Thursday, July 12, 2012

Adun Umno-BN Tidak Ikut Tatacara DUN, Panggil Exco “You”.

SHAH ALAM : Dua Adun Umno-BN ditegur dalam Sidang Dewan Negeri (DNS) hari ini berhubung tindakan mereka yang tidak mengikut tatacara DNS.

Di awal perbahasan, Sulaiman Abdul Razak (Permatang – BN) di tegur Speaker, Datuk Teng Chang Khim kerana tidak meminta izinnya untuk bertanya soalan kepada Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri, Dr. Halimah Ali.

Malah, Sulaiman turut tidak memanggil Teng dengan panggilan ‘Tuan Speaker’ apabila bercakap dengannya di dalam DNS itu.

Teng berkata perbuatan Sulaiman itu seolah-olah membelakangkan peranan Speaker sebagai Ketua Dewan.

“Adun sepatutnya meminta izin (laluan) daripada saya sebelum ingin mencelah atau mengemukakan soalan kepada pembahas. Dalam mana-mana mesyuarat seorang ahli perlu meminta izin pengerusi sebelum bertanyakan soalan.

“Ini tidak, dengan saya pun Yang Berhormat tidak panggil saya ‘Tuan Speaker’, sedangkan bercakap terus kepada saya,” katanya.

Sementara itu, selang beberapa minit kemudian, Mohd Isa Abu Kasim (Batang Kali-BN) turut diberikan teguran yang sama oleh Timbalan Speaker, Haniza Mohamad Talha.

Beliau ditegur kerana bercakap menggunakan panggilan ‘You’ kepada Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar ketika mengajukan soalan.

Bagaimanapun, beliau memberi alasan terpaksa menggunakan panggilan  itu kerana Timbalan Speaker lambat bertindak.

“Panggilan yang sepatutnya ialah Yang Berhormat (YB) atau Ahli Dewan bukan ‘You’,” tegur Haniza.

Suara editor : wakakah... bila jadi macam ini,  teringat pagi semalam breakfirst , UMNO-PAS  yb2 (Yang bersara) bersidang dekat Taqwa, lawak2 sidang semua ada, buat ana tersenyum.. terkial2 nak menelan makanan sebab tekak sakit.. tapi sebab nak jaga hati orang gagahkan juga untuk makan bersama. 

Walaupun ideogi politik berbeza namun masih lagi bershabat. Moga dibuka pintu hati mereka satu hari nanti.  Tq semua yb2..

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI