SHAH ALAM, 17 APR : Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh dalam sidang media petang semalam mendakwa
cubaan MCA memberi kad pengenalan kepada
warga asing melalui program MCA Road Show & Free Medical Check-up semalam.
Hannah berkata, “kerajaan Barisan Nasional (BN) semakin
terdesak untuk memenangi piliharaya akan datang dengan cubaan memberikan kad
pengenalan kepada warga asing”.
“MCA cuba berselindung disebalik program kemasyarakatan yang
dijalankan dengan menawarkan kad pengenalan kepada warga asing yang datang
berkunjung ke program itu.
“Kebanyakan penduduk yang berada disini merupakan warga Indonesia dan mereka diberi kad pengenalan dengan syarat mengundi BN dalam pilihanraya akan datang,” katanya.
Terdahulu, MCA menganjurkan Road Show & Free Medical Check up yang berlangsung semalam di Jalan SS19/1, Off Jalan SS19/7A, Subang Jaya.
Sementara itu, ADUN Kota Alam Shah, Manoharan Malayalam pula menegaskan pemberian kad pengenalan sewenang-wenangnya menunjukkan UMNO-BN adalah pengkhianat kepada negara dan rakyat negara ini.

“Kita kesal, pemberian kad pengenal sewenang-wenangnya
kepada warga asing sedangkan masih ramai lagi rakyat Malaysia yang tidak
mempunyai kad pengenalan.
Ramai rakyat Malaysia terpaksa menunggu bertahun-tahun untuk
mendapatkannya tetapi kerajaan UMNO-BN memberikan sesuka hati kepada warga
asing,” katanya.
Hadir sama dalam sidang media itu, Saari Sungip ADUN Hulu Klang berpendapat, tindakan yang dilakukan oleh Umno-BN ini merupakan tindakan yang keji bagi mempastikan mereka akan menang di pilihanraya ke-13 nanti.
Katanya lagi, tuntutan yang terkandung dalam Bersih 3.0 meminta Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) membersihkan senarai nama pemilih ternyata tidak membawa kesan kerana UMNO-BN berterusan menjalankan taktik kotor ini.
“Tindakan ini bukan pertama kali didedahkan tetapi sudah banyak kali terjadi namun pihak SPR masih berdiam diri dan tidak mengambil apa-apa langkah yang sewajarnya,” jelasnya lagi.
Sehubungan itu, adalah wajar bagi seluruh rakyat untuk turun pada Bersih 3.0 dan menunjukkan tanda protes terhadap ketelusan SPR untuk menjalankan pilihanraya yang bersih dan adil.

Editor : Khaulah Azwar
No comments:
Post a Comment