Monday, May 23, 2011

ADUN Mahu Belia solat walaupun bersukan

Gombak - Sukan Futsal merupakan sukan yang sangat digemari berbagai peringkat umur. Baru-baru ini Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Gombak Setia dengan kerjasama Pemuda PAS Gombak yang melibatkan 3 Cawangan (PAS Air Panas, Sg. Chincin dan Gombak Utara) telah mengadakan perlawanan Kejohanan Futsal Belia Piala ADUN Gombak Setia 2011.

Sukan tersebut telah berlangsung di Kompleks Sukan Sinamax Sri Gombak. Berkata, Ketua Pemuda PAS Gombak Ustaz Syarhan Humaizi , “alhamdulilah pertandingan kejohanan futsal telah mendapat sambutan yang baik dimana sebanyak 32 pasukan telah meyertainya”.

Pertandingan ini bukan difokuskan kepada ahli PAS sahaja tetapi terbuka semua rakyat tanpa mengira parti. Apa yang kita lihat, semua peserta yang menyertai pertandingan ini terdiri daripada peringkat belia dan remaja sekolah menengah. Fokus utama diadakan program sukan futsal ini adalah untuk medekati belia dengan program yang mereka minati.

Mutakhir ini, sukan futsal telah mendapat sambutan yang sangat baik tanpa mengira umur dan jantina. Malahan kaum wanita juga begitu berminat untuk melibatkan diri dengan sukan futsal. Ini adalah satu aktiviti yang sangat sihat untuk mendekati belia daripada mereka terlibat dengan aktiviti yang kurang sihat.

Menurut Syarhan, sukan futsal Belia Piala ADUN Gombak Setia terdapat kelainannya antaranya semua pemain perlu mengikuti syarat permainan antaranya perlu melakukan solat berjemaah apabila tiba waktu solat dan berpakaian menutup aurat.

Penyerapan konsep keislaman perlu diterapkan kepada semua peserta yang menyertai pelawanan ini. Ini adalah bertujuan bagi mendidik hati semua pemain agar tidak lupa menunaikan solat berjemaah walau apa sekali keadaan. Lebih-lebih lagi apabila diadakan sukan, kita tidak mahu mereka lalai menunaikan solat dengan memberi berbagai alasan untuk tidak menunaikan solat.

Satu kemanisan kepada semua pemain apabila dilatih melakukan solat berjemaah dalam keadaan bersukan. Dengan melakukan solat berjemaah sudah pasti mengeratkan silatrurrahim antara pasukan walaupun tidak mengenali pasukan lain. Solat berjemaah di adakan tengah-tengah gelanggang, katanya.

Sementara itu, Ahli dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia Y.B Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang telah merasmikan Kejohanan Futsal Belia Piala ADUN Gombak Setia 2011 melahirkan kegembiraanya apabila dilihat sukan futsal yang diadakan berkonsepkan islamiah untuk mentarbiyahkan diri semua pemain agar sentiasa mengingati Allah SWT walaupun diadakan aktiviti sukan.

Katanya, “Penekanan tentang solat dalam apa keadaan sekalipun perlu dilakukan kerana apa yang kita lihat tidak kira jenis sukan diadakan terdapat kelalaian di hati semua pemain. Ini jelas terbukti apabila di adakan perlawanan sukan yang bermula 3 petang sehingga masuk waktu isya, pemain terleka dengan meneruskan agenda perlawanan tanpa memberhentikan seketika untuk solat asar dan solat magrib. Mereka terbabas dengan hal keduniaan semata-mata walaupun terdengarnya seruan azan mengajak umat islam menunaikan solat. Bagi mereka permainan ini perlu diteruskan sehingga lari daripada landasan sebenarnya”.

Harapan besar saya, semoga tarbiyah yang diberikan oleh Pemuda PAS Gombak untuk membantu mendidik jiwa belia yang menyertai pertandingan ini akan di amalkan dalam sukan-sukan akan datang walaupun bukan parti PAS yang menganjurkannya, katanya.

Selain daripada itu, Datuk Hasan juga telah mengingatkan semua peserta yang berumur 21thn keatas agar mendaftarkan diri dalam daftar pemilih bagi menjalankan tanggugjawab sebagai pengundi pemuda dan sebagai rakyat Malaysia.

Tidak kira parti apa yang hendak kita pangkah tetapi yang penting perlu mendaftarkan diri sebagai pengundi yang mana ia merupakan satu kewajipan kita sebagai rakyat untuk memilih siapakah pemimpin mereka yang layak mentadbir negeri ini dengan aman, tulus dan sentiasa membantu rakyatnya, ujarnya.

Pertandingan Kejohanan Futsal Belia Piala ADUN Gombak Setia 2011 telah dimenangi oleh pasukan Payung FC dengan memperolehi replika cek RM1000 dan Medal yang telah disampaikan oleh ADUN Gombak Setia.


Editor khaulah azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI