Wahai orang-orang yang beriman!
Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu
dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
Iaitu, kamu beriman kepada
Allah dan RasulNya, serta kamu berjihad menegakkan agama Allah dengan
harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi
kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
(Dengan
itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam
syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta
ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga "Adn".
Itulah kemenangan yang besar.
Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu
sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa
berlakunya di-dunia ini) dan sampaikanlah berita yang menggembirakan itu
kepada orang-orang yang beriman. (al-Saff: 10 – 13).
Allah s.w.t. akan
mengurniakan kemenangan kepada penolong-penolongNya dalam dua bentuk,
iaitu kemenangan yang besar (الفوز الغظيم) di akhirat dan kemenangan
yang hampir (فتح قريب) di dunia.
Kemenangan akan diperolehi dengan
bantuan Allah s.w.t. (نصر من الله) setelah kita mempersiapkan ahli-ahli
parti yang beriman dan berakhlak, komited, pimpinan-pimpinan parti yang
berilmu, jentera-jentera parti yang tersusun dan strategi-strategi parti
yang tepat.
No comments:
Post a Comment