkan topik ‘Politik Samseng Di Mana Maruah Kita’.
Kira-kira 500 hadirin hadir dalam wacana itu yang diadakan di
Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di Seksyen 15 di sini.
Turut tampil dalam wacana ini, Presiden Institut Integriti Malaysia,
Datuk Dr Mohd Tap Salleh, Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan
dan Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
Editor : Khaulah Azwar
No comments:
Post a Comment