Tuesday, January 31, 2012

Perginya tak kembali, Ya-Allah terima amalan kami.

KUALA LUMPUR, 31 Jan: Harakah kehilangan seorang warganya apabila wartawan Mohamad Safri Samsudin, 42 tahun, meninggal dunia jam 5.37 petang ini di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Shafri (gambar) yang mula koma pagi tadi disahkan mengidap barah Ahad lepas oleh HKL.

Beliau meninggalkan lima anak yang berumur antara lapan hingga 16 tahun dan isteri, Puan Sharifah Nurhayati Al Yahya.

Shafri meninggal di hadapan keluarga terdekatnya di samping rakan-rakan dari Harakah. Antara pemimpin PAS terakhir yang melawatnya adalah Datuk Husam Musa, Naib Presiden PAS jam 11.30 pagi tadi.

Petang semalam Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS juga sempat menziarahi beliau.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut menziarahi sejurus jenazah Shafri dibawa keluar dari HKL, petang ini.

Shafri mula terasa letih-letih badan sejak dua bulan lalu. Akibatnya badan beliau kelihatan susut dengan cepat.

Beliau mendapatkan rawatan awal di Hospital Selayang namun doktor di sana mengesyaki beliau sakit batu karang dan memberikan jadual lawatan seterusnya pada 1 April depan.

Namun, minggu lalu Shafri terasa letih sangat dan berat badannya susut begitu mendadak.

Beliau kemudiannya membuat pemeriksaan di HKL dan telah dimasukkan ke wad di sana.

Dua hari lepas, 29 Januari, HKL mengesahkan beliau mengidap kanser yang bermula dari hati dan merebak dengan cepat ke seluruh badan.

Shafri dan Harakah


Safri mula bekerja sebagai perekabentuk dengan Harakah sejak tahun 1990an lagi namun berhenti selepas itu.

(Gambar: Saat akhir Safri bersama keluarga beliau di katil HKL)

Pada tahun 2008, Shafri menyertai kumpulan Harakah semula dengan bertugas sebagai perekabentuk di akhbar Siasah.

Pada awal tahun 2011, apabila Siasah tidak lagi bersama Harakah, beliau bertukar profesyen menjadi wartawan Harakah.

Ini kerana kebolehan dan minat beliau yang mendalam sebagai wartawan.

Sejak itu beliau banyak membuat tugasan di Parlimen dan juga sidang Dun di samping tugas-tugas kewartawanan yang lain.

"Shafri seorang wartawan yang berdedikasi dan fleksibel. Kami terasa benar kehilangannya. Saya bagi pihak semua Jamaah Pengarah Harakah dan kakitangan mengucapkan takziah kepada keluarga beliau," kata Datuk Kamarudin Jaffar, Pengarah Urusan Harakah.

Beliau juga memaklumkan, pihak Harakah menyumbangkan RM2,000 untuk membantu keluarga beliau.

Jenazah Shafri dijangka akan dibawa ke rumahnya di Kampung Batu 6, Gombak (belakang Anjung Rahmat) petang ini juga.

Jika prosesnya cepat, jenazah beliau dijangka akan diuruskan malam ini juga.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas beliau.

Alfatihah.


Teringat saat suka duka bersama Allahyarham dan lsterinya k. syarifah hayati. Takziah buat k.syarifah, anak2 dan editor ku en majdan yang kehilangan teman rapatnya.

Tiap kali kami jalankan tugas pasti ada sahaja yang bertelagah, tapi telagahnya kami merapatkan ukhwah, semoga k.syarifah tabah hadapi ujian ini.. bila teringat kematian ini, aku juga teringat kata2 teman2 saudara mara ku yg tiap kali bertemu, mengapa nampak kurus sekarang .. sakit ke ?? penat aku nak jawab, cuma dlm hati ku serahkan pada mu ya rab.. padamu aku datang dan kepadamu juga aku akan kembali, ya-Allah terima amal ibadahku, amiin ya rab. :( hari ini kita bertemu mana tau esok kalian terima berita kematian ini. Maafkan diriku teman..

Monday, January 30, 2012

Penerangan Tok Guru Hadi Tarik Diri , sebarkan

Kerajaan Negeri Seleai Isu Perumahan Kampung Berembang


KUALA LUMPUR, 31 JAN - Kerajaan Negeri sentiasa memantau projek perumahan yang tertangguh supaya ianya dapat disiapkan segera bagi mengtasi masalah dihadapi penduduk di kawasan setinggan Kampung Berembang,kata Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad.

Ujarnya, projek perumahan setinggan Kampung Berembang, Ampang di sini yang menghadapi pelbagai masalah untuk disiapkan dalam masa kira-kira empat tahun lalu dijangka berakhir pada 1 April depan.

Projek perumahan berupa pangsapuri dua blok bernilai lebih RM40 juta itu diusahakan syarikat pemaju perumahan Acmar International dengan mempunyai 694 unit rumah beserta kemudahan lain seperti rumah kedai, parkir kereta, padang permainan dan sebagainya.

Menurutnya, pihaknya telah diberi jaminan oleh kontraktor yang mana projek itu akan disiapkan dalam masa terdekat pada awal April ini.

"Kontraktor telah bagi jaminan akan siap pada 1 April. Kita telah minta agar ini adalah tarikh terakhir sebab sudah empat atau lima kali mereka tukar tarikh, dan kali ini kita minta 1 April supaya kontraktor kena siapkan," katanya kepada media ketika ditemui dalam lawatan kerja ke tapak projek perumahan Kampung Berembang di sini semalam.

Tambahnya lagi, setiap dua minggu saya mendapat laporan projek perumahan daripada kontraktor dan telah dua kali dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) supaya projek ini dipercepatkan.

Malah, pada satu peringkat dalam salah satu mesyuarat exco, pihaknya telah mempertimbangkan untuk mendenda kontraktor jika projek itu lambat disiapkan.

Katanya, 694 rumah ditawarkan dengan harga RM35,000 seunit kepada peneroka awal di kawasan itu manakala RM42,000 bagi bukan penduduk setinggan.

"Yang ini termasuk kepada mereka yang telah membantah semasa di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika program setinggan sifar di mana kerajaan UMNO merobohkan rumah. Maka ada penduduk yang telah mengambil tindakan mahkamah ke atas Kerajaan Negeri. Ketika itu Menteri Besar, Dr Mohamad Khir Toyo”.

Saya di fahamkan, siapa yang lawan di mahkamah tidak akan dapat beli rumah. Bila Pakatan Rakyat ambil alih (Kerajaan Negeri), kita batalkan keputusan itu kerana ianya bersifat menindas rakyat.

"Semua mereka ini telah duduk di kawasan ini selama berpuluh tahun maka adalah tidak adil jika hak mereka dinafikan," katanya.

Sementara itu, Ketua Kampung Berembang, Noralizan Ali, 59 pula berkata, saya rasa gembira kerana masalah yang membelenggu penduduk kampung selama ini akan berakhir.

Saya benar puas hati degan tindakan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Sealangor dalam menyelesai masalah rakyat. Bersyukurlah kepada Allah SWT.

Kita sudah lama tunggu. Alhamdulillah kalau bulan April ni boleh pindah, kita semua bersyukurlah. Kami dah tinggal di bawah kabel rasanya empat hingga lima tahun.

Sememangnya semua penduduk kampung ini menunggu detik itu sejak sekian lama kerana projek itu telah tertangguh beberapa kali sejak empat tahun lalu, katanya ketika ditemui media.

Editor : Khaulah Azwar

Isu Israel : Penjelasan Datuk Sri Anwar Ibrahim


Saya diwawancara oleh Wall Street Journal pada hari Khamis, 26hb Januari 2011. Antara soalan yang ditanya kepada saya adalah berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin.

Saya tuntas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi.

Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati. Berikut adalah jawapan yang saya berikan:

“I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.”

Pendirian saya ini ternyata sejajar dengan prinsip perjuangan Parti Keadilan Rakyat yang menjunjung tinggi prinsip Keadilan Sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi.

Selain itu, pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution.

Malahan dasar luar negara juga menekankan prinsip Penyelesaian Dua Negara sebagaimana yang diungkapkan YB Menteri Luar ketika Perbahasan Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-66 pada 27hb September 2011 di New York (GENERAL DEBATE OF THE 66TH SESSION OF THE UNITED NATIONS GENERAL ASSEMBLY).

Beliau menyebut:

“..Malaysia fully supports the legitimate rights of the Palestinian people for an independent State of Palestine, based on the two-state solution, taking into account the security concerns of both parties (Israel and Palestine).”

Ternyata dari kenyataan Menteri Luar Negara, dasar Malaysia adalah bersedia menghormati hak rakyat Palestin dan Israel untuk menikmati keamanan dan kedamaian.

Akan tetapi kesediaan kita pastinya bergantung kepada syarat selagi mana hak rakyat Palestin tidak dicerobohi.

Justeru saya memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba memutar belit kenyataan saya semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

Pendirian Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) adalah tuntas membela hak sesiapa sahaja yang dirampas dan dizalimi. Iltizam untuk memastikan keadilan buat semua tidak pernah surut malah pastinya digilap dan diperkukuh.

Mohon semua sahabat setia tolong sebarkan isu ini yang telah di manupulasi oleh UMNO-BN. Tanggungjawab kita bersama..



Wednesday, January 25, 2012

Bapa Pelajar terharu terima bantuan pendidikan


Gombak : Bapa kepada seorang pelajar yang bakal melanjutkan pelajar dalam bidang Multimedia di Kolej Poly Tech mara, Ipoh Perak terharu apabila permohonan bantuan pendidikan untuk anaknya Muhammad Firdaus Mohd Bokhari di luluskan.

Mohd bokhari, 55 berkata, saya terlalu bersyukur kepada Allah SWT atas bantuan yang diberikan oleh Azmin Ali, Ahli Parlimen Gombak.

Sebelum ini puas sudah saya buat permohonan di Peajabat MARA dan Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) tetapi menjadi kehampaan apabila permohonan tidak di luluskan oleh pihak berwajib, katanya.

Ujarnya lagi, setelah tiga bulan saya mengetahui keputusan permohonan bantuan pendidikan tidak berjaya saya cuba pula mohon di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Parlimen Gombak.

Alhamdulilah usaha saya tidak sia-sia apabila permohonan diterima oleh wakil rakyat disitu.

Menurutnya, anaknya akan menyambungkan pengajian ke peringkat Degree bulan Februari, 2012 di Kolej yang sama.

Dalam keadaan ekonomi yang tidak mengizinkan dan usia yang semakin lanjut beliau tidak mampu untuk bekerja keras memandangkan kesihatan juga kurang mengizinkan.

Katanya, namun sebagai seorang ayah, saya inginkan terbaik untuk anak-anak. Insya-Allah saya akan usaha untuk mencari dana bagi memastikan anak saya Firdaus dapat pendidikan yang sempurna.

Sehubungan dengan itu, saya juga mengucapkan terima kasih kepada Azmin Ali yang prihatin dengan masalah rakyat.

Doa saya semoga beliau mendapat kebaikan dunia akhirat dan berjaya dalam kariernya sebagai wakil rakyat disini, katannya.

Azmin Ali, Ahli Parlimen Gombak yang menyampaikan bantuan sebanyak RM2500 kepada Bokhari mengharapkan bantuan yang diberikan di manfaatkan sebaiknya.

Katanya, saya harap bantuan yang diberikan di manfaatkan sebaiknya. Semoga Muhammad Firdaus berjaya dalam pelajaran dengan cemerlang dan memberi kejayaan kepada ibubapa nya .


Editor : Khaulah Azwar

Pindah Pasar Malam Kampung Delek demi jaga kesalamatan penduduk



Shah Alam :Faktor Utama menyebabkan Majlis Perbandaran Klang (MPK) memindahkan tapak pasar malam di Kampung Delek Kiri, kerana ia menyebabkan kesasakan lalulintas yang teruk, kata AhlI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang Dr Halimah Ali.

Mengulas lanjut , (MPK) terpaksa membuat tindakan tersebut kerana ada nya tapak pasar malam disitu menyebabakan kesasakan lalunlintas sehingga meragut nyawa orang kampung apabila laluan ambulan tersekat oleh warung penjaja.

Pasar malam yang beroperasi selama dua dekad itu menjadikan simpang tiga jalan masuk ke kampung sukar dilalui kenderaan penduduk dan kenderaan kecemasan lain seperti trak bomba.

Akan tetapi segelintir peniaga pasar malam bertindak mengadakan demostrasi kononnya membantah pemindah itu. Mereka mendakwa tindakan itu menjejasan periuk nasi mereka.

Demostrasi itu disiarkan dalam TV3 dengan memetik peniaga yang mendakwa perpindahan ini menjejaskan pendapatan mereka.

Dr Halimah Ali berkata lagi, “segelintir peniaga yang tidak mahu berpindah kononnya kerana takut hilang pelanggan. Katanya tidak ada bangkangan daripada penduduk. Ini tidak benar kerana saya telah mendapat surat daripada ketua kampung sendiri bahkan orang surau juga”, katanya.

Tambahnya lagi, (MPK) memindahkan peiaga ke 150 m di jalan yang sama dan hanya ke dalam sedikit supaya tidak mengganggu lalulintas.

“Kita masih menempatkan mereka di jalan yang sama, sekiranya ada masalah sudah tentu semua peniaga ini pada awal permindahan akan risau mengenai penurunan jumlah pendapatan mereka, pelanggan lari dann sebagainya”, kata beliau.

Beliau yang merupakan Exco Pendidikan, Pendikan Tinggi Modal Insan berkata, “selaku ADUN dan Exco Selangor, saya menaruh seluruh kepercayaan kepada (MPK) sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) yang beribawa.

Sementara itu, isu berkenaan mendapat perhatian Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam yang menimbul sedikit salah faham.

Mungkin ada yang cuba melaga-lagakan saya dengan Ahli Parlimen Kapar itu. Sebenarnya kita tidak ada sebarang masalah langsung tentang menjaga kebajikan penduduk dan peniaga itu sendiri.

‘Saya meminta (MPK), sekiranya ada apa-apa masalah yang dilalui ooleh peniaga-peniaga, mereka dapat bantu untuk selesaikannya dengan sebaik mungkin”, katanya.

Dr Halimah juga berkata, mereka yang terlibat didalam bantahan tersebut bukan mewakili suara semua peniaga pasar malam itu.

Selain berharap peniaga pasar malam akur dengan arahan MPK bagi menghormati perasaan an pandangan penduduk setempat.

Editor : Khaulah Azwar

Exco Pendidikan, Bangga dengan Perlantikan Dr Yunus jadi Exco Selangor

Shah Alam : Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi , Modal Insan Dr Halimah Ali mengucapkan tahniah kepada pembantu Exco Pendidikan Tinggi, Dr Ahmad Yunus Hairi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang yang telah di lantik menjadi Exco Belia dan Sukan, Adat Istiadat Melayu Selangor.

“Jawatan tersebut amat sesuai diberikan kepada Dr Yunus kerana sepanjang beliau menjadi pembantu Exco Pendidikan, Dr Yunus sangat rajin dalam menjalankan tugas yang diberikan. Saya sangat bangga dan gembira dengan kebolehan beliau, katanya”.

“Dr Yunus juga merupakan belia yang sangat aktif mengadakan program bersama rakyat. Justeru saya rasa beliau layak memangku jawatan tersebut menggantikan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang telah digugurkan daripada parti PAS dan Exco Selangor”.

Jelasnya lagi, selain daripada Dr Yunus, terdapat dua lagi nama yang tersenarai iaitu Dr Rani Osman, Pesuruhanjaya PAS Selangor, Dr Shafie Abu Bakar (ADUN) Bangi.

Pemilihan tersebut adalah perbincangan bersama antara pucuk pimpinan PAS Pusat dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Maka sebulat suara bersetuju memilih Dr Yunus.

Menurutnya, sepanjang Pakatan Rakyat (PR) Selangor memerintah, Dr Yunus berjaya mengadakan program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) untuk semua pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Selangor. Program yang dilaksanakan mendapat sambutan yang sangat baik dikalangan ibubapa”, katanya.

Dr Halimah yang merupakan (ADUN) Selat Klang menambah lagi, “saya yakin dengan perlantikan ini, insya-allah akan memantapkan kerja pentadbiran negeri Selangor”.

“Saya harap beliau dapat melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan oleh pucuk pimpinan degan baik. Begitu juga, saya harap semua pihak membantu Dr Yunus dalam menjalankan tugasnya nanti”.

“Tanggungjawab kita amatlah besar kerana ia merupakan amanah yang diberikan oleh pimpinan dan rakyat”.

Tidak semua dalam ahli PAS ingin jawatan, kerana semua ahli sudah ditarbiyah mengenai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan apabila dilantik menjadi pimpinan.

Apabila memikirkan tanggungjawab maka kita akan fikir ia adalah amanah. Jika tidak dilaksanakan tanggungjawab dengan baik maka ianya berdosa.

Justeru dalam ahli PAS sendiri kalau boleh tidak mahu memegang jawatan yang diberi, tetapi apabila di pilih oleh pimpinan maka seharusnya diterima, walaupun rasa berat untuk menerima jawatan tersebut.

Saya yakin apa yang dilakukan oleh ahli PAS tidak sama dilakukan oleh ahli UMNO yang sentiasa merebut jawatan.

Ahli UMNO sentiasa merebut jawatan sedangkan tanggungjawab yang diberi tidak dilaksanakan dengan sempurna, kata Dr Halimah di di depan Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam ketika ditemui media selepas meraikan Majlis Angkat Sumpah perlantikan Dr Yunus sebagai Exco kelmarin.

Editor : Khaulah Azwar

Thursday, January 19, 2012

Aku Tukang Pacak Bendera Tapi Faham Perjuangan Islam


Walau aku hanya tukang pacak bendera tapi aku faham apa itu perjuangan islam kerana perjuangan islam punya syurutnya yang telah aku dilalui dalam tarbiyah.

Ketahuilah bahawa tarbiyah itu bukan sekadar usrah rutin, menyongsong kitab kehulu kehilir kemudian hidup nafsi nafsi.

Atau mendengar ceramah sambil makan sup atau hisap rokok gudang garam kemudian takbir menyala nyala bagai naga tasik cini ..

Kemudian bergaduh sana bergaduh sini, cucuk sana, cucuk sini kerana nak jawatan dan dunia yang tidak abadi!


Ketahuilah tarbiyah sebenarnya ibarat tubuh, ia punya susunan anatomi. Sebagai urat nadi yang wajib diikuti dalam setiap liqa' dengan tertib hingga terlaksananya tujuan tarbiyah itu ... Barulah dinamakan perjuangan.

Editor : Khaulah Azwar


Tazkirah Jumaat :Azab-Azab Meninggalkan Solat Fardu



Dosa Meninggalkan Solat Fardhu :

1. Solat Subuh : satu kali meninggalkan akan dimasukkan ke dalam neraka selama 30 tahun yang sama dengan 60.000 tahun di dunia.
2. Solat Zuhur : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan membunuh 1.000 orang umat islam.
3. Solat Ashar : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan menutup/meruntuhkan ka’bah.
4. Solat Magrib : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan berzina dengan orangtua.
5. Solat Isya : satu kali meninggalkan tidak akan di redhai Allah SWT tinggal di bumi atau di bawah langit serta makan dan minum dari nikmatnya.

6 Siksa di Dunia Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu :

1. Allah SWT mengurangi keberkatan umurnya.
2. Allah SWT akan mempersulit rezekinya.
3. Allah SWT akan menghilangkan tanda/cahaya soleh dari raut wajahnya.
4. Orang yang meninggalkan solat tidak mempunyai tempat di dalam islam.
5. Amal kebaikan yang pernah dilakukannya tidak mendapatkan pahala dari Allah SWT.
6. Allah tidak akan mengabulkan doanya.

3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Menghadapi Sakratul Maut :

1. Orang yang meninggalkan solat akan menghadapi sakratul maut dalam keadaan hina.
2. Meninggal dalam keadaan yang sangat lapar.
3. Meninggal dalam keadaan yang sangat haus.

3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu di Dalam Kubur :
1. Allah SWT akan menyempitkan kuburannya sesempit sempitnya.
2. Orang yang meninggalkan solat kuburannya akan sangat gelap.
3. Disiksa sampai hari kiamat tiba.

3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Bertemu Allah :
1. Orang yang meninggalkan solat di hari kiamat akan dibelenggu oleh malaikat.
2. Allah SWT tidak akan memandangnya dengan kasih sayang.
3. Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa dosanya dan akan di azab sangat pedih di neraka.

Mengenai balasan bagi orang yang meninggalkan Solat Fardu: "Rasulullah SAW, diperlihatkan pada suatu kaum yang membenturkan kepala mereka pada batu, Setiap kali benturan itu menyebabkan kepala pecah, kemudian ia kembali kepada keadaan semula dan mereka tidak terus berhenti melakukannya. Lalu Rasulullah bertanya: "Siapakah ini wahai Jibril"? Jibril menjawab: "Mereka ini orang yang berat kepalanya untuk menunaikan Solat fardhu". (Hadits Riwayat Tabrani, sanad shahih)

Sumber : Dari Buku Himpunan Fadhilah Amal - Maulana Muhammad Zakariyya Al Kandhalawi hal 107

p/s : sebarkan jika anda sayangkan kawan & keluarga anda

Dosa Meninggalkan Solat Fardhu :
1. Solat Subuh : satu kali meninggalkan akan dimasukkan ke dalam neraka selama 30 tahun yang sama dengan 60.000 tahun di dunia.
2. Solat Zuhur : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan membunuh 1.000 orang umat islam.
3. Solat Ashar : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan menutup/meruntuhkan ka’bah.
4. Solat Magrib : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan berzina dengan orangtua.
5. Solat Isya : satu kali meninggalkan tidak akan di redhai Allah SWT tinggal di bumi atau di bawah langit serta makan dan minum dari nikmatnya.

6 Siksa di Dunia Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu :
1. Allah SWT mengurangi keberkatan umurnya.
2. Allah SWT akan mempersulit rezekinya.
3. Allah SWT akan menghilangkan tanda/cahaya soleh dari raut wajahnya.
4. Orang yang meninggalkan solat tidak mempunyai tempat di dalam islam.
5. Amal kebaikan yang pernah dilakukannya tidak mendapatkan pahala dari Allah SWT.
6. Allah tidak akan mengabulkan doanya.

3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Menghadapi Sakratul Maut :
1. Orang yang meninggalkan solat akan menghadapi sakratul maut dalam keadaan hina.
2. Meninggal dalam keadaan yang sangat lapar.
3. Meninggal dalam keadaan yang sangat haus.

3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu di Dalam Kubur :
1. Allah SWT akan menyempitkan kuburannya sesempit sempitnya.
2. Orang yang meninggalkan solat kuburannya akan sangat gelap.
3. Disiksa sampai hari kiamat tiba.

3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Bertemu Allah :
1. Orang yang meninggalkan solat di hari kiamat akan dibelenggu oleh malaikat.
2. Allah SWT tidak akan memandangnya dengan kasih sayang.
3. Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa dosanya dan akan di azab sangat pedih di neraka.

Mengenai balasan bagi orang yang meninggalkan Solat Fardu: "Rasulullah SAW, diperlihatkan pada suatu kaum yang membenturkan kepala mereka pada batu, Setiap kali benturan itu menyebabkan kepala pecah, kemudian ia kembali kepada keadaan semula dan mereka tidak terus berhenti melakukannya. Lalu Rasulullah bertanya: "Siapakah ini wahai Jibril"? Jibril menjawab: "Mereka ini orang yang berat kepalanya untuk menunaikan Solat fardhu". (Hadits Riwayat Tabrani, sanad shahih)

Sumber : Dari Buku Himpunan Fadhilah Amal - Maulana Muhammad Zakariyya Al Kandhalawi hal 107

p/s : sebarkan jika anda sayangkan kawan & keluarga anda

Tuesday, January 17, 2012

Dr Yunus jaga Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan

SHAH ALAM, 18 Jan: Kerajaan negeri Selangor membuat penyusunan semula portfolio Exconya berikutan perlantikan Dr Ahmad Yunus Hairi menggantikan Datuk Dr Hasan Mohd Ali.

(Gambar: Khalid bersama Dr Ahmad Yunus dan Dr Rani dalam sidang media hari ini)

Melalui perubahan ini, Dr Yunus akan memegang portfolio Adat Resam Melayu serta portfolio Belia dan Sukan.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim akan memegang portfolio Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Asas yang dipegang Hasan Ali sebelum ini.

Melalui penukaran ini juga, Menteri Besar mengumumkan Adun Meru, Dr. Abdul Rani Othman akan memegang jawatan Pengerusi Skimsel manakala seorang lagi Adun PAS, Dr. Shafie Abu Bakar (Bangi) akan memegang jawatan Pengerusi PADAT.

Dr Yunus mengangkat sumpah sebagai Exco menggantikan Hasan Ali di depan Tuanku Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan hari ini.

Beliau kemudiannya menyertai mesyuarat pertama Exco kerajaan negeri.


Nota: Ramai bertanya mengapa Dr Rani, Dr Syafie tidak dilantik sebagai exco, sebabnya..


Dr Rani, pesuruhanjaya PAS selangor, banyak tugas yang perlu dilaksanakan di Selangor, tidak mahu pisang dua kali. Semasa Hasan Ali jadi Pesuruhanjaya beliau juga sbg exco yg banyak pecah2an dalam jawatankuasa tersebut yg perlu dilaksanakan dengan baik. perlu jaga semua kawasan negeri selangor bukan setakat DUN Gombak Setia. Disebab banyak jawatan kdg2 terkandas nak buat semua tugas so itu sebab pucuk pimpinan tak pilih Dr Rani.

Dr Shafie, pembantu exco Hal Ehwal Islam yang dilantik oleh Hasan Ali,. dalam surat perlantikan kerajaan negeri, apabila Exco telah ditamatkan jawatan maka semua perlantikan yang dibuat oleh Hasan Ali juga akan tamat, itu sebab Dr Shafie tak dipilih walaupun beliau layak.

Dr Yunus, mmg tak banyak kontrovesi, orgnya sangat berhati2 dalam mengeluarkan statement. sangat rajin dan amanah dalam menjalankan tugas.

Ssemoga perlantikan ini akan memberi perubahan yang terbaik pada PAS dan Kerajaan negeri Selangor, tahniah buat Dr Yunus. Moga di bei pertolongan menerajui Exco dengan baik..

Takziah buat Dr halimah Ali yang kehilangan pembantu Pendidikan Exco, insya-allah akan diganti dnegan insan2 yang lebih beribawa.

Moga semua rakyat dapat menerima keputusan syura untuk kebaikan bersama.

Anwar hantar notis saman Utusan RM50 juta


KUALA LUMPUR, 18 Jan: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan notis saman menuntut bayaran RM50 juta daripada akhbar Umno Utusan Malaysia ekoran laporan semalam yang mendakwa ketua pembangkang itu menghalalkan homoseksual.

Ianya merujuk kepada laporan muka depan akhbar itu yang bertajuk “Tolak Anwar — Hasan” yang memetik kenyataan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang membidas Anwar kerana kerana mempertikaikan undang-undang berkaitan homoseksual di negara ini.

Antara lain laporan berbunyi, "Menurut beliau, pendirian Anwar tersebut bukanlah baharu kerana itulah pandangan peribadi dan pegangan asasi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut."

"Oleh itu beliau menggesa rakyat menolak perjuangan Anwar kerana kegiatan tidak bermoral itu jika dihalalkan boleh mencetuskan pergolakan dan perpecahan dalam masyarakat serta kekacauan dalam Negara."

Selain laporan itu, Anwar juga merujuk kepada laporan akhbar Umno itu yang bertajuk "Parasit ancam Pas, Anwar mesti ditolak" yang memetik kenyataan Hasan sebagai berkata, "Inilah salah satu sebab saya tidak boleh bersekongkol dengan Anwar lbrahim. Inilah sebabnya rakyat Malaysia mesti menolak perjuangan Anwar lbrahim. Kalau kegiatan gay, lesbian, homoseksual dan transgender, itu hendak dihalalkan di Malaysia, saya rasa masyarakat akan bergolak dan berpecah. Saya nampak kekacauan akan berlaku. Ini pandangan saya. Sebenarnya, pandangan Anwar lbrahim bukan hanya di Mumbai melalui BBC itu sahaja."

Utusan melalui edisi Mingguan Malaysia sebelum ini juga dengan tajuk “Anwar ulas isu gay” mendakwa, Anwar semasa temubual bersama BBC mengatakan undang-undang berkaitan homoseksual di Malaysia tidak boleh diterima dan sudah lapuk.

Sedangkan menurut banyak pihak, dalam temubual itu Anwar meminta agar undang-undang lapuk dikaji semula dan menegaskan “Kami masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita. Kami tidak menggalakkan homoseksual di khalayak.”

Ekoran laporan yang disifatkan berunsur fitnah, tidak benar dan bermotifkan politik itu, Anwar semalam menghantar notis tuntutan kepada pengurusan Utusan Malaysia.

Anwar yang diwakili syarikat guaman Edwin Lim, Suren & Soh menamakan editor Utusan Malaysia sebagai defendan pertama dan Pengarah Urusan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd.

Dalam tuntutannya, Anwar menuntut akhbar Umno itu menarik balik segala laporan palsu dan menyiarkan permohonan maaf terhadap dirinya di muka hadapan akhbar itu.

Anwar juga menuntut bayaran ganti rugi sebanyak RM50 juta dan memberikan tempoh 48 jam bermula semalam kepada Utusan untuk berbuat demikian.

Kerajaan Negeri Selangor peruntuk RM3.45 Juta utk PTRS, SPM




Shah Alam :Kerajaan negeri selangor memperuntukkan RM3.45 Juta setiap tahun bagi menjayakan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) untuk semua calon yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi , Pembangunan Modal Insan Dr Halimah Ali berkata, "tujuan kerajaan negeri memberi peruntukan tersebut adalah bagi memastikan kemajuan negeri di selaraskan dengan dasar melahirkan rakyat cemerlang.Pelaksanaan itu bagi menentukan kejayaan Selangor antara negeri ke depan dalam memberi pendidikan percuma kepada rakyat".

"Setakat ini, alhamdulilah, setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menjalankan tuisyen percuma mendapat sambutan yang baik. Kita memang khususkan pelajar daripada keluarga kurang kemampuan, pendapatan ibubapa mereka RM1500 ke bawah".

"Tahun ini kita sasarkan 5000 calon yan bakal menduduki peperiksaan (SPM) untuk mengikuti PTRS percuma", katanya kepada media di SUK, Shah Alam.

Tambahnya lagi, sepanjang (PTRS) di jalankan dalam tempoh tiga tahun, prestasi kecemerlangan pelajar dalam akademik semakin meningkat.

"Sepanjang tiga tahun program ini dijalankan rata-rata ramai ibubapa gembira dengan prestasi pelajaran anak-anak mereka yang mengikuti program ini. Ibubapa sendiri memberitahu saya ada perbezaan sebelum dan selepas anak-anak mereka mengikuti ( PTRS). Bukan sahaja guru-guru mengajar,semua pelajar pelajar ini dibekalkan dengan buku latihan percuma", katanya.

Dr Halimah yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang menambahkan lagi, tenaga pengajar yang dibekalkan kebanyakannya guru-guru berpengalaman luas dalam satu-satu subjek.

Setiap DUN akan ada guru-guru yang dilantik untuk mengajar pelajar. Gaji mereka akan kita bayar. Setiap DUN kita hadkan seramai 100 pelajar sahaja, namun ada juga terdapat beberapa DUN menghantar 150 pelajar yang mengikuti PTRS.

Menurut Dr Halimah, hal ini berlaku disebabkan keluarga mereka kurang kemampuan untuk menghantar anak mereka tuisyen di luar yang menelan kos perbelanjaan yang banyak khususnya kawasan pinggir bandar.

Jelasnya lagi, tuisyen yang diadakan hujung minggu memberi pendekatan yang berbeza terutamanya, apabila pelajar boleh bertukar pendapat daripada pelajar-pelajar sekolah lain semasa proses pembelajaan berlangsung.

Selain mengikuti tuisyen, semua pelajar ini akan diberikan ceramah motivasi.

Semua pelajar PTRS akan mengikuti tuisyen PTRS selama tujuh bulan sebelum menghadapai peperiksaan SPM.

Tahun ini, kita sudah mula buka untuk pendaftaran baru sehingga Februari depan, ujarnya.

Editor : Khaulah Azwar

cadangan Bina Sekolah rendah Ramal dalam dalam penelitian


Shah Alam : Kerajaan negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) akan meneliti cadangan untuk membina Sekolah Rendah Sungai Ramal Dalam oleh kementerian Pejaran sebelum ini.

Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, "setiap jabatan kerajaan perlu memohon terlebih dahulu kebenaran dari pihak berkuasa tempatan (PBT) sebelum melaksanakan sesuatu projek pembinaan".

Menurutnya, proses yang diutamakan oleh Negeri Selangor berbeza dengan amalan sebelum ini yang hanya tidak memerlukan kelulusan PBT.

"Saya akan bertemu dengan pengarah pelajaran dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) untuk bersama - sama melawat tapak projek yang telah dicadangkan. Kita mahu PBT melihat secara keseluruhan sebelum memberi kelulusan sama ada sesuai atau tidak sekolah ini dibina di kawasan tersebut dalam sidang media di perkarangan SUK, Shah Alam", katanya.

Editor : Khaulah Azwar

PAS Gombak Nafi 101 Ahli PAS Masuk UMNO


Gombak, 17 Jan: Yang Dipertua PAS Kawasan Gombak, Salehuddin Mohd Nasir menafikan dakwaan kononnya 101 orang ahli PAS daripada cawangan Kampung Kerdas Dua, telah keluar PAS dengan menyertai umno.

Apa yang berlaku, 37 memohon menyertai PAS menjelang PRU ke 12 pada 2008 lalu dan 20 dari mereka memohon masuk Umno sebulan lalu.

Kemasukan mereka dalam Umno kononnya disebabkan berlakunya pemecatan AhlI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

"Kita menafikan sekerasnya kemasukan mereka dalam Umno akibat kekecewaan apabila Ahli Dewan Undanagn Negeri (ADUN) Gombak Setia Datuk Dr Hasan Ali di pecat daripada PAS baru-baru ini," katanya.

Jelasnya, ketika PRU12 yang lalu, PAS Gombak telah menerima 37 borang permohonan keahlian PAS daripada cawangan tersebut.

Daripada 37 orang hanya 20 orang sahaja yang menyertai Umno dalam majlis yang diadakan di Kampung kerdas dua baru-baru ini.

Beliau berkata, mereka sebenarnya ahli Umno dan penyokong Umno. Bukti mengatakan mereka adalah ahli Umno melalui penyemakan yang telah kita buat dalam daftar ahli PAS di DUN Kawasan Gombak.

Peristiwa kemasukan mereka dalam PAS dalam PRU12 pada 2008 adalah sangat drastik sebelum pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor.

Menurut Sallehuddin, ekoran berlakunya pemecatan keatas Datuk Dr Hasan Ali dalam parti PAS, tidak akan merencatkan PAS Gombak untuk hadapi PRU13 nanti.

“Kita sentiasa melatih ahli agar sentiasa ikhlas berjuang kerana Allah SWT, bukan kerana orang, dan bukan untuk kepentingan yang lain terutamanya dalam bentuk material dan kebendaan,” katanya dalam sidang media di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Gombak Setia pagi tadi.

Dalam pada itu, beliau juga menyeru agar semua ahli istiqama dalam perjuangan, tidak kira samada parti PAS, PKR atau DAP kerana setiap parti yang di tubuhkan terletaknya dasar perjuangan yang di putuskan oleh pucuk pimpinan yang perlu di taati selagi tidak melanggari syariat.

"Justeru, saya harap semua ahli PAS kena faham konsep Perjuangan PAS dimana dasar pas adalah Islam berdasarkn Al- Quran, Hadis, Ijtima dan QIAS," katanya.

Hadir sama dalam sidang media, Kahirul Fahmi, Setiausaha PAS Gombak.

Editor : Khaulah Azwar



Monday, January 16, 2012

Exco Selangor : Tiga Calon Paling Layak Ganti Hasan Ali


SHAH ALAM - Persoalan siapa yang akan dilantik menggantikan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali sebagai Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam masih menjadi tanda tanya.

Walaupun Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam mengumumkan Hasan sah gugur daripada jawatan setelah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membatalkan pelantikan tersebut, tiada nama calon pengganti dinyatakan.

Siapakah yang layak dalam kalangan baki lima Adun Pas sebagai pengganti Hasan terus menjadi tumpuan.

Exco baru menggantikan Hasan akan mengangkat sumpah Rabu depan. Berdasarkan sistem kuota, pastinya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, Dr Abd Rani Osman, yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor, mendahului carta.

N.42 MERU
DR. ABD. RANI BIN OSMAN

UMUR : 50 TAHUN
ASAL : PELABUHAN KLANG
MENETAP : KAPAR, KLANG
KELAYAKAN AKADEMIK : IJAZAH PERUBATAN, UNIVERSITY TANTA , MESIR
PEKERJAAN : DOKTOR
PENGALAMAN KERJAYA : HOSPITAL BESAR KUALA LUMPUR
JAWATAN DI DALAM PARTI : YANG DIPERTUA PAS KAWASAN KAPAR

Namun, selain Dr Rani, terdapat dua lagi Adun yang dilihat mampu mengisi tanggungjawab dan tugas sebagai Exco mewakili Pas Selangor.

Calon yang dilihat berpotensi adalah Adun Bangi, Dr Shafie Abu Bakar, yang juga Pembantu Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.
N.26 BANGI
DR. SHAFIE BIN ABU BAKAR

UMUR : 66 TAHUN
ASAL : DUNGUN, TERENGGANU
MENETAP : BANDAR BARU BANGI, SELANGOR
KELAYAKAN AKADEMIK : PH.D DI DALAM SASTERA DAN PEMIKIRAN ISLAM, UKM
PEKERJAAN : AHLI POLITIK
PENGALAMAN KERJAYA : PENSYARAH UKM
JAWATAN DI DALAM PARTI :
KHIDMAT MASYARAKAT YANG DIPERTUA PAS KAWASAN SERDANG
KHIDMAT MASYARAKAT : AUDITOR KOPERASI PENDUDUK BANDAR BARU BANGI


Berdasarkan pengalaman membantu Hasan dalam urusan berkaitan portfolio tersebut, tidak mustahil beliau layak diangkat sebagai pengganti.

Dr Shafie yang juga bekas Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ketika dihubungi media, enggan mengulas lanjut berhubung perkara tersebut.

Menurutnya, keputusan siapa yang lebih layak menjadi Exco adalah terletak di tangan barisan pimpinan Pas Pusat untuk menentukannya.

"Saya tidak mahu mengulas tentang perkara ini, terpulanglah kepada pucuk pimpinan untuk pilih siapa yang difikirkan lebih layak," katanya.

Selain Dr Shafie, seorang lagi calon yang dilihat berkemampuan dan layak diangkat menjadi exco adalah Pembantu Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Ahmad Yunus Hairi yang juga Adun Sijangkang.

N.51 SIJANGKANG
DR. AHMAD YUNUS BIN HAIRI

UMUR : 43 TAHUN
ASAL : SIJANGKANG, SELANGOR
MENETAP : TELUK PANGLIMA GARANG, SELANGOR
KELAYAKAN AKADEMIK : IJAZAH SARJANA PERUBATAN DAN PEMBEDAHAN, UNIVERSITI MALAYA
PEKERJAAN : DOKTOR
PENGALAMAN KERJAYA :
HOSPITAL UMUM SARAWAK
HOSPITAL LUNDU SARAWAK,
HOSPITAL SABAK BERNAM,
HOSPITAL PULAU PINANG
JAWATAN DI DALAM PARTI : YDP KUALA LANGAT
KHIDMAT MASYARAKAT :
TIMBALAN YDP SEK REN KG MEDAN,
TIMBALAN YDP SEK REN AGAMA KG MEDAN ,
PENGERUSI YAYASAN AMAL MALAYSIA CAWANGAN SELANGOR

Sekiranya dilihat latar belakang dan pengalaman beliau, Dr Ahmad merupakan pemimpin Pas yang layak yang dilantik sebagai Exco.

Bagaimanapun, Dr Ahmad ketika dihubungi juga menolak andaian bahawa beliau calon berpotensi mengisi jawatan tersebut, sebaliknya menegaskan Dr Rani lebih layak.

“Kita (Pas Selangor) telah membuat ketetapan pada mesyuarat sebelum ini, dengan mencadangkan Dr Rani menjadi Exco Hal Ehwal Agama Islam.

“Keputusan ini dipersetujui oleh kesemua adun Pas di Negeri Selangor termasuk saya sendiri,” katanya.

Menurutnya, cadangan ini tertakluk kepada keputusan Pas Pusat, yang dijangka akan mengumumkan calon tersebut minggu hadapan.

Sebelum ini, Dr Rani memberitahu media, beliau berharap dirinya tidak dicalonkan dan mahu pemimpin Pas Selangor yang lain menggalas tanggungjawab tersebut.

Walau bagaimanapun menurutnya, Pas Selangor akan terima sebarang keputusan yang akan dibuat oleh pucuk pimpinan tertinggi Pas Pusat dalam perlantikan tersebut.

Pada 10 Januari lalu, Pas Selangor telah sebulat suara mencadangkan Dr Rani menjadi Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

Setiausaha Pas Selangor, Khairuddin Othman menegaskan cadangan tersebut masih tertakluk kepada keputusan rasmi Pas Pusat, sama ada mahu melantik Dr Rani atau orang lain.

Editor : Khaulah Azwar


Sunday, January 15, 2012

Guru Kontrak KAFAI Dakwa Jadi Mangsa SBPA




BANGI : Seramai tujuh orang guru sekolah KAFAI Bandar Baru Bangi mendakwa menjadi mangsa sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang di perkenalkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) baharu-baharu ini.

Kesemua guru terbabit melahirkan rasa tidak puas hati apabila mendakwa ada di antara kontrak mereka sebagai guru di sekolah berkenaan tidak disambung kesan daripada SBPA.

Sekolah KAFAI Bandar Baru Bangi mempunyai 79 guru, 16 daripada mereka adalah guru kontrak yang ditawarkan kerja selama dua tahun dengan kontrak mereka diperbaharui apabila tamat dua tahun.

Kebanyakan guru terlibat berkhidmat lebih dari lima tahun. Mereka diletak di bawah kategori DB27, iaitu guru SPM, STPM yang tidak mempunyai diploma pendidikan yang tangga gaji P1T1: RM1204.55 dan meningkat hingga P1T7: RM1603.85.

Terdapat empat orang yang berkategori sedemikain, manakala dua orang di bawah DB17 yang mempunyai diploma, tetapi masih tidak dilantik.

Satu halangan dari perlantikan semula, mereka dikehendaki mempunyai Diploma Pendidikan dan lulus bahasa Arab, selama ini tidak menghalang mereka dari disambung kontrak selama dua tahun.

Tetapi dengan SBPA, kategori guru kontrak berkenaan tidak lagi wujud. Guru-guru akan tamat tempoh berkhidmat dengan sendirinya apabila cukup dua tahun khidmat.

Mengulas perkara ini Ahli DewanUndangan Negeri (ADUN) Bangi, Dr Shafie Abu Bakar menyeru agar Jabatan Pendidikan mempertimbangkan semula nasib guru-guru terbabit.

Baru-baru ini, Jabatan Pendidikan megumumkan SBPA di tunda untuk kajian semula, bagi saya seharusnya SBPA tidak laksanakan kerana memberi bebanan kepada semua guru yang terlibat.

Beliau berkata demikian ketika menerima aduan guru-guru terbabit di pejabat beliau.

Menurut Dr Shafie, beliau sudah berbincang dengan Guru Besar sekolah berkenaan, Razali Ahmad Shibab berkenaan status guru-guru ini.

"Hasil pertemuan dengan Guru Besar disitu dan semua guru kontrak yang terlibat saya di fahamkan masalah yang dihadapi oleh guru-guru kontrak sedang dalam proses tindakan bahagian guru di Pejabat Agama Daerah Hulu Langat dan juga oleh Pengarah Sekolah Agama JAIS," katanya.

Namun jelas Dr Shafie, mereka yang terlibat akan di letakkan kategori guru KAFA, ini bermakna menurunkan pangkat dan pendapatan mereka.

Lebih membimbangkan salah seorang dari guru ini telah tamat tempoh dua tahun pembaharuan perlantikan, apabila ditanya pihak atasan, guru ini dinasihat tidak perlu lagi pergi berkhidmat.

"Kesan daripada itu, memberi masalah kepada guru itu kerana umurnya sudah meningkat, sukar baginya untuk mendapatkan pekerjaan yang baru. Selain daripada itu, setengah daripada mereka sudah membeli rumah dan juga kenderaan di samping tanggungan keluarga anak isteri.

"Tindakan ini, bagi saya adalah tidak adil, kita harap nasib semua guru kontrak perlu diberi penyelesaian segera. Jika tidak perkara ini akan dibawa ke Dewan Negeri bagi mendapat pandangan dan penyelesaian segera," ujarnya sambil mencadangkan guru terlibat membuat rayuan bagi meneruskan perkhidmatan.

Tambahnya lagi, kita harap untuk jangka panjang, semua guru kontrak tidak wajar dibiarkan mereka dalam keadaan kontrak berterusan.



Editor : Khaulah Azwar

Thursday, January 12, 2012

Berakhirkan epilog kezaliman seorang pejuang

Setiap waktu berlalu setiap itulah aku menghitung hari menanti apakah natijah yang akan berlaku kepada ayahanda Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Jan, 2012.

Doa tidak terputus ku panjatkan pada Allah SWT agar DSAI sekeluarga di bebaskan daripada tuduhan yang tidak berasas.

kata - kata semengat daripada teman-teman seperjuangan sedikit sebanyak menghilang keresahan ini tetapi bila bersendirian pasti perasaan takut, bimbang berulang lagi.

Setibanya 8 hb Julai, 2012 sedang sibuk buat kerja, tiba-tiba terima SMS mengatakan bonda Datin Seri Wan Azizah dan Pembantu peribadinya ditimpa musibah. Berdebar jantungku, resah dibuat sebab tidak tahu hal ini memandangkan tidak punyai waktu untuk buka internet.

Aku sms pada izzah mengetahui status DSAW, namun kelewatan membalasnya dan berbagai sms diterima membuat aku rasa bengang sebab tidak tahu kedudukannya. Namun alhadulilah sms di beri izzah menyatakan kedudukan DSAW.

Petang 8hb Jan, 2012 dalam program Rapat Rakyat di Selayang bersama pimpinan PR perak fikiran ku bercelaru, kebimbangan semakin terasa walaupun ayat-ayat suci Al-Quran ku baca tenangkan hati yang resah.

Aku cari opah yang banyak membantu sahabat-sahabat ku dalam kesusahan apabila dibawa kes mahkamah, opah memang hebat. walaupun umurnya semakin di telan usia namun opah kuat beribadah, aku kagum dengan opah. Semoga diberi kekuatan pada ku juga untuk tunduk sujud padaNya terutamanya ketika semua orang lenyak tidur di buai mimpi malam hari.

Opah yang aku kenali dia seorang yang tabah, banyak ilmu didadanya, saat aku terjatuh, opahlah sentiasa beri semangat padaku.

8 Bulan yang lalu, opah menghilang diri, puas aku mencari kemana opah pergi. apa yang aku dengar daripada jiran sekeliling, mereka kata opah dalam tenat, sungguh hatiku benar-benar terseksa mencarinya. pada Allah aku sentiasa panjatkan agar opah diberi kesihatan yang baik meneruskan kehidupannya.

Kerinduan yang amat sangat sehingga termimpi opah membuatkan aku menangis. Selepas solat isya di Masjid aku berjumpa dengan adik jual burger depan rumah opah, tanya adakah dia tahu rumah opah.

Alhamdulilah pencarianku berakhir apabila adik tu cakap dia tahu opah duk dimana. Petang tu juga aku pergi bertemu opah. sungguh pelukan opah, rinduku terubat. Opah menangis dalam dakapanku.

Aku begitu sedih apabila opah menceritaka segalanya kenapa opah duduk rumah anaknya disebabkan satu hari opah terjatuh dari bilik air, rumah yang opah duduk di Taman Selayang tiada siapa kerana atuk sudah lama meninggal.

Rumah itu sentiasa dipenuhi dengan orang berubat dan buat solat hajat. Segala usaha opah membantu orang ramai benar-benar termakbul dimana aku juga pernah di zalimi oleh seseorang yang mengambil kesempatan terhadap diri ini. Opah tak jemu mendoakan kebaikan aku sehingga tiada lagi gangguan untukku, terima kasih opah.

Opah bertanya apa tujuan aku datang mencari opah. Aku mulaka cerita kedudukan DSAI sekeluarga, mohon kepada opah agar sudi membantu mendokan kebaikan DSAI famly. Kalau sahabat-sahanbat lain ditimpa musibah aku bawa mereka bertemu opah dan semua diatasi dengan baik tetapi mengapa DSAI famly yang aku kenali, ditekan hidupnya tidak ku bantu.

Opah amat mengerti setelah dicerita kedudukan DSAI. Opah akan cuba bantu dengan solat hajat sepanjang DSAI di bicarakan pada 9 Januari, 2012, tetapi opah meletakkan satu syarat untukku. syaratnya opah tidak benar aku lasak dalam himpunan itu kerana lutut aku yang bermasalah semenjak himpunan bersih 2.0 sehingga kini tidak baik.

Opah perhati gerak langkahku, dia sedih dengan apa yang berlaku, namun aku tenangkan opah dan beri kepercayaan sepenuhnya himpunan 901 tidak akan berlaku apa-apa terhadapku. Takkan saya tidak mahu pergi berjuang saat sahabatku dalam kesusahan bersama keluarganya.

Tapi perginya aku dalam pertempuran ini bukanlah kerana DSAI famly semata-mata tetapi tanggungjawab sebagai muslim apabila di seru dalam medan pertempuran maka segala urusanku diketepikan ketika itu.

Sebeleum melangkah pulang aku lihat opah berat hari melepaskan aku, mulutnya terkumat kamit membaca Ayat-ayat Al-Quran dan doa menyapu ke lututku. Hatiku benar-benar tersentuh dengan ambil berat opah terhadapku.

Opah bukanlah opahku sebenar tetapi dialah guruku pada adik beradik ku ketika belajar di Sek. Ren. Tmn Selayang. Sehingga kini aku masih menuntut ilmu dengannya kerana masih banyak belum diselesaikan lagi. Amanat opah agar ilmu perubatan islam ini di serapkan padaku, tetetapi masa yang ada padaku benar-benar tidak cukup.

Pergi kerja, balik tak tentu masa, ikut program, ada kelas pengajian, sabtu ahad ibarat macam yb yang masa untuk dirinya hanya 4 jam untuk istirehat. Tapi aku akan cuba cari masa untuk itu juga demi opah, insya-allah.

Masa yang dinantikan telah tiba, aku bangun seperti biasa 4.30 pagi, mendekatkan diri pada Ilahi. Doa terus ku panjatkan agar ayahanda DSAI dibebaskan hari ni. Udara pagi begitu dingin, panas yang berlaku akhir-akhir ini bertukar hujan gerimis. Tanda pasti berita germbira akan ku terima bersama semua rakyat malaysia, aku yakin pasti DSAI akan dibebaskan.

Awal pagi, sahabat-sahabAt hubungi ku, abang me dan lain bertanya dimana aku sekarang, Aku cakap uruskan anak buah dulu ke sekolah.

Jam 8 pagi setiba aku di Jalan Duta bersama K. Lina Wanita PKR Bt Caves, aku lihat begitu ribuan orang hadir menyokong DSAI. Semangatku kembali lagi, Hatiku tersentuh dan bersyukur kerana teringat kata-klata opah, jika kita di pihak yang benar pasti orang ramai menyokong kita.

Aku tesenyum dengar kata-kata opah. Alhamdulilah lebih kurang 9.30 pagi, aku dan bersama semua penyokong di khabarkan berita genbira, menyatakan DSAI dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya. (Memamg kau manusia keji Syaiful moga balasan diberi oleh Allah pada kau dan semua yang terlibat dalam menghancur karier DSAI).

entah macammana airmataku menitis juga, mungkin airmata gembira, dan mungkin berita sedih kerana berlaku salah faham dengan Izzah semalam. (Really sorry my dearest friend). Terkanan dengan sms diberi menyatakan yang bukan-bukan buat aku angin dengan izzah. Sepatutnya aku tenangkan hatinya ketika itu. Tapi aku tebuskan kesilapanku degan minta opah doakan DSAI. Tapi doa itu juga daripada semua umat islam.

Aku terus call opah, menyampaikan berita gembira, dicorong telefon itu aku terdengar suara gembira dan tangisan opah, sambil mengucap syukur dan tahniah padaku. Tahniah yang seharusnya diberi pada Izzah famly yang sekian lama hidup dihimpit 1000 keperitan.

Terima kasih buat opah kesayanganku kerana tidak menghampa permintaanku untuk solat hajat DSAI agar bebas daripada tuduhan ini, tentu opah penat duduk di tikar sejadah begitu lama apatah lagi keadaan kesihatannya kurang mengizinkan, tapi opah tetap lakukan dengan begitu ikhlas :)

Terima kasih juga buat semua saf2 pimpinan, sahabat sahabiah yang tidak jemu mendokan DSAI.

Akhirnya segalanya kekusutan itu berkhirnya juga dengan jawapan yang dinantikan semua penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang cintakan keadilan.

Namun aku masih tidak dapat melupakan sms -sms yang bantai aku dan DSAI, kutukan2 diberi benar-benar melampau.

Kononya dia orang PKR tetapi hampeh semua sahabat-sahabat yang aku kenal cakap dia orang UMNO Kg. Tengah. Memang selama ini aku cukup yakin dia orang UMNO yang pergunakan Datuk DHMA.

Tapi tidak mengapalah, aku malas nak layan asalkan musibah yang berlaku DSAI famly berakhir. Inilah pertolongan sekecil zarah yang hanya mampu aku hadiahkan pada DSAI famly. Moga amalan diterima, terima kasih buat opah. yang aku semadi dalam blog aku kisah manis pahitnya dalam perjuangan.

Ya-Allah rahmtilah orang-orang yang aku kasihi, berikan kebaikan dunia akhirat pada mereka semua, amiin rab. :)

Suara hatiku yang tidak mampu ku ungkapkan pada mereka semua.





SIMFONI KASIH TAUTAN HATI