Monday, September 17, 2012

Sah PRK Kampus Bukti ada Campur Tangan Politik Luar




Gombak, 18 Sept : Lebih 800 mahasiswa berarak dan berkumpul dari Masjid Jamek ke perkarangan pusat membeli belah Sogo bagi menyatakan tuntutan kepada KPT untuk melaksanakan enam tuntutan ‘Deklarasi Mahasiswa’.

 Enam tuntutan tersebut ialah penetapan tarikh pilihan raya kampus, mahasiswa terlibat menguruskan pilihan raya kampus, pemantauan pilihan raya kampus, kebebasan berkempen, sistem pengundian telus dan peruntukan dana kepada calon, kata Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohd Safwan Anang.

Menurut Safwan, rata-rata mahasiswa sudah menjangka penetapan tarikh Pilihan Raya Kampus (PRK) secara serentak pada 20 dan 25 September ini membuktikan wujudnya campurtangan ‘orang politik’ sebelum ini benar.

Dakwaan Ahli Parlimen Machang, Datuk Saifuddin Nasution Ismail 20 Jun bahawa terdapat satu konspirasi PRK yang dipanggil ‘OPS 2020′.

Dokumen ini didakwa mengandungi penlibatan beberapa agensi kerajaan seperti polis dan Biro Tata Negara (BTN) yang akan menetapkan bila tarikh PRK ini akan berlangsung.

Bagaimanapun hasrat Saifuddin untuk membahaskan perkara ini di parlimen tidak dihiraukan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaleed Nordin.

Ujar Safwan, langkah ini jelas, menghakis kuasa autonomi kampus dan sepatutnya tidak perlu campurtangan orang luar.

“Sepatutnya tidak pernah berlakunya tarikh pilihan raya kampus secara serentak di kebanyakkan kampus. Sekarang mengejutkan kita.

“Sekarang KPT umumkan pilihan raya berjalan serentak cuma beberapa kampus berlangsung pada tarikh lain,” katanya ketika dihubungi  media.

Jelasnya, PRK sepatutnya berlangsung pada Mac atau April namun ditangguh sehingga pengumuman tarikh dibuat oleh KPT.

“Kami rasakan mengapa setiap kali PRK mesti timbul isu universiti tidak mengumumkan tarikh berkenaan lebih awal.

“Bayangkan setengah universiti diberi masa dua minggu untuk membuat persediaan. Jadi sebab itulah kita turun untuk menuntut enam tuntutan,” katanya.

Tarikh pilihan raya ini sepatutnya dimasukkan terus dalam jadual tahunan dan bukannya membuatkan mahasiswa tertanya-tanya mengenainya, kata Safwan.


 Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI