Wednesday, January 11, 2012

Kerajaan negeri Selangor PR peruntuk RM10 Juta untuk belia


Batu Caves : Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) telah menjana pendapatan yang tinggi dan luar biasa dalam tiga tahun PR memerintah negeri Selangor.

Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali berkata, Ketua Audit Negara telah mengumumkan bahawa antara negeri-negeri di seluruh Malaysia yang terbaik mengurus ekonomi adalah negeri Selangor di bawah pengurusan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dalam tempoh tiga tahun negeri Selangor telah mencatat keuntungan ekonomi RM 1.25 billion yang telah dibentangkan pada tahun 2011.

Sebelum kita memmerintah 2008, simpanan negeri Selangor hanya memperolehi RM 600 juta ringgit tetapi dalam tempoh tiga tahun PR memerintah Selangor, Tan Sri Khalid telah menaikkan pendapatan negeri sebanyak RM1.25 billion yang seharusnya menjadi contoh kerajaan pusat mengurus ekonomi Negara, katanya.

Jelas Azmin lagi, tahun 2012 kerajaan negeri telah memperolehi pendapatan RM1.6 billion , untuk di manfaatkan seluruh rakyat negeri Selangor.

“ Tiada gunanya, pendapatan negeri besar, negeri kaya tetapi anak-anak golongan remaja, belia tidak dapat manfaat kekayaan negeri ini”.

Tambah Azmin lagi, kerajaan negeri Selangor yang mengamalkan konsep Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), telah menghasilkan ekonomi negeri yang sangat baik .

Keuntungan tersebut bukan untuk menteri besar, bukan untuk ADUN, dan bukan Ahli Parlimen, tetapi diagih dengan adil kepada seluruh rakyat negeri Selangor, katanya ketika Majlis Perasmian Padang Futsal Taman Batu Caves baru –baru ini.

Menurut Azmin, Kerajaan negeri bukan sahaja memberi bantuan kepada belia tetapi seluruh rakyat Selangor di beri bantuan tanpa kira umur, bangsa dan parti.

Hal ini telah terbukti apabila kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM 700 Juta ringgit untuk di berikan kepada rakyat Selangor melalui air percuma 20ml padu , bantuan Tabung Anak-Anak Selangor (TAWAS), Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan sebagainya.

Keuntungan yang di perolehi boleh kita simpan tetapi buat apa disimpan jika rakyat di himpit kesusahan ekonomi. Justeru itu, Tan Sri Khalid bersetuju untuk mengagihkan kepada rakyat untuk di manfaatkan sebaiknya.

Inilah cara pengurusan pentadbiran yang dilakukan kerajaan negeri Selangor dengan hanya mempunyai pemimpin-pemimpin yang tulus, tidak mengambil rasuah, jujur dalam mentadbir negeri dan sentiasa berusaha menaikkan ekonomi Negara untuk kebaikan rakyat.

Saya juga merakamkan terima kasih kepada semua pihak berwajib iaitu ketua-ketua kampung, Ahli Majlis, Nazir Masjid, AJK surau yang banyak membantu kerajaan negeri menjaga keharmonian kawasan ini dengan menjadi transformasi yang besar kepada rakyat.

Sementara itu, Amiruddin Shaari, ADUN Batu Caves dalam ucapannya menyatakan, alhamdulilah dengan hasil pertemuan bersama penduduk di Kampun Baru, Batu Caves, mereka telah menyuarakan hasrat kepada kita untuk membina padang futsal.

Hasrat mereka telah kita bincang dengan anak syarikat kerajaan negeri Selangor, Kumpulan Peransang dan MSNS Holding Sdn Bhd.

Mereka bersetuju untuk bertanggungjawab dalam menjalankan aktiviti sosial secara sihat kepada generasi muda dengan beri peruntukan RM75,000.00 untuk bangunkan padang futsal ini.

Insya-Allah dalam masa terdekat setelah mendapat kelulusan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) kita akan bangunkan padang ini untuk dimanfaatkan sebaiknya golongan remaja dan belia.

Jelas Amir lagi, dalam membantu ekonomi rakyat kerajaan negeri telah menyediakan beberapa kemudahan seperti menyediakan bantuan pinjaman mikro kredit untuk perniagaan dan sebagainya.

Bagi golongan belia, kerajaan negeri juga telah menyediakan peruntukan RM10 Juta untuk mereka mengadakan berbagai program. Dengan peruntukan diberi, di sekitar DUN Batu caves telah membina lima buah padang futsal.

Antaranya Kampung Laksamana, Kampung Baru, Kampung Melayu, Sungai Tua Tanah Gantian dan Taman Batu Caves.

Semoga dengan bantuan dan usaha yang di mainkan oleh Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali untuk meminta peruntukan belia di peringkat Gombak kepada Tan Sri Khalid dalam melahirkan generasi sihat dimanfaatkan sebaiknya,kata Amir yang merupakan Pembantu Exco Belia.

Mohd Razali Yusof, 33, berkata alhamdulilah keinginan belia dan remaja untuk adakan padang futsal di Taman Batu Caves telah tercapai jika tidak ramai belia disini terpaksa keluar daripada kawasan Batu Caves untuk beriadah dan memerlukan kos yang tinggi. Dengan adanya kemudahan ini dapat meringankan bebanan belia, katanya.

Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI