Tuesday, November 6, 2012

Nurul Izzah Akan Saman Media UMNO Putar Belit Kenyataan Akidah

SHAH ALAM, 6 NOV : Saya akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia, Berita Harian dan beberapa blog media berkaitan laporan isu kebebasan beragama, yang didakwa berunsur fitnah, kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dalam sidang medianya.

Izzah dalam satu kenyataan media menegaskan, beliau  mengarahkan dua peguamnya, Hanipa Maidin dan Sulaiman Abdullah untuk melaksanakan tindakan tersebut.

“Saya telah mengarahkan peguam saya, Hanipa Maidin dan Sulaiman Abdullah untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia, Berita Harian, serta kemungkinan beberapa media termasuk blog-blog, berkaitan laporan berunsur fitnah aqidah yang memutar belitkan sebahagian dari kenyataan penuh saya tempoh hari.

“Saya tidak merelakan fitnah aqidah sebegini diteruskan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang, demi menegakkan kebenaran dan demi keadilan,” katanya.

Semalam, muka depan Utusan Malaysia menyiarkan artikel bertajuk ‘Melayu Bebas Pilih Agama?’ dengan memetik laporan portal Malaysiakini berhubung kenyataan Izzah.

Laporan itu berkata, pada forum ‘Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab’, Nurul Izzah didakwa menegaskan bahawa setiap rakyat di dalam negara ini tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama-agama tertentu.


Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI