Tuesday, February 14, 2012

Program Pembangunan Insan Di Teruskan


Bestari Jaya :Kerajaan Selangor akan terus melaksanakan program pembangunan insan dalam usaha menangani masalah gejala sosial yang kian mengancam generasi muda di negeri ini.

Exco Pendididikan,Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Dr Halimah Ali berkata, “rentetan kejayaan Kempen Anti Zina sebelum ini telah membuatkan kerajaan negeri Selangor meneruskan kempen tersebut untuk siri ke-6 sehinggalah isu gejala sosial yang melanda masyarakat dapat dibanteras.

Jelasnya, " Negeri ini namanya negeri Darul Ehsan, maka makna Ehsan itu perlu diterjemahkan dalam konteks yang sebenar”.

“Proses mengehsankan insan itu dengan melalui modul yang dijalankan dengan program SPIES," kata Dr Halimah semasa Majlis Pelancaran Anti Zina Siri-6 yang berlangsung di Universiti Selangor (Unisel), Bestari Jaya, di sini.

Menurut Dr Halimah, masalah gejala sosial yang melanda masyarakat Melayu semakin membimbangkan. Statistik menunjukkan masyarakat Melayu banyak terjebak dengan aktiviti tidak bermoral lantas memerlukan pendekatan yang kukuh bagi memastikan masalah ini ditangani dengan secara berhemah dan berjaya.

" Program Anti Zina ini telah dilaksanakan di semua Daerah Selangor yang diketuai oleh GeMS Selangor yang terdiri jawatankuasa menangani gejala sosial negeri Selangor yang telah dijenamakan semula sebagai Generasi Idaman Selangor”.

“Kita mahu menangani masalah gejala sosial ini kerana kita mahu melahirkan generasi idaman," kata Dr Halimah.

Beliau menambah lagi, program ini juga mendapat maklum balas yang baik daripada masyarakat bukan Islam yang sama-sama mahu memastikan gejala sosial yang melanda masyarakat dapat di atasi.

"Alhamdulilah, kita sudah melaksanakan lima siri kempen anti Zina seluruh Selangor ini dengan kerjasama dengan semua pihak di bawah jawatankuasa menangani gejala sosial ini ," katanya.

Objektif program ini adalah untuk penyelesaian masalah gejala sosial secara bersepadu dan berjangka panjang.

Ujarnya, kami akan sediakan berbagai program dan aktiviti yang bersesuaian secara berkala yang melibatkan golongan sasaran melalui pendekatan pembangunan, pencegahan, pencelahan, penguatkuasaan dan pemulihan.

Kempen Anti Zina merupakan salah satu aktiviti yang dirancang oleh Program Generasi Idaman Selangor (GeMS) yang merupakan satu program khusus yang diwujudkan di bawah Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan.

Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI