Wednesday, September 19, 2012

Penduduk Kampung Laksamana Puas Hati ADUN Atasi Projek ICU Yang Terbengkalai




Batu Caves : Penduduk Kampung Laksamana  Jalan 2 di sini berhadapan dengan masalah bau busuk ekoran pembinaan longkang yang dibina oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) tidak memenuhi spesifikasi menyebabkan air sering bertakung.

Pojek ICU yang dibina UMNO terbengkalai diatasi Pakatan Rakyat (PR)

Menurut  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Amiruddin Shari  projek di bawah Kerajaan Umno-BN itu  telah  dilaksanakan  dua tahun  lepas dan siap,  namun masih terdapat kecacatan kerja yang dilaksanakan sehingga kawasan ini sering mengalami banjir teruk apabila musim hujan.

Katanya,  masalah banjir yang dialami penduduk disini, telah  saya usulkan kepada kerajan negeri.

“Alhamdulilah kerajaan negeri  bersetuju bekerjasama dengan MARIS  dengan  memperuntukan sebanyak RM200 ribu  bagi membantu menaiktaraf  pembinaan longkang tersebut.   Kerja naiktaraf  parit telah dilaksanakan tahun lepas.

Begitu juga bagi  kawasan jalan 1, 6, 4  dalam proses naiktaraf. Terdahulu kerja pembinaan longkang yang dibuat tidak   ikut ukuran”.

Pembinaan longkang itu adalah bertujuan mengalirkan air dari setiap kawasan perumahan ke sungai berhampiran.

Namun katanya, pelaksanaan kerja yang tidak selaras oleh kontraktor terbabit yang dilantik kerajaan terdahulu mengakibatkan longkang tersebut berubah menjadi kolam takungan, pembiakan nyamuk aedes dan banjir, kata Amiruddin selepas lawatan turun padang ke kawasan Kampung Laksamana bersama wakil Jurutera Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Ahli Majlis MPS Zon 13, Azizul Abu Bakar dan wakil Jawatankuasa penduduk.

Sementara itu, Jawatankuasa Penduduk, Krishnan a/l Chety   pula berkata“asalnya  kawasan itu mempunyai longkang kecil, kemudiannya mereka (Umno-BN) bina longkang baru.

Longkang baru berukuran 300 x 300 tidak mengikut spesikasi. Jadi mereka gunakan longkang sedia ada itu untuk sambung ke sungai”.

“Isunya ialah kontraktor buat longkang dari sungai tarik ke jalan menyebabkan longkang sedia ada menjadi tinggi (cetek) dan tidak bertemu apabila siap. Hal itu yang menyebabkan air mula bertakung dan sering berlaku banjir,” katanya.

Tambahnya, kesan daripada itu, nyamuk Aedes juga mula membiak dan memenuhi sekitar kawasan perumahan. Penduduk sering mengalami kerugian besar akibat banjir.

Malah katanya, penduduk telah mengadukan perkara tersebut kepada Pejabat Umno-BN, namun tidak dilayan hingga menyebabkan masalah itu berlarutan sehingga ke hari ini.
Alhamdulilah, kemelut penduduk isu banjir selesai 4thn PR perintah

“Saya juga ada berhubung dengan MPS, tetapi mereka juga tidak boleh berbuat apa-apa kerana projek itu tidak merujuk kepada PBT dan pejabat daerah.

Kerja yang dilaksanakan kerajaan terdahulu seperti terbengkalai dan mengecewakan penduduk disini,” katanya lagi.

Namun perkara ini telah mendapat perhatian sewajarnya dariapada ADUN dan telah membawa isu ini kepada kerajaan negeri.

Pembinaan longkang yang dibuat berukuran 900 x 900 oleh MARIS akhirnya masalah yang dihadapi penduduk selesai.

Kita rasa puas hati apabila projek ICU yang terbengkalai dibawah kerajaan UMNO dapat diselesaikan dibawah pengurusan kerajaan Pakatan Rakyat,  ujarnya. 

Editor : Khaulah Azwar


Respond.. 

 

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI