Cheras : Mesyuarat Exco Selangor pada 27 Jun, 2012 sebulat
suara bersetuju mengambil milik tanah bersebelahan Sekolah Jenis Kebangsaan
Cina (SJKC) Tchi Min bagi membolehkan sekolah itu menambah bangunan kelas
darjah baru.
Exco Kerajaan Negeri, Teresa Kok berkata dalam
sidang media, “ Kerajaan Negeri prihatin dengan keperluan pelajar yang
semakin meningkat.
Setiap Tahun Selangor melalui portfolio Exco
Pendidikan, Pendidikan Tinggi Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali memperuntukkan
RM 4 juta untuk pembangunan 109 buah SJKC. Manakala RM 4 untuk Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil (SJKT) dan RM 6 juta untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR)”.
Justeru, “kerajaan negeri bersetuju untuk
mengambil milik tanah tersebut memandangkan sekolah yang berada di Sungai Pelek
ini mengalami masalah kekurangan ruang bilik darjah sejak sekian lama”,
katanya.
Menurutnya, proses ini dilakukan mengikut Seksyen
3(1)(a) Akta Pengambilan Tanah untuk mengambil-milik sebahagian tanah-tanah di
sebelah sekolah tersebut.
Pengambilan tanah itu melibatkan lot 99 (0.9981 ekar) dan lot
100 (1.6324 ekar) di Pekan Sungai Pelek untuk kegunaan penambahan bangunan
bilik darjah bagi sekolah tersebut.
Ujar beliau lagi, “permohon pihak sekolah untuk
tanah lapang di hadapan pintu besarnya telah ditolak oleh pentadbir tanah
kerana tanah tersebut digunakan penduduk Sungai Pelek.
“Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim telah mengarahkan Pejabat Tanah Sepang untuk mendapatkan tanah di
persekitaran sekolah tersebut untuk diserahkan kepada mereka (pihak sekolah).
Pada masa sama, saya juga pernah meminta rakan
saya untuk menghubungi tuan tanah di sebelah sekolah supaya menjual ataupun
memberi tanah mereka kepada pihak sekolah. Namun usaha saya dan pejabat tanah
gagal,” kata Teresa.
Teresa menambah, “proses mengambil-milik oleh
Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) akan selesai sepenuhnya dalam tempoh
tiga atau empat bulan.
“Sementara kos pengambilan dan kos ukuran tanah
akan ditanggung oleh pihak sekolah manakala kerajaan negeri akan membantu dalam
aspek kutipan dana.
Parti DAP dan pihak lembaga pengarah sekolah
juga akan mengadakan beberapa aktiviti untuk mencari dana pembangunan berkenaan”,
katanya.
SJKC Tchi Min dibina pada tahun 1938 dan
mempunyai 280 orang pelajar setakat ini.
Editor : Khaulah Azwar
No comments:
Post a Comment