Shah Alam : Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan
Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, Dr Halimah Ali menyelar sikap tindakan
isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengumumkan semua guru taman
asuhan kanak-kanak wajib mengikuti
kursus anjuran permata.
Dr Halimah berkata, “saya rasa pelik dengan sikap
Datin Sri Rosmah Mansor, apa hak beliau dan apa jawatannya? Kenapa dia pula
yang umum nak wajibkan kursus Permata?
“Adakah dia Menteri Pelajaran, kenapa dia sibuk
macam Menteri Wanita pula?. Ini membuktikan beliau cuba mengambil alih jawatan
Menteri wanita yang di pegang suaminya.
Yang jadi Menteri Wanita dan Kebajikan ni adalah
suami dia bukannya dia, jadi kenapa dia pula yang nak jadikan ia sebagai satu
dasar?” Soal Dr Halimah dalam sidang media selepas Sidang DUN di SUK, Shah
Alam.
Menurut Dr Halimah orang yang buat dasar
mewajibkan kursus atau apa sahaja mestilah seseorang yang medapat mandat
rakyat, bukannya berdasarkan kedudukan beliau sebagai isteri Perdana Menteri.
Dr Halimah yang merupakan ADUN Selat Klang
menambah lagi, “pengalaman panjang dan pengetahuan pengusaha taska di negara
ini juga boleh dijadikan sumber rujukan oleh kerajaan untuk melaksanakan
sesuatu dasar.
“Kementerian perlu mencari orang yang pakar
mengkaji secara menyeluruh apa yang patut dilakukan, bukannya kerana desakan
politik atau hendak menonjolkan Permata itu.
Biarlah bini Aku Bersuara, kalau tak habis Aku kena belasah nanti |
Ada banyak pengusaha taska yang telah beroperasi
berpuluh tahun dan mempunyai pelbagai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang
ini”, katanya.
Dalam pada itu, beliau turut mempersoalkan“kenapa
kita tidak kumpulkan mereka ini dan mereka boleh berikan input terbaik daripada
mereka?.
Sebab itulah saya tanyakan tadi adakah Menteri
yang mendapat mandat rakyat untuk buat dasar ini arahkan atau siapa?”.
Dr Halimah juga beranggapan ‘pengumuman’ Rosmah
tersebut sebagai salah satu usaha isteri
PM, Rosmah Mansor untuk meraih publisiti dari masyarakat umum.
Editor : Khaulah Azwar
No comments:
Post a Comment