Wednesday, August 29, 2012

Jom Pakat meriah Malam Kemerdekaan Bersama PAKATAN Rakyat Selangor

SHAH ALAM 30 OGOS : Sempena Sambutan Malam Kemerdekaan ke-55 dan Hari Malaysia peringkat negeri, Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat akan meraikan sambutan tersebut pada Khamis, 30 Ogos di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Bertemakan Sebangsa, Senegara, Sejiwa, sambutan itu akan berlangsung bermula pada jam 8.30 malam.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pelbagai acara disediakan kepada orang ramai antaranya perbarisan dan perarakan 56 kontinjen yang terdiri daripada pasukan tentera, jabatan kerajaan serta badan bukan kerajaan.

Katanya, Kerajaan Negeri juga menyediakan persembahan kebudayaan dan keseniaan serta persembahan istimewa iaitu kawad senyap oleh pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Sambutan itu  akan diserikan dengan kehadiran Penasihat Ekonomi Negeri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga akan menyampaikan ucapan sempena sambutan kali ini.

Justeru, "orang ramai khususnya rakyat Selangor dijemput datang bagi memeriahkan sambutan ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Abdul Khalid mewakili barisan pimpinan Kerajaan Negeri juga mengucapkan Selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan dan Selamat merayakan Hari Malaysia yang ke-49 kepada seluruh bangsa Malaysia di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.



Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI