Wednesday, February 22, 2012

Kesal Banner PTRS di sabotaj


Batu Caves : Penyelaras Program Tuisyen Rakyat Selangor ( PTRS) DUN Batu Caves, Faridah Abdul Latif, selar tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab menaggalkan banner (PTRS) yang telah dipasang diluar pagar Sekolah Menengah Sri Selayang Batu Caves.

Beliau berkata, “banner (PTRS) telah dipasang petugas Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Batu Caves untuk mewawarkan program kepada rakyat, tetapi sungguh mengejut tidak sampai 24 Jam didapati banner telah hilang. Aduan ini telah saya terima daripada penduduk sekitar DUN Batu Caves”, katanya.

“Pada mulanya saya tidak percaya aduan yang dibuat kerana semenjak (PTRS) dijalankan empat tahun lalu tiada sebarang sabotaj berlaku.”

Retetan itu, "saya telah berurusan dengan pengawal pihak sekolah. Mereka menyatakan Pejabat Pelajaran Daerah Gombak (PPDG) mengarahkan pihak sekolah menanggalkan banner tersebut".

“Kita tidak faham mengapa pihak terlibat sanggup menanggalkan banner (PTRS)”.

Ulasnya, (PTRS) yang berjaya dilaksanakan Kerajaan negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) selama empat tahun lalu berjaya melahirkan ramai pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di seluruh negeri Selangor.

Seharusnya pihak sekolah berterima kasih dengan kerajaan negeri Selangor yang mengambil langkah proaktif membantu rakyat yang tidak mampu membiayai anak-anak mereka mengikuti tuisyen swasta yang sudah pasti menelan kos tinggi.

“Usaha murni ini seharusnya mendapat kerjasama semua pihak kerana kerajaan negeri ikhlas membantu rakyat yang berpendapatan rendah RM1500 kebawah, fakir miskin dan OKU untuk anak-anak mereka mengikuti tuisyen percuma”, kata faridah.

Beliau menambah, “sepatutnya pihak sekolah dan (PPDG) tidak perlu menanggalkan banner (PTRS) demi kebaikan bersama untuk melihat kejayaan semua pelajar tanpa kira kaum”.

“Janganlah hal pendidikan pun hendak di politikkan sedangkan tiada unsur politik yang dibawa dalam (PTRS)”.

“Saya percaya, tindakan dilakukan oleh pihak terbabit mendukacitakan rakyat di sini”, ujarnya dengan kesal.

"Saya juga pertikaikan dengan pengurusan pihak sekolah terlibat kerana sering memberi kebenaran parti UMNO menggunakan sekolah".

“Mengapa parti UMNO yang jelas membawa unsur politik dibenarkan menggunakan sekolah dan tidak disekat dengan sewajar, tetapi apabila kerajaan (PR) yang hanya gantung banner diluar pagar sekolah untuk mengajak pelajar sertai tuisyen telah di ambil tindakan pihak berwajib”.

“Tindakan mereka benar berat sebelah dan mengecewakan kita dalam membantu pelajar untuk memberi tuisyen percuma”.

Justeru, "saya harap pihak berwajib memirkan kembali tindakan bodoh mereka ini tidak mampu melahirkan generasi berakhlah, berjaya dunia akhirat".

Demi melahirkan generasi berilmu, mereka seharusnya meletakkan faktor utama adalah Pendidikan, katanya kepada media.

Difahamkan banner tersebut telah dikembalikan kepada PKM DUN Batu Caves.

Ekoran isu berlaku, wartawan telah berhubung dengan Pegawai (PPDG), Siti Aminah Md Nor meminta penjelasan.

Belia berkata, "pihaknya tidak tahu isu tersebut dan berjanji untuk menghubungi media semula tetapi sehingga kini tidak menerima jawapan daripada (PPDG)".


Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI