Tuesday, September 18, 2012

Pengurusan Pentadbiran Sekolah Jangan Berat Sebelah



Bangsar : Sikap ‘double standard’ pihak sekolah  yang hanya membenarkan parti Barisan Nasional (UMNO) menggunakan sekolah sebagai pentas politik mereka di selar oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Perkara ini bukan baru berlaku tetapi semenjak  Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih pentadbiran beberapa negeri. 

Jika benar pihak sekolah tidak mahu institusi ini dicemari politik seharusnya tidak membenarkan semua parti menggunakan sekolah.

“Saya tidak puas hati cara pengurusan begini kerana pihak sekolah hanya beri kebenaran kepada UMNO untuk mengadakan pelbagai aktiviti bersama ibubapa dan pelajar, tetapi apabila pimpinan pembangkang ingin menyampaikan sumbangan kepada sekolah, kita  tidak dibenarkan guna sekolah. Budaya berat sebelah, pilih bulu seharusnya di cantas”, ujarnya.  
Bersama Guru2 yang mengajar  adik2ku (Nurul Izzah, Nurul Ilham, Ehsan).

Menurut Nurul Izzah, baru-baru  ini  beliau berusaha mengutip derma kilat bagi  membantu  ibubapa yang tidak dapat menyelesaikan bayaran yuran sekolah.   Pihaknya berjaya mengutip dana untuk melunaskan yuran Sekolah Agama Sri Pantai meringankan bebanan ibubapa.

Katanya, “bantuan tersebut kita serahkan kepada pihak sekolah tetapi malangnya pihak sekolah tidak membenarkan saya masuk ke premis sekolah mahupun di luar pagar sekolah. 

Pihak Sekolah bimbang jika pimpinan pembangkang menggunakan sekolah akan dikenakan tindakan kerajaan Pusat”.

“Umno-BN menjadikan sekolah medan pertempuran sempit mereka, dan menanam budaya tengik bengik  untuk memecah belah di kalangan pelajar, kakitangan guru dan ibubapa.

Budaya politik yang dibawa UMNO yang cuba mempengaruhi guru-guru dan kakitangan sekolah sedikit sebanyak tidak disenangi ibubapa. Rungutan ini sering saya terima”, ujar Nurul Izzah kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan lap top kepada pelajar cemerlang UPSR   di SJKT Jalan Bangsar, disini.

Dalam masa yang sama beliau turut merakamkan ucapan Selamat Maju Jaya bagi semua pelajar yang menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

“Pendidikan sangat penting untuk semua pelajar kerana tanpa pendidikan Negara ini tidak akan diuruskan oleh generasi yang berilmu, beribawa dalam membentuk Negara yang berwawasan.”.

Semua pelajar harus ingat mereka adalah aset Negara yang sangat penting. Jika mereka lalai dalam pelajaran apakah  impian ibubapa dan pimpinan  Negara  ingin melihat  Negara ini diuruskan dengan baik akan tercapai. Justeru, usaha harus dipertingkatkan,  kata Nurul Izzah merangkap Naib Presiden Keadilan.   


Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI