Sepang : Exco Hal Ehwal Wanita,
Rodziah Ismail telah merasmikan Pusat Wanita Berdaya (PWB) sempena Festival
Wanita Selangor.
Beliau dalam ucapannya
berkata, PWB merupakan pusat aktiviti
wanita setempat bertujuan untuk memberdaya wanita dalam berbagai bidang.
Penjenamaan semula dan
pengiktirafan duapuluh satu Pusat Wanita Berdaya (dahulunya dipanggil Pusat
Komuniti Wanita).
Antara aktiviti yang
tekankan ialah peningkatan ilmu-ilmu semasa yang melibatkan penggunaan
teknologi seperti IT, usaha-usaha peningkatan status ekonomi, celik
undang-undang dan hak insan, pengisian berkaitan kesihatan holistik wanita,
kekeluargaan, alam sekitar dan lain-lain lagi.
Ujarnya lagi, Pelan
Tindakan Wanita Negeri Selangor telah menyasarkan kategori wanita berkerjaya
dan mereka yang bekerja dalam sektor informal, para suri rumah, ibu tunggal,
remaja perempuan, wanita muda, wanita warga emas, OKU, orang asli, wanita
migran, wanita industri dan wanita yang berpendapatan rendah sebagai yang wajar
diberi perhatian dalam langkah-langkah memberdayakan wanita Selangor.
Khidmat yg sangat baik untuk wanita di Selangor
telah diambil contoh oleh kerajaan persekutuan dan lain-lain negeri-negeri di
Malaysia; itu menandakan bahawa Wanita Selangor memimpin dalam mencorak
kemajuan dan masa depan wanita di negara ini.
Beliau kata
demikian dalam ucapan Festival Istimewa Untukmu Wanita, anjuran
Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor di Pekan Salak,
Sepang,
Selangor yang bertemakan “Wanita Berdaya, Selangor Berjaya”
Sementara itu,
Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, dalam ucapannya
”Saya dan Azizah hadir hari ini memberi galakan yang tidak terhingga kepada
wanita Selangor.”
“Peranan wanita itu
tidak difahami secara tradisional di mana peranan wanita telah dikhususkan
hanya dalam lingkungan kehidupannya di rumah dan rumahtangganya.
Sejarah Islam dan
manusia telah merakamkan peranan wanita sebagai sumbangan yang sangat besar
sehingga Perjanjian Aqabah ke dua di sebut juga dengan nama Aqabah An Nisa’
kerana hadirnya wanita dalam ikrar menegakkan kebenaran dan keadilan serta
membela mereka yang dizalimi, membebaskan mereka dari belenggu perhambaan
manusia oleh manusia di kala itu
, “ katanya.
, “ katanya.
Jelas Anwar lagi, dewasa
ini semuanya membicarakan bahawa wanita itu penting, tapi adakah semuanya
memberi keadilan kepada wanita?
Di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia, wanita
berada di tahap yang cukup cemerlang tetapi adakah penyertaan wanita setimpal
dengan kemampuannya?
Wanita adalah tunggak Negara, Wanita adalah aset penting Negara, Wanita adalah penyumbang kepada pertumbuhan
ekonomi negara, dan macam-macam lagi bicara enak tentang wanita.
Tetapi apabila ingin
meletakkan wanita dalam barisan pembuatan dasar dan keputusan, bermacam-macam
alasan diberi, terutamanya alasan pergerakan wanita itu terhad, khususnya di
malam hari.
Apa yang diperlukan
ialah harus ada langkah yang lebih berani untuk meletakkan wanita itu di status
yang sewajarnya sejajar dengan bicara-bicara bahawa wanita itu penting dalam
menjayakan segala hasrat dan tujuan agenda reformasi negara.
Begitu juga dalam
menetapkan barisan calon-calon dalam pilihan raya, wanita sering tidak
dipertimbangkan.
Maka mesti ada usaha yang
lebih, ada langkah jitu dan berani untuk menetapkan dalam pilihan raya akan datang
calon-calon wanita di Dewan Negeri dan Parlimen.
“Bila Najib Razak nanti
menjadi ketua pembangkang, barisan kabinet menteri dan timbalan menteri akan
menyaksikan satu bilangan wanita yang jauh lebih ramai dari yang pernah disaksikan
sepanjang sejarah pemerintahan negara ini.
“Pakatan rakyat akan memberi
ruang dan peluang yang secukupnya kepada wanita untuk didengari langsung dari mereka.
“Golongan anak muda,
peneroka FELDA dan lain-lain, segala isu yang penting dan memberi kesan kepada
kehidupan mereka sebagai ibu, isteri, anak, pekerja dan lain-lain peranan yang
dipenuhi.
“Dalam konteks pendirian
Islam, soal keyakinan dan aqidah berkaitan juga dengan usaha-usaha memartabatkan
kedudukan wanita dalam berbagai kapasiti, aktivisme kehidupan mereka serta
dalam menangani permasalahan yang berkaitan.
“Begitu juga dalam sistem mahkamah syariah, pentadbiran
dan perlaksanaannya wajarlah diimplementasikan dengan adil dan saksama.
“Para qadi harus prihatin dan menjamin
keadilan sebenarnya bagi isteri, suami dan anak-anak. Islam itu kuat dengan hukum tetapi keadilan
itu tidak akan berlaku jika sistem tidak ditadbir dengan telus dan baik.
“Institusi dalam negara
itu mestilah kukuh dan memberi jaminan kepada para isteri apabila suaminya
meninggal dunia atau kurang berupaya dalam usaha mencari nafkah untuk
keluarga.
Sekiranya wanita,
isteri, dan ibu ditinggalkan tanpa jaminan, maka ia bermakna ada kekurangan
dalam sistem kenegaraan dan pentadbiran negara yang perlu diteliti dan
diperbaiki.
Pengumpulan dan catatan
dari database dan hasil kaji selidik
bukan hanya merupakan angka dan statistik, tetapi ia mestilah menjadi panduan
utk menetapkan langkah-langkah komprehensif dan melaksanakan tindakan presis
untuk memberi jaminan kewangan kepada wanita Malaysia yang perlu pembelaan”,
kata Anwar.
Anwar merangkap Ahli
Parlimen Permatang Pauh menambah lagi, “Skim Nasional Wanita akan di laksanakan
segera apabila Pakatan Rakyat berjaya menempa teraju kepimpinan Putrajaya.
“Paktan Rakyat akan
sentiasa menjanjikan apa yang boleh ditunaikannya.
Penasihat Ekonomi
Negeri Selangor itu juga juga telah menyentuh soal kepimpinan yang
bertanggungjawab dan telus dalam mengurus pendapatan dan kewangan negara, milik
rakyat Malaysia”, ujar Anwar.
Sehubungan itu, Anwar juga lahir rasa kesalnya
apabila kerajaan Pusat yang di pimpin Najib, membela ibu tunggal hanya diberi
beberapa puluh ringgit, tetapi elit negara mendapat komisyen ratusan juta,
bahkan dibantu oleh pinjaman-pinjaman yang bernilai ratusan juta jua.
Menurut Anwar, Skim Nasional Wanita yang dianjurkan
oleh Pakatan Rakyat ini merupakan caruman wajib untuk jaminan masa depan
wanita.
Malaysia akan menjadi negara
yg pertama melaksanakannya di rantau ini apabila Pakatan Rakyat menduduki
Putrajaya nanti.
Hadir sama Majlis Festival, isteri Menteri Besar
Selangor yang juga Pengerusi Pekawanis.
Beliau telah melancarkan Laman Dapur Wanita Desa yang menjadi satu lagi
produk baru di bawah Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor.
Editor : Khaulah Azwar
No comments:
Post a Comment